Pages

Monday, December 5, 2011

LEGEND STORY !

copy paste dari blog si helang merah

"Asyraf Rusli ade?" tanye seorang lelaki kepada Aus . "Er, ari die exam lar. Skang ade di dewan besar. Paper Fizik." jawab Aus jujur sambil perhatikan lelaki itu dengan pelik. "Tak kan abang Aus tak tau adik die ari ni ade paper, tengah SPM kot. Pelik betul." gumam Aus dalam hati.


"Weih Acap, tadi abang ko cari." Aus menceritakan peristiwa tadi kepada Asyraf. "Bile mase pulak abang aku datang? Die tak cakap pon. Kalu tak mesti die mesej aku! " tegas Asyraf. "Ntah, aku tak tau." jawab Aus dengan mimik mukanya yg x bersalah itu.


.......................................................


"Haha..Jom maen lagi! Kali ni aku nak 'Full House' plak! Haha. Jom ar Ajis, Pojan! Cuak lar tu..!" ketawa Muhammad Fareez dengan banggenye. "Aku nak join gak! Tambah kad lagi, baru besar dek! " sampuk Usamah Razalii sambil pegang buku rujukan Akaunnya. "Sudah-sudah lar belajar Imcop, meh maen ngan kitowg nie." ajak A Mun'im Mohamad Yusri. "Hei Dolah, aku nak blajar lar. Mak aku, hantar aku gi sekolah suwoh blaja, bukan maen! " jawab Imran Fahmi dengan penoh kredibiliti. "Aku punyer dek mne?! " jawab die lagi.


"Jap, aku nak amek handpon aku kat atas jap, aku cas tadi.Simpan aku satu dek, aku nak main lagi!". kata Aziz Akhir pada kami. "Nak dengar Taylor Swift lar tu. Haha." gelak Fareez lagi sambil nyanyi lagu 'Love Story'. "Amek phone aku sekali. Ala, ko kenal kan? Yang wane hitam besar uh. Touch screen tu lar.." tambah Fareez lagi.


..............................................................


"Perez! Perez! "jerit Aziz. "Phone ko Perez, phone ko!" kata Aziz dengan termengah-mengah. "Woi!! Kejar keta hitam tu!! Kejar!" lari Aziz terlalak-lalak. "Apsal ni Ajis? Mne phone aku?" tanye Fareez kepada Aziz. "Ntah, xbleh ke klu tak jerit-jerit?!" kata Aus "Kete hitam! Phone! Dompet! " Aziz termengah lagi. "Lepak bro, lepak. Cer slow2 lar. Aku tak paham nih! Mne phone aku?" kata Fareez "Phone aku..!!!!" jerit Fareez pula kali ini.


............................................................


"Aku ade perasan sorang laki pakai kopiah solat Asar kt masjid mggu nih, aku ase curiga plak tengok die. X penah perasan plak sblum ni." jelas Syarifuddin "Die naik keta hitam ea?" tanye Aziz "A'ah, kete hitam. Kete Pesona hitam." kata Syarif lagi. "Botak kan? Aku perasan ade sorang botak ari tu datang asrama cari Acap. Acap kan?" terang Aus pula "Oh, tu bukan abang aku. Entah sape plak tu.." sambung Asyraf. "Tak perasan pulak aku,botak ke tak. Die pakai kopiah time tu. Tadi mase aku nampak org tu naek Abu Daud, aku nak SMS Aus, tapi, ase cm kne pukau plak. Aku blur time tu.." keluh Syarif. "Keta hitam? Caer! Ko ade perasan tak kete hitam mase maen kompang taon lepas?" soal Firdaus Rahim "Ha, perasan! Time tu ade org luar dtg gak. Hilang laptop. Kite, geng kompang yg kne tuduh." mengaku Muhammad Syahir. "Nampaknya misteri makin panjang! " kata Firdaus lagi. "Dan phone aku da hilang.."keluh Fareez


...................................................................


"Lepak ar Ajis. Pinjam phone aku nih. Meh sini, aku adealbum baru Taylor. Bule ko dengar." ajak Mun'im. "Ye ke? 'Speak Now' ea? Pinjam Dol, pinjam." kata Aziz. "Haha, Taylor da lari tinggalkan ko Ajis.Haha. "gelak Arif Adli "Cari jer baru Ajis. Haha " sambung Shahrul Rizan pula. "Tak sume bende yg kite suke jadi milik kita..
"kata Akmal Juhainuddin pula. "Lalala. Tak dengar." balas Aziz sambil dengar lagu kegemarannya.


.........................................................................


"Woi Pojan, tutup pagar blok cepat." jerit Muiz Pauzi sambil ketuk pintu bilek TV. Aku terus berlari ke pagar blok dan tutup lalu naek ke tingkat 1. "Woi mane I-phone yg ko rembat tu?" jerkah Mun'im yg tangan dan kaki nye sedang mendakap tubuh Botak. "Pelan-pelan sikit, sakit nih."rayu Botak."Pegang kaki die Dad." pinta Mun'im pada Miqdad. "Jawab lar soalan die tadi!" jerit Ehsan Roslan dengan mengacukan penumbuknya bersama dengan 'Nukkle Bus'.. "Lepak-lepak lar woi! Die sakit tu! "pujuk Fareez, risau akan keselamatanBotak, atau lebih tepat, risau akan phone die..


"Ph..ph..phone aku da jual.Dua-dua aku da jual. I-ph..ph..phone uh aku tolak 2rat kat Kajang. Duit aku da pa..pa..pakai." terang Botak pada kami sambil terketar2. "2rat? I-phone 2rat.Ko da kene kencing kot! " kate Fareez pada Botak "Aku terdesak. Bang, sorry bang, sorry.." rayu Botak "Sorry, sorry! Hei die ni kang! " gertak Ehsan "Lepak lar San!" Arif Hafizuddin menenangkan Ehsan. "Ko ade angkat laptop tak?" giliran Syahir menyoal. "T..t..tak. Laptop aku tak penah amek." jawab Botak. "Percaya je lar kat pencuri nih.." perli Usamah."aku nak tanye korang bule? Rat tu ape?" soal Azik 


....................................................................


"Apsal Bonda datang?" tanya Aziz pada kami yg ketika itu sedang menyoal Botak di bilek prep Termizi "Bukan ker tadi korang suwoh panggil? Aku panggil lar." jawab Muiz. "Muiz!!!" jerit kami bersama-sama. Seketika kemudian, Bonda tiba dengan konco-konco nya. Ketika kami bersoal jawab dengan Bonda yg tengah bertaaruf dengan Botak, polis tiba di perkarangan asrama. Polis membawa Botak, Fareez, Aziz, Firdaus dan beberapa kawan2 laen ke balai utk di soal siasat. "Budak UIA kot! "kata aku dan Mun'im serentak selepas mendapati kad pelajar UIA di dalam dompet Botak. "Tak silap mak cik, die nih (Botak) ex-maahad." cerita Makcik Kerani "Ex-Maahad!" jerit kami bersama2. "Patut la die tw hostel kite ni. Tapi cmne die tau name Acap? Ko kenal die ke?" soal Aus pula "Aku tak kenal. Tapi aku rase kan die jumpe name aku dlm buku teks Syariah yg aku tinggal kat Abu Daud." jelas Asyraf bersungguh2.


"Hari dalam sejarah. Kalau lar junior-junior kite tau ape jadi hari ni. 'Batch 93 Hero Maahad'. Huhu." kata Firdaus pada kami. "Bukan hero, tapi 'Legend'.." sambung Usamah pula. "Ini membuktikan, keselamatan Maahad adalah tak terjamin!" jelas Amzar. "Memang dari dulu lagi...." perli Akmal. "Tak penah-penah polis datang sekolah. Eh, asrama. Tangkap pencuri pulak tu. Haha!" kata Firdaus lagi. "Harap kita bule amek pengajaran, ok? " jelas Afnan.


..............................................................................


p/s : Mohon maaf atas penggunaan nama2 watak yg wujud dalam cerita nih.Hope sama2 kita ingat peristiwa ni. Kalau ade mne2 part yg silap/x puas ati minta maaf banyak2.Saje tulis, utk kenang-kenangan..-penulis


penulis: si helang merah
watak : Putera Batch 93 + Bang Ngah
waktu : time SPM 2010

act pada waktu yg same berlaku satu kjadian jugak dari pihak puteri, 
walau pon tak se hot kisah di atas, tp tetap hot sikit huhu
tp nanti2 lah cerita or takyah cerita pon takpe .
heee ~

kami sudah jadi alumni !

kami sudah jadi alumni !