Pages

Sunday, August 4, 2013

Cerita dari Alex

بسم الله الرحمن الرحيم

Mesir adalah antara tamadun dunia terawal yang mencapai tahap ketamadunan yang cukup hebat dan menakjubkan. Semua orang maklum. Mungkin pernah tengok National Geography, Discovery Channel, atau Jejak Rasul sementara menunggu waktu berbuka, atau pernah tengok The Mummy masa kecil-kecil dulu. Atau mungkin ibu atau ayah, atau ustaz pernah cerita sejarah Nabi Yusuf, Nabi Musa dan Firaun, atau Qarun dalam al-Quran. 

Pengalaman kami berada di negara orang selama dua tahun bukanlah sesuatu yang uncommon. Biasa sangat. Kalau tak kita pun, pasti ada keluarga atau kawan-kawan kita yang pernah ke Mesir. Dan kita yang di sini takkan betah dari bertanya,

"Macam mana Mesir?"

"Mesir begitu begini macam itu macam ini..." banyak pengalaman hidup dan ibrah yang boleh diceritakan bila kita berada di tempat asing. Bukan saja Mesir, malah di mana-mana jua kita berada, sekalipun di dalam komuniti kita sendiri, dengan syarat kita sendiri perlu bergerak dari kebiasaan.

"Air yang tidak mengalir akan busuk, begitu juga manusia"-quoted



Alexandria (baca Iskandariah/Alex) insight
credits to google

Iskandariah adalah merupakan bandar yang kedua terbesar di Mesir, dengan populasi seramai 4 juta. Sesiapa yang sempat bersiar-siar di kota Iskandariah pasti akan mengaitkan dengan sejarah Greek dan Rom melihatkan pada tinggalan binaan-binaan orang Greek dan Rom serta kesannya pada tulisan dan budaya masyarakat di sini. Kesan dari kolonialisasi barat terutamanya Perancis turut memberi impak kepada rakyat Mesir, khususnya Iskandariah sebagai bandar pelancongan. Kerana itu jangan hairan sebahagian mereka juga fasih berbahasa Perancis. 


syukran google

Bila sebut sahaja Alex most people would say,

"Yang kat tepi laut tu?" Yup.

"Yang lawa tu kan?" Bolehlah.

"Bolehlah makan seafood di Alex. Mesti murah kan?" Haha.

"Iskandar Zulkarnain dok situ ke?" Tak sure. Dok rumah dia la.

"Cairo jam teruk, Alex okay sikit" Ye kot.

"Cairo panas, Alex kuwaiys (good), windy gitu" Ofcos lah.

"Cairo kotor, Alex kurang sikit"

Tersembur jus oren.


Setiap tempat ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Bahkan Kaherah itu tempat berdirinya al-Azhar, pusat keilmuan sejak 1000 tahun yang lalu. Kos hidup di Cairo dan Alex juga lebih tinggi berbanding muhafazah lain yang masih belum rancak dengan pembangunan. Dekelilingi tanaman pertanian, desa yang damai dan minimum pencemaran seperti Tanta dan Mansoura pastinya membuat hati lebih tenang untuk belajar. Bagi mukmin, segalanya rahmat dari Allah. Aman.


University Of Alexandria- Faculty of Medicine



Universiti Iskandariah (sebelumnya dikenali sebagai Farouk University) diasaskan pada tahun 1938 dan ketika itu hanya wujud 2 fakulti, Undang-Undang(كلية القانون) dan Seni (كلية الآداب). Kemudian pada 1942 baru ditubuhkan fakulti-fakulti yang lain termasuklah Perubatan (كلية الطب). Pada tahun 1951 ditukar kepada nama Alexandria University.

PELAJAR SAINS KESIHATAN DI ALEX

Universiti Iskandariah beberapa tahun lalu telah membuka Fakulti Farmasi dan Pergigian kepada pelajar Malaysia sehingga hari ini, dan bilangan mereka masih dikira minoriti dalam masyarakat pelajar.

Pelajar Malaysia dalam bidang Medik yang datang ke Alex terdiri daripada pelajar tajaan dan bukan tajaan.

Tajaan yang datang dari Malaysia ialah MARA dan yayasan negeri. JPA hanya memberi tajaan selepas pelajar membuat permohonan. Namun diberitakan MARA sudah tidak akan menghantar pelajar Perubatan lagi ke Mesir, diyakinkan lagi dengan bilangan pelajar Medik yang dihantar sesi 12-13 tidak ramai, dan kebanjiran HO di Malaysia. Wallahua'lam.

Palajar yang datang tanpa tajaan pula sama ada datang sendiri melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ataupun melalui ajen seperti MedicMesir, QAS, GMN, AQ dan lain-lain. Kebanyakan pelajar ini akan memohon MARA/JPA/zakat dengan menghantar permohonan serta keputusan peperiksaan kepada pihak berkenaan.

AKADEMIK

Pelajar Malaysia Fakulti Perubatan akan menghadapi 6 tahun degree penuh dugaan, (3 tahun pre+ 3 tahun clinical). Program yang kami ambil dipanggil IUMP, International Undergraduate Medical Programme. Pembelajaran dijalankan dalam bahasa Inggeris dengan sedikit tersasul Bahasa Arab. Kebanyakan profesor dan doktor adalah lepasan PhD dan Master dari Uni Alex sendiri ataupun luar negara seperti Amerika Syarikat. Sistem pembelajaran kami pula ialah integrated system, dimana setiap tahun dibahagikan kepada 2 semester. Setiap semester akan ada beberapa module yang akan dipelajari. Integrated System ini bermaksud, bagi setiap module kami akan belajar menggabungkan beberapa subjek yang berkaitan dengan module tersebut. Contohnya module CNS(Nervous System), kami akan belajar Physiology, Histology, Anatomy, Microbiology, Pharmacology, Parasitology dan Pathology bagi Nervous System. Begitu juga bagi module-module lain. 

Setiap module akan ada End of Module (EOM) Exam dengan End of Semester Exam (EOS). EOM berbentuk soalan MCQ manakala EOS berbentuk MCQ + Essay, serta Practical exam. Bagi setiap sem ada juga assigment secara berkumpulan.

Bagi pelajar yang tidak pass paper tertentu, dia perlu mengulangi paper tersebut, dan sekiranya pelajar ini masih gagal, dia tidak dapat masuk ke tahun clinical dan perlu repeat year bagi paper-paper yang dia gagal.

Ini adalah sistem IUMP secara ringkas.

Mouassah Hospital-Our beloved faculty



bangunan universiti mouassah dari pintu masuk





 fakulti dari pintu masuk utama.

fakulti pra dan klinikal di tempat yg berlainan. semua gambar yg dipaparkan adlh fakulti perubatan pra-klinikal.

kafe mouassah menyediakan makanan/minuman dgn harga berpatutan

university lobby

computer lab. macam tak pernah masuk.
lab untuk practical class dan exam

our practical class, this is where a group of 30-40 students will have focused discussion on certain topics 
lecture hall

satu-satu masa boleh memuatkan 100-120 orang
credits to akh Amirul Asyraf (Yo) for the pictures.

Alhamdulillah, saya dan sahabat-sahabat medik warga MH batch 93 Alex akan meneruskan perjuangan memasuki tahun ke-3 bulan Oktober ini. Pohon doa segalanya berjalan lancar melihatkan situasi semasa di Mesir yang bergolak dan masa depan pelajar Malaysia di Mesir menjadi persoalan. 

Menjadi harapan kita bersama agar legitimasi dikembalikan, demokrasi diletakkan pada tempatnya, yang haq dimenangkan dan yang batil itu dikalahkan. Sama-sama kita titipkan doa yang buat umat Islam di Mesir, Syria, Palestin, Malaysia dan di seluruh dunia. Ameen.

P/S: Saya teringat janji nak tulis update batch kita di Alex kan, nah saya tunaikan. Maaf jika terlalu ringkas, terkurang atau terlebih. Harap secubit usaha ini ada manfaat untuk semua. 

Salam Ramadhan.
Moga Allah menerima amal kita.
Wallahua'lam.


4 Ogos 2013
26 Ramadhan 1434

0 people:

Post a Comment

kami sudah jadi alumni !

kami sudah jadi alumni !