as usual lahh, our beloved school will held a beautiful program for us the alumni and for the juniors. it called KEM SOLEH.
apa tu KEM SOLEH ?
Program Solidarity Leads Harmony 2012 (SOLEH’12) merupakan program tahunan yang dilaksanakan dengan menampilkan barisan urusetia dan fasilitator yang terdiri daripada bekas-bekas pelajar SMKA Maahad Hamidiah yang sedia kembali menabur bakti kepada sekolah.
Program yang bertemakan “Keperibadian unggul Rasulullah ikutan terbaik” berhasrat untuk memberi kesedaran pada umat zaman sekarang khususnya kepada golongan remaja yang sedang meningkat dewasa, bahawa Rasulullah adalah contoh yang terbaik sebagai ikutan bagi mereka yang bergelar muslim.
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan Dia banyak menyebut Allah”. (Al-Ahzab: 21)
Sejajar dengan misi dan visi sekolah untuk melahirkan generasi terbilang serta menjana potensi individu, program ini juga menerapkan 10 ciri-ciri individu muslim (10 Muwasafat Tarbiyah) yang digariskan oleh As-Syahid Hassan al-Banna sebagai bekalan kepada pelajar tingkatan dua untuk mengukuhkan jati diri individu muslim sekaligus mempersiapkan diri untuk berhadapan dengan cabaran dunia tanpa sempadan agar mereka sentiasa maju kehadapan.
Berbekalkan pengalaman para urusetia dan fasilitator yang telah menempuh cabaran berada di luar alam persekolahan, kami rasa bertanggungjawab untuk berkongsi pengalaman dan mencurahkan sedikit ilmu yang ada kepada pelajar tingkatan dua dengan membawa konsep program yang bersesuaian dengan jiwa dan keinginan remaja zaman sekarang yang tidak lari dari batas-batas yang telah ditetapkan. Kami juga ingin bersama menggalas cabaran membantu para pendidik di SMKA Maahad Hamidiah dalam mendidik generasi akan datang, secara rohani dan jasmani.
TEMAKeperibadian unggul Rasulullah ikutan terbaik
AKTIVITI-AKTIVITI PROGRAM
Aktiviti-aktiviti program menerapkan 10 Muwasofat Tarbiyah:
- Salimul ‘Aqidah (Aqidah yang sejahtera)
- Qawiyul Jismi (Sihat tubuh badan)
- Sahihul Ibadah (Ibadah yang shahih)
- Matinul Khuluq (Akhlak yang mantap)
- Mutsafaqul Fikri (Luas pengetahuan)
- Munadzam fi Syu’unihi (Tersusun urusannya)
- Haritsun ‘ala Waqtihi (Sangat menjaga masa)
- Nafi’un li Ghairihi (Bermanfaat pada orang lain)
- Qadirun ‘ala Kasbi (Mampu berdikari)
- Mujahidun Linafsihi (Melawan nafsu)
copy paste from group Solidarity Leads Harmony :DD
bila kem soleh ni ?
Tarikh: 6-8 Julai 2012
Masa : 5.00ptg jumaat-4ptg ahad
Masa : 5.00ptg jumaat-4ptg ahad
dekat mana kem soleh nihhh ?
Tempat : SMKAMH terchentaaaaa !
lagi pasal kem solehhh ?
> Tempat penginapan, makan & minum fc disediakan..
> menambah pengalaman diri..
> finally, u'll gain sth from SOLEH'12 =)
> menambah pengalaman diri..
> finally, u'll gain sth from SOLEH'12 =)
EHEEE ingat lagi tak memori manis kita ketika menjalani program KEM SOLEH ?
oke jumm flash back !
actually nak letak gambar tapi dah godek godek tak jumpa lahhh. gmbr kem soleh semua kat friendster.sy lupa fs punya email password semua =='' almaklumlah zaman dahulu kala main fs jeee. hikhikk
emm banyak sangat aktiviti kita buat time kem soleh kannnn?
tak silap time tu kita f2, semua malu malu lagi antara putra and putri. tak matured kannnn. hee.
antara aktiviti yang masih jelas di memori ini ialah kita sambung sambung staw sampai jadi bngunan yang tinggi dan kukuhhh. hekhekkk. group aku jambu air, member group seingat aku lahhh aku sendiri, maya iradah, afnan basir, amir arief, farhana rakbi, sakinah, fatin athirah, aqeela talib, amirah idris ada ke ?and sape sape ntah tak ingat lohh, sorry. banyak lagi yg kita buat, treasure hunt! oke time tu baru kitorang tahu suara shahrul sedap. hhaha :PP sebab ada task kena azan and he did it ! time tu ktorg semua whoaaaaaaaa. teruja sebentar. hekhekk. and selain kem soleh benda yang paling best ialah main bom air uhhh. kita dulduk dalam group, time tu kat dataran pengetua, semua kumpulan dibekalkan dengan baldi yang berisi belon air. main attack semua group. ada lagu, tak silap macam ni jambu bom jambu bom jambu bom tu oren bom. kot lahhh. ingat ingat lupa ouhhh. HAHA. hoo best gila game nihh, main curi curi belon org, tak cukup belon , air longkang pun bolehhhh. HAKHAKK. nite walk ada ke tak ehhh, tak ingat lahhh. time LDK pun tak ingat sangat, tapi kalau tak silap kita ada main game yang guna mancis kannn ? heee. lupa la wehh, da tua kannn. HEEE. oh yeee ! kalau tak silap barang amanah kita spaghetti. pandai pandai lah jaga, jangan kasi patah sudahhh ;)
tu je kot memori semasa kem solehh. fun riteee ?
so apa kataaaa kita bagi memori yang sama nutuk adik adik junior maahad.
why not we give a hand and try to contribute something untuk sekolah.
ada org cakap mcm ni ' errr aku pun tak cukup soleh ada hati nak jadi fc'
it is okayyy kalau tak cukup soleh, atleast kita boleh gain experience and learn something rite ? ;)
kalau still rasa macam tak layak jugak, apa kata rajin rajin kan diri pergi jenguk jenguk kot kot ada yang kita boleh tolong ke kannnn. heee
so kepada siapa siap yang berminat, boleh lah anda menghubungi FARAH AIMI RAZAK di fb atau pun mcg dia terus. heee
terima kasihh :)
jumpa anda di KEM SOLEHH. insyaALLAH.
aku bukan group jambu air ok.
ReplyDelete