Pages

Wednesday, April 6, 2011

kisah Si Putera

2009

“Assalamualaikum para pelajar. Hari ini, 22 Julai kita mendapat seorang pelajar baru dari Negeri Sembilan. Tunjukan dia tempat duduk. Ketua kelas,Hazmi, harap dapat tolong. Ok Fauzan, kalau ada apa-apa masalah, tanya ketua kelas. Saya ada hal hendak diuruskan.”umum Ustazah Thuraya

“Weih Jan, ko nak ikut usrah? Ko taw kan, kt Maahad Hamidiah nih, xdak usrah. Usrah sekolah pon wat awal tahun jek. Pastu da xdak.”beritahu Dolah pelajar baru juga. Balasku gembira,”Boleh jugak. Aku dari Form 1 ikut usrah, kat Pedas pon aku ikut. Masa Form 4 aku jadi naqib kat batch aku. Syok doh. Rugi pulak rasa kalau tinggal usrah nih.”

“Assalamualaikum kawan-kawan. Selaku ketua batch, aku harap kita dapat jadi lebih matang. Simpan ego dulu.Korang taw kan, yang cikgu nak lantik Ketua Umum daripada kalangan perempuan untuk tahun depan,2010. Sebab? Sebab korang, aku, xnak jadi pengawas. Oleh itu, esok, ramai-ramai kita pegi jumpa Cikgu Ezana, pujuk dia.”seru Amzar terhadap batch aku.

“Korang asyik bertelagahsesama sendiri, macam mana nak tadbir sekolah? Budak lama dengan group diowg, budak baru dengan group diowg, budak tabligh, budak usrah, neutral. Malam tadi, Islam wat perjumpaan dengan budak baru sebab, diowg xpuas hati dengan budak lama. Korang budak lama selalu perlekeh diowg kalau wt keja! Ha, kau Bob! Ada bila ntah, kau marah Islam pastu kata, ko budak baru apa taw! Jangan..Jangan cakap camtu. Diowg batch kita jugak! Ingat, tahun depan,2010 kita bakal jadi pemimpin kat sekolah nih! Habis, nih contoh kita kat adik-adik? Korang nak jadi cam Form 5 tahun nih? Pukul budak,rokok,couple? Aku harap batch kita mengubah Maahad selamanya!”ucap ketua batch putera 93.

“Assalamualaikum. Saya harap, kawan-kawan dapat memberi sokongan terhadap Majlis Syura yang ketua kita asaskan nih. Kalau sepanjang Majlis Syura ini berkhidmat untuk batch, mungkin ada buat banyak masalah, harap dimaafkan. Kepada ahli Majlis Syura, Amzar, Usamah, Caer, Pojan dan aku,Ijat, harap dapat menjalankan amanah dengan ikhlas.”

“Minggu depan kita wat barbeku nak? Boleh kukuhkan hubungan dalam batch kita.” cadang Caer dalam Majlis Syura. “Xleh jadi ni Amzar, Ajis xnak ikut Acap cakap, dia xnak datang sebab nak simpan duit untuk beli stick hoki. Ko pun satu Pidot! Yang kau pegi cakap dia sombong tu nape?” ulas aku. “Ye lar, jom pegi panggil dia. Kalau dia xnak, kita nakkan dia!” balas Pidot.

2010

“Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Selaku Ketua Pelajar 2010, saya Afnan
l Basir akan menjalankan amanah dengan baik dan ikhlas kerana Allah SWT. Saya harap dengan bantuan rakan-rakan seperjuangan sama ada Pengawas sendiri, mahupun Exco Asrama, BADAR dan PRS dapat menaikan prestasi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah pada tahun ini.”

“Saya mahu sita bilik prep nih! Saya berlembut dengan awak semua,awak semua buat saya macam nih. Ustaz cuba tengok kat dinding tuh,apa diowg tulis. Hiss,nih contoh budak sekolah agama? Teladan untuk adik-adik. Saya ingat kamu dah besar-besar belaka! Dah, lepas nih, kamu semua belajar di tempat asal semula. Kemas barang-barang kamu. Saya da xmau tengok semua nih lagi.”arah Ustaz Zul, Ketua Warden sambil pergi dengan Ustaz Jamal.

“Kita mesti istiharkan perang! Semua setuju? Kita akan lancarkan perang saraf terhadap pentadbiran sekolah dan cikgu-cikgu.Pertama, kita sabar dengan kerenah cikgu. Api, kalau kita tambah minyak makin marak. Kedua, kita tambahkan prestasi dalam kepimpinan kita! Makin diowg pressure kita, makin kita wat kerja.Ketiga, kita jumpa cikgu untuk minta maaf.Harap malam ni dapat jadikan ukhuwah kita makin erat. Ini merupakan mesyuarat batch pertama kita tahun ini.”seru aku pada kawan-kawan.”Ya, kami sokong dan akan jalankan.” balas kawan-kawanku.

“Dalam kiraan 10,9,8,...aku cakap keluar, keluar! Nawawi! Kenapa x tutup lampu lagi!”sergah Bob, Ketua Asrama. “ Weih Bob,sarapan DM ada ulat.”beritahu Syahrul, Exco Santapan. “Bang saya sakit, ada ubat?” adu seorang junior pada Usamah, Exco Kebajikan. “Lepas tengok tv, kemas balik bilik nih taw.” arah Islam, Exco Keceriaan. “Para pelajar diminta meninggalkan asrama 10 minit sebelum azan Magrib, harap maklum.”kata Arif Adli, Exco Ibadah. “Pidot minta tolong sediakan bajet asrama.” “Memanglah aku Setiausaha Exco Asrama. Tapi pasal duit nih, serahkan kat Meor.Diakan Bendahari.” “Aku cadang habis bulan Mei nih nak wat Intermeso, ok?” cadang Caer, Exco Sukan.

“Saya harap, selepas mesyuarat ni, ataupun selepas Syura Sughra ni, BADAR akan lebih aktif. Ambil contoh dari Exco Asrama. Buat kerja dengan ikhlas kerana Allah SWT! Esok ada Syura Kubra. Harap ketua-ketua biro dapat sediakan laporan. Serahkan draft kat Pojan, Setiausaha BADAR. Abrar, laporan Masjid, Mun’im laporan Ekonomi, Muiz laporan Penerbitan, Miqdad laporan Ibadah, Fudhail laporan tamrin, Hanif laporan usrah. Amzar, saya nak tengok draft EDI, kalau nak dana, mintak kat Aziz.” Ucap Presiden BADAR, Syarifuddin.

“Kempen bulan ini adalah ‘Kempen Budi Bahasa Budaya Kita’. Harap ahli Persatuan Rakan Sebaya dapat memberi contoh terbaik kepada rakan-rakan. Akmal,Firdaus, sebagai PRS  ‘ter’senior, beri tunjuk ajar pada adik-adik.Setiap kali perhimpunan, akan diadakan pembentangan tentang budi bahasa yang  baik.”jelas Izzat, Presiden Persatuan Rakan Sebaya.

“Apa? Ko bohong Azik! Mende nih bukan main-main. Baik ko cite betul-betul kat aq...inalillah..” sahut aku sedih “Pengumuman kepada semua pelajar Maahad Hamidiah, pada pukul 12 tengahari, diminta pergi ke Masjid Hamidiah bagi menunaikan solat jenazah kepada Allahyarham Ayahanda kita, Pengetua Haji Ibrahim. Harap maklum.”umum Asyraf dengan sayup.

“Saya harap, makan malam ini dapat dijadikan contoh terbaik buat generasi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah. Selepas tahun ini, saya bercadang hendak meletak jawatan sebagai Ketua Warden. Sejak saya menjadi Ketua Warden, inilah pertama kali saya mendapat Exco-exco terbaik. Kalau Sukarno minta 10 orang pemuda untuk gegarkan dunia, saya perlukan 11 orang ini, untuk gegarkan asrama! Terima kasih sekali lagi kepada Syahir dan rakan-rakan dia yang bertungkus lumus dalam mengusahakan majlis ini. Kepada Form 5,persembahan drum circle memang terbaik. Harap selepas keluar dari sekolah ini, awak semua dapat datang kembali bagi membangunkan adik-adik.”

..................................

#gembira itu dunia,sedih itu dunia, dunia sentiasa berubah, manusia juga. Namun manusia boleh berubah kerana dunia. Doa kita, dunia akan berubah kerana kita. Let us RESTART OUR HISTORY!

Nukilan Si Helang Merah




6 people:

  1. Ape nih?! da lar kene edit,,pastu tuka tajuk!hais!

    ReplyDelete
  2. hm..bila bace balik, rase sedih la plak..tambah dengan lagu ni yang irama sedih.. kenangan yang hanya tinggal kenangan..

    ReplyDelete
  3. hahah . tanye ezza . dia yang post kot .

    ReplyDelete
  4. haha, pojan, sorry ahh! x sengaja:D

    ReplyDelete

kami sudah jadi alumni !

kami sudah jadi alumni !