jaga nama baik Islam, nama baik Maahad Hamidiah, jangan buat perangai kampung kat sana dah laaa :)
untuk putera, jaga aurat, bila dah disuruh ke depan jadi imam, jangan nak dalih, jadi je imam. tunjukkan korang boleh memimpin. Islam kan agama memimpin.
untuk puteri, jaga aurat, jaga adab. jangan nak gedik-gedik ke hape ke, usha laki hensem ke. tunjukkan korang ni perempuan yang serba boleh, tapi dalam masa yang sama, still jaga maruah diri dan adab
:)
***
sini ada tips sikit untuk budak-budak yang duduk rumah, takde keje nak buat apa.
1) kurangkan beban mak ayah
sebelum ni, waktu musim SPM, konfem bila mak ayah suruh tolong, mesti jawapan korang ;
'jap mak! nak habiskan baca Sejarah sikit ni haa.'
mesti ada jawapan SEKEJAP. kan?
so apa kata, dah habis SPM ni, duduk rumah goyang kaki tu, sambil-sambil tu tolong la emak ayah.
serius, waktu ni la nak berbakti dengan mak ayah.
bak kata Cikgu Salwa,
'cuti ni berbakti la dengan mak ayah, tak payah carik keje. duduk rumah, belajar masak ke, menjahit ke. sebab nanti bila korang masuk U ke matriks ke pegi overseas ke, dah takde masa nak tolong mak ayah. belajar benda basic. jangan nanti kain pelikat suami koyak pun nak kena hantar pegi tailor. yang lelaki, pun kena berbakti. belajar buat kerja-kerja rumah, bila lagi nak belajar?'
so, sila-silalah rajinkan diri nak kurang beban mak ayah.
walaupun kadang-kadang mak ayah kita ada bising 'ko ni duduk rumah buat menyemak je', tapi sebenarnya dorang suka kita duduk rumah, lagi-lagi bila kita tolong dorang
:)
2) kelas bahasa
sama ada Bahasa Inggeris, Bahasa Arab atau bahasa apa sekali pun, join laa. sebab bahasa ni sangat penting bila kita keluar nanti.
even Islam sendiri galakkan ummat dia belajar bahasa, so kita kena la galakkan diri sendiri.
kelas Bahasa Inggeris yang boleh join macam centre kat atas Warta Bangi tu, tak pun kat area CzipLee Kajang,
centre tu ajar communication skills dengan cara nak hadapi interview nanti.
memang sangat-sangat berguna laa untuk kita semua yang akan berhadapan dengan masyarakat nanti :)
orang yang cinta akan ilmu, dia takkan pernah kisah tentang bayaran atau apa. asalkan ilmu penuh di dada huuuu
3) usrah dan tarbiyyah
yang ni paling murah (takde bayaran pun).
jangan ingat usrah ni ada kat sekolah je. apa kata ajak kawan-kawan, buat usrah kat luar. lagi best, cari Naqib/Naqibah yang memang dah berpengalaman.
biasanya Naqib Naqibah ni boleh dapat dari kawan-kawan yang join NGO contoh JIM ke, ISMA ke, IKRAM ke.
join jelaaa, at least boleh eratkan hubungan, ummat Islam makin bersatu, kenal rakan baru.
sebenarnya, usrah ni laa sumber kekuatan Islam.
kalau tak join usrah pun, bila ada kelas agama kat surau sebelah rumah korang ke, rajen-rajen la pegi. jangan malas-malas,
4) sukarelawan
sama ada kat sekolah atau luar, mana-mana pun boleh join. Rakan Alam Sekitar, Pemuda Masjid ke, join laa,
benda-benda macam ni sebenarnya boleh bina karakter kita, untuk jadi lebih bersedia berhadapan dengan masyarakat,
takdela nanti culture shock. tiba-tiba jumpa tengah jalan,
'eh Si Timah dah bukak tudung! pakai skirt pulak tuuu'
huuuu nauzubillah
***
dua nikmat yang sering manusia lupa,
1) fizikal yang sihat
2) masa lapang
gunakanlah masa lapang sekarang ni dengan sebaik mungkin. jangan sia-siakan. kita muda lagi, fizikal kita masih sihat untuk buat semua benda,
:)
SELAMAT MENGISI MASA LAPANG DENGAN SEBAIKNYA~!
budak-budak dah start sekolah...
belajar rajin-rajin ;)
by ;
pengendali blog sementara
;)
belajar rajin-rajin ;)
by ;
pengendali blog sementara
;)
Mcm kenal je ni tulisan siapa..
ReplyDelete*Byk sgt smiley, tau sgt~ Fufu.
Smoga jd ingatan utk semua. ;D