Pages

Sunday, February 20, 2011

Senarai Biasiswa ;)


memandangkan result SPM yang dah makin dekat nak kelua ni, mesti ada antara kita yang duk fikir dan carik pasal biasiswa pendidikan kan? 
walaupun taktau lagi result kite tu ghupe cemaner, tapi apa salahnya kite godek-godek dulu senarai biasiswa yang ada kat mesia ni haa.

1. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)


Biasiswa JPA ini boleh dimohon dalam masa 7 hari selepas result SPM diumumkan. Untuk JPA dan MARA, anda hanya boleh mohon salah satu sahaja dalam website eSILA. Biasiswa JPA 60% untuk bumiputera dan 40% untuk bukan bumiputera. Dulu interview JPA menggunakan dwibahasa, sekarang ni tak pasti la pulak ;)

Anda akan dapat 1 tajuk untuk dibincangkan dalam kumpulan selama 30 minit. Bahasa Melayu (15 minit) dan bahasa Inggeris (15 minit). JPA menawarkan 1800++ tempat setiap tahun.

Untuk tips-tips temuduga JPA, sila klik di sini.


2. Majlis Amanah Rakyat (MARA)


Nak mohon biasiswa MARA pun guna website yang sama untuk mohon JPA. MARA hanya untuk pelajar-pelajar Melayu dan Bumiputera sahaja. Interview MARA tak sama macam JPA. JPA interview secara berkumpulan manakala MARA interview secara individu, face to face dengan 2 orang penemuduga.

Ada course tertentu hanya ditawarkan oleh JPA seperti Farmasi. Tapi jangan bimbang, course-course lain seperti Medicine, Biotechnology, Engineering, Accounting dan sebagainya ditawarkan oleh JPA dan MARA. Cuma kadang-kadang konfius juga sama ada nak JPA atau MARA.

Katakanlah anda dapat  6A1 4A2 atau 7A1 3A2 tapi anda nak apply course Medicine. Anda disyorkan pilih MARA sebab dengan result yang anda dapat, susah untuk dapat JPA melainkan result anda 9A1 1A2 atau 10A1. Sama juga untuk course-course lain.
JPA dan MARA dua-dua ada kelebihan.
  • Peluang nak dapat MARA lagi tinggi berbanding JPA kerana JPA kena compete dengan semua orang tak kira Melayu, Cina atau India.
  • Kalau anda dapat JPA, anda memang dapat biasiswa walaupun keputusan tak cemerlang mana pun time degree. Kalau MARA, ada portion yang anda kena bayar kalau result tak cemerlang. Ini dinamakan biasiswa boleh ubah.
  • JPA anda terikat beberapa tahun dalam sektor kerajaan. Biasanya 6 tahun kecuali doktor terikat selama 10 tahun. MARA, anda bebas untuk bekerja di mana-mana sahaja even di luar negara sekalipun.
  • Jika anda memohon course Medicine, JPA biasanya menawarkan program twinning iaitu 3 tahun di Malaysia dan 3 tahun di luar negara. Kalau MARA pula, 5 atau 6 tahun di luar negara.
3. Petronas


Petronas ada tawarkan biasiswa untuk belajar di UTP atau di luar negara. Apabila dapat tawaran temuduga, anda harus mengikuti educamp selama 2 hari di UTP, Tronoh, Perak. Sepanjang 2 hari berkampung di UTP, anda akan menduduki English test (Grammar) di samping Science and Math test untuk jurusan-jurusan Sains (Engineering, Geology, Geophysics) dan Math test untuk jurusan-jurusan Business (Accounting, Economic, Finance).

Ada juga personality test untuk menguji kesesuaian anda dengan course yang anda mohon. Hari kedua, interview dalam kumpulan seramai 5 orang dan anda diminta untuk menyelesaikan satu permasalahan. Setiap orang diberi peranan berbeza dan kena bentang serta tegakkan hujah masing-masing. Interview Petronas sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.

Kalau dahulu, Petronas ada berpakat dengan JPA rasanya. Sesiapa yang dapat JPA tak akan dapat Petronas dan sebaliknya. Tapi siapa yang dapat MARA boleh dapat Petronas.
Untuk biasiswa Petronas, boleh mohon di sini.

4. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)


Sesiapa yang berminat nak jadi cikgu tapi nak ke luar negara, bolehlah apply biasiswa KPM. Setakat pengetahuan saya, kesemua pemegang biasiswa KPM dihantar ke UK. Bolehlah nanti tengok Man U lawan dekat Old Trafford.

Menurut rakan-rakan saya, anda akan buat degree di UK selama 3 tahun dan balik Malaysia untuk buat program pendidikan selama  1 tahun. Syarat untuk fly ke UK, mestilah mendapat 10 mata ke atas dalam peperiksaan A Level.

Saya pernah terbaca satu syarat untuk memohon biasiswa KPM ni iaitu tidak boleh menerima apa-apa tawaran lain. Tapi saya perjelaskan di sini, anda mohon saja. Tak semestinya anda mohon KPM, peluang anda untuk dapat JPA terus tertutup.

5. FELDA


Biasiswa FELDA terbahagi kepada dua iaitu untuk anak-anak FELDA sahaja dan juga anak-anak selain FELDA. So sesiapa pun boleh mohon kalau terasa nak mohon. Semua course boleh dimohon. Borang permohonan boleh download di website Felda Holdings nanti. Tapi bukan sekarang, sekarang tak keluar lagi.

6. Yayasan TNB
7. Yayasan TM
8. Yayasan Khazanah
9. Yayasan UEM
10. Sime Darby – untuk trial SPM sahaja
11. Bank Negara Malaysia (BNM)
12. Permodalan Nasional Berhad (PNB)

Sila cek website-website untuk semua biasiswa ini selepas keputusan SPM dah diumumkan. Saya nasihatkan anda semua supaya rajin-rajinkan diri untuk membaca newspaper terutamanya Berita Harian dan Utusan Malaysia supaya tak terlepas iklan-iklan biasiswa itu nanti sebab kebanyakan iklan tersebut hanya disiarkan di surat khabar.

Ada juga yayasan atau kerajaan negeri yang menawarkan biasiswa seperti Yayasan Terengganu dan Kerajaan Negeri Sabah. Jadi, anak-anak Terengganu dan Sabah bolehlah mohon dengan syarat tidak mendapat apa-apa tawaran biasiswa lain.

***
sumber : dekat sini

sumber lain : dekat sini pun ada

;)


0 people:

Post a Comment

kami sudah jadi alumni !

kami sudah jadi alumni !