Pages

Labels

Showing posts with label ucapan. Show all posts
Showing posts with label ucapan. Show all posts

Friday, November 18, 2011

MUET ^,^

ASSALAMUALAIKUM !

sementara internet laju, nak post lagi :)

ALL THE BEST utk yang amek muet esok !

especially USIM ngan UITM lah ramai yang amek kan?

ade yang jawab muet kat maahad . itu paling bermakna kot.
kirim salam kat sekolah eh !

okeh malam nih jangan dok online,
pergi belajar ape yang patot,
kalau nak online sangat, pergi bace artikel2 english
nak comment2 dalam FB pon gune english :p boleh ?
nak cakap dgn orang all in english ok ?
good luck friends :)

okeh chillex sekejap

1. Interview dalam English

Daud sedang di interview di sebuah syarikat :

Pegawai : Nama saudara siapa ?

Daud : “Daud…”

Pegawai : “Cuba ceritakan tentang keluarga saudara !!…

Daud : “Saya 2 beradik.. adik saya masih belajar di Kampung.. Orang Tua saya tinggal di Perak.. Nenek dan Datok saya dari belah ayah tinggal di Perlis… Nenek dan Datuk dari belah Ibu pula tinggal di Johor.. Bapak saudara dan mak saudara semua tinggal di Melaka..

Pegawai : “Apakan saudara boleh berbahasa inggeris ?

Daud : “Yes .. sir … “

Pegawai : “now tell me about your family in English !!… “

Daud : “Sorry sir .. i don’t have family in English … they’re all living in Malaysia”


2. Salah Paham

Dollah seorang pemuda dari dusun mencari pekerjaan di-akhbar.
Esokan nya dia pergi temuramah dan berjaya mendapat jawatan sebagai “Production Operator” di-sebuah kilang elektronik Amerika.
Bos nya seorang mat salleh yang tak pandai berbahasa melayu.

Satelah dua hari bekerja, bos nya bangsa mat salleh bertanya pada Dollah dalam bahasa Inggeris, “Good morning Dollah! How do you find this job? ( Bos nya tanya bagaimana tentang kerja nya disitu)

Lalu Dollah menjawab “Oh I found this job in the news paper” ( Saya jumpa kerja ini dalam surat kabar )

Bos nya terpinga pinga jawapan dari Dollah.

3. Some ancient jordan people said....in marriage..it has 3 ring....engangement RING...and then wedding RING....and then suffeRING....haha

4. Mr Brown

Suatu ketika ada seorang ingin menelefon Mr. Brown.
Penelefon : Hello, boleh saya hendak bercakap dengan Mr. Brown?
Penerima : Oh, ini Mr. Black.
Penelefon :Oops Sorry, wrong color!

ok dah2,
pergi belajar sekarang ! :p
yang dah expert tu mesti goyang kaki je malam nihhhh

ok, ALL THE BEST !
semoga Allah mudahkan urusan kalian menjawab MUET dgn CEMERLANG :)

p/s : nanti boleh bagi tips kat orang2 yang belum jawab MUET lagi ^^

selamat meneruskan pelajaran :)

Assalamualaikum !


hari tu ramai kate blog dah bersawang. oh maaflah ye. tak ade idea nak post.
kali nih nak menambah post ;)

SELAMAT MENERUSKAN PELAJARAN ANDA !

ni post tentang org2 kat malaysia taw . hehe 
haa ramai dah nak masuk sem 2 kan?
ade jugak yang dah masuk sem 2.
UITM masuk 21 nov kan ?
ade yang baru dapat masuk UITM second intake tengah orentasi skrg nih !
erm MATRICS pon dah nak masuk jugak,
UIA ade yg tengah short sem aka sem 2 skrg and ade yang cuti sampai awal january utk terus ke sem 3 ! ^^
USIM ade 2 minggu lagi cuti 
INTEC sampai disember cuti
yang lain lain tak tahu la . sorry .

kejap2, cakap pasal UIA, ramai sangat tanye hari tu time makan makan kat rumah amie kenape ade yang kene short sem kenape ade yang tak kene .

SHORT SEM atau SEM 2 tu untuk :
1. student2 yang memang ade dalam study plan yg ditetapkan UIA utk amek sem 2.
2. student yang kene repeat subjek
tapi, kawan2 kita yg amek short sem tu semua sebab yg no 1 bukan no 2 kan kan ?
so bukan lah org yg terus sem 3 nih lebih bijak atau org amek short sem terlebih bijak nak advance.

haa cukup lah pasal UIA. nanti tak adil pulak .
cerita pon sebab ramai tak faham.
harap maklum

ok then, nak cakap,
kawan2 yang UITM tuh, 
tahniah la dgr cerite ramai dapat DEAN LIST !
hebat lah korang :)

yang berada di perantauan :
mesir musim sejuk skrg kan ? untonglaaa ;)
jage diri . nanti nak dgr rsult kalian pulak !
untuk semua, semoga terus success lah utk next sem ok !
kalau sem lepas macam sangkut2 sikit, kite belajar dari kesilapan.
jangan banyak mengeluh sebab tak dapat result bagus, tapi fikir ape next step untuk kite baiki result kite .
dont ever give up selagi kita tak usuhe ke titik yang terakhir
jangan kate 'aku dah belaja gile2 punye' tapi ade lagi ruang2 mase kite dengan perkara yang tak berfaedah
tak semestinya masa kita setiap masa untuk belajar sahaje, tension ah cam tuh kan, tp SEBENARNYA untuk diisi dengan ape2 perkara yang berfaedah.
semoga same2 dapat belajar lillahitaala
USAHA penting ! jangan banyak buang masa ok.
ALLAH LIHAT PADA USAHA KITA :)


Pesanan imam As-Syafie kepada kita:
“Jika kamu hendakkan dunia, maka hendaklah mempunyai ILMU.
Jika kamu hendakkan akhirat, maka hendaklah mempunyai ILMU.
Jika kamu hendakkan keduanya, maka hendaklah mempunyai ILMU..”

BITAWFIQ WANNAJAH !
take care ^_^ 

Thursday, December 17, 2009

Happy Maal Hijrah!

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH !

insyaAllah, kita akan menjejakkan kaki kita ke tahun yg baru.
inilah new year kita yg sebenarnya bg umat islam!
so, azam baru?
hmm..sebenarnya, kita kne sentiasa berazam untuk berhijrah kpd yg lebih baik.
bkn stakat pd awal tahun sahaja.
insyaAllah next year kite sume akn sit for SPM right?
so, azam kita adalah same.
untuk dapat strainght A`s in SPM. insyaAllah. ameen..
dan juga, sentiasa menjadi hambanya yg bertaqwa.
erm, jgn lupe sblm maghrib bace doa awal tahun n lps maghrib bce doa akhir tahun.
doakan utk parents, teachers, friends, school n umat islam kay.
insyaAllah.
semoga kita sentiasa dibawah rahmatnya.

Muharram (محرّم) adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah (Al Baqarah: 91).

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah; “Sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.”

Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).


Antara Amalan Pada Bulan Muharram

Amalan Pada Akhir Tahun dan 1 Muharram.

Digalakkan pada hari terakhir bulan Zulhijjah dan pada 1 Muhharam dibacakan doa akhir (akhir Zulhijjah) dan awal tahun (awal Muharram).

Selepas sholat subuh pada 1 Muharram digalakkan kita membaca Ayatul Kursi sebanyak 360 kali dengan membaca Isim Bismillahirrahmaa nirrahim pada setiap kali bacaan. Insya Allah barangsiapa yang mengamalkannya, akan diberikan keselamatan dan pemeliharaan dari sebarang musibah dan kesempitan rezeki. Sesudah selesai hendaklah dibacakan doa berikut sebanyak 3 kali.

Berkata para ulama' salaf, empat belas (14 ) malam yang afdhal dihidupkan:

  1. Malam Awal Muharram
  2. Malam 10 Muharram
  3. Malam Awal Rejab
  4. Malam 15 Rejab
  5. Malam 27 Rejab
  6. Malam 15 Sya'ban
  7. Malam Arafah
  8. Malam 1 Syawal
  9. Malam 10 Zulhijjah
  10. Malam-malam ganjil pada 10 hari akhir Ramadhan (21, 23, 25, 27, 29)

Amalan-amalan yang disunatkan pada malam tersebut:

a) Qiamullail b) Membaca Al-Quran c) Zikir

Bersabda Rasulullah s.a.w.:

"Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Muharram maka baginya menyamai 30 hari berpuasa."

"Sesiapa yang berpuasa pada 10 Muharram maka ALLAH anugerahkan pahala 10 ribu ibadah para Malaikat, dan dikurniakan pahala 10 ribu syuhada' (mati syahid), dan dikurniakan pahala 10 ribu pahala Haji dan Umrah"

"Sesiapa yang melapangkan kesempitan keluarganya pada 10 Muharram maka ALLAH melapangkan kesempitannya sepanjang tahun tersebut."

"Seafdhal-afdhal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharram dan seafdhal-afdhal solat selepas solat fardhu ialah solat pada 1/3 malam 10 Muharram" .

1) Puasa Asyura (10 Muharram)

Diriwayatkan daripada Ibn Abbas, "Sewaktu Nabi SAW tiba di Madinah, baginda mendapati bahawa orang-orang Yahudi berpuasa pada Hari Asyura'. Apabila ditanya, mereka menjawab, "Hari ini adalah hari kemenangan. Hari ini adalah hari dimana Allah SWT menyelamatkan Bani Israil daripada musuh-musuh mereka lalu Nabi Musa as berpuasa pada hari tersebut.
Nabi SAW kemudian bersabda, "Maka aku lebih berhak dengan Nabi Musa daripada kamu".
Baginda lalu berpuasa dan mengarahkan (para sahabat) untuk turut berpuasa."

Maka dianjurkan bagi kita supaya berpuasa sunat pada Hari Asyura' iaitu pada 10 hb Muharram.
Tujuan kita berpuasa adalah sebagai mengikut sunnah Nabi SAW berpuasa yang berpuasa pada hari tersebut.

Fadhilatnya

Diampunkan dosa-dosa yang dilakukan selama setahun yang lalu.

Nabi SAW bersabda, "Puasa pada Hari Arafah dapat menghapuskan dosa setahun sebelum dan setahun sesudahnya.
Adapun puasa Hari Asyura pula, dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya"

2) Puasa Thosu'ah (9 Muharram)

Selain daripada puasa pada hari Asyura (10 Muharram), umat Islam juga disunatkan berpuasa pada Hari Thosu'ah iaitu 9 Muharram (atau sehari sesudahnya 11hb Muharram).

Nabi SAW bersabda, "Berpuasalah pada Hari Asyura dan perbezakan (diri kalian) dengan org2 Yahudi dengan berpuasa juga sehari sebelum atau sesudahnya".

Semoga Allah melimpahkan rezeki dan limpah kurniaNya untuk kita agar dapat mengamalkan dan memuliakan kedatangan awal Muharram di alaf baru ini dengan cara sambutan yang dilaksanakan oleh para Rasul, Anbiya, Siddiqin, Aulia Allah dan orang-orang Sholihin. Semoga tahun ini akan lebih baik dari tahun yang lepas dalam kita mendekat diri dengan sumber segala kekuatan, keindahan, kasih sayang dan kebahagiaan daripada Allah SWT, InsyaAllah

wallahualam.
semoga apa yang kita bace dpt kita amalkn dan sampaikan.insyaAllah.

Sunday, December 6, 2009

geng HOKI

mnggu dpan
mereka akan bekerjasama,berganding bahu dan tenaga untuk berentap di USM PENANG dalam pertandingan HOKI
antara ahli yang terlibat ialah

ayraf rusli
shahrul rizan

ku aziz

syahir tajuddin

fauzi azizan

amnan

amar faris

asyraf abdul aziz a.k.a bonzer

semoga mereka berjaya
maen ngan bergaya taw
kalau kalah xp,atleast bergaya
huhu

kat sane t jge diri elok2
have fun! :)
jgn lupa solat
huhu

ALL THE BEST GUYS !

P/S:gud luck utk fateh juga.dy akan mewakili team lain,tp dorg akn jmpe kat sne gak nnt.huhu.korg jgn gado lak kat sne.hee

Wednesday, November 25, 2009

yeayyy

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

p/s:xsmpt nak merepek,ak nk blek kg daaa.bye

Sunday, October 4, 2009

PMR 2009

ALL THE BEST IN PMR 2009!

utk smua adk2 f3 hamidiah.
all the best in PMR.
wat yg the best!
harumkan name maahad hamidiah.
bkn stdy utk KISAS yeh..igt tuh!
doa byk2, solat hajat jgn lupe.
pohon supaya dipermudahkan segala urusan peperiksaan.
klu result meningkat, thn dpn gk dpt keuntungannya. hehe.
semoga calon pmr thn nh mndapat 9A..amin.

Saturday, September 19, 2009

EID MUBARAK. $_$

hai selamat hari raya,
kami semua ucapkan,
menikmati hidangan yg kami sediakan..
sila jamu selera,
dgn pelbagai hidangn,
pileh yg mana suka,
sila jgn lah segan..

haa..
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
MAAF ZAHIR DAN BATIN.


akhirnya,
hari kemenangan bg umat islam sudah tiba.
marilah kite hayati makna aidilfitri yg sebenar.
bkn takat nk dok beraye je.

erm,
ziarah menziarahilah antara kite.
bak kate ayah haji,
ikut la parent gi umah sedare mara.
jgn nk dok umah tgk tv je.
ikhlaskan hati jgn pk duet raye plak!
hehe. *biase la tuh kite.*

bermaaf-maafanlah sesame kite.
kite nh, lg2 hidup ngn kwn2 kat asrm uh..
mst byk wat salah, wat psal, carik pasal, terlepas kate sesuke suki, terkurang sopan, terejek tak tentu hala, terpukul tak sengaje n so on.
so, pohon lah kemaafan yek.
kat parent n family gak jgn lupe.
itu plng penting.
and dekat sume org la sng cite.

ha! pasal main mercun.
ramai org kate jgn main mercun kn?
jd kat sini nk ckp gak r, jgn men mercun.
kalau nk men gak, pndai2 la hidup, tuh un kalau hidup ag.
haha.
tp bese r, balek kg mst main kn?
pape un jage diri. main ke tak main, jge je diri tuh.

satu lagi!
jgn mkn byk2.
pnat2 je kurangkn berat bdn tym puase.
nh naik balek.
rugi2.
baik maintain kn. ok?
ble mkn ketupat, lemang, rendang, kueh raye uh..
igt2lah perut uh..
pnat nk hadam makanan yg byk uh. buntat nt. hehe.

mst ramai yg dah balek kg kan?
best nye kat kg.
kat kg jgn lupe, adab kite, aurat kite n sume2 lah.
yg nk bertolak balek kg uh,
drive safely,
bace doa.
semoge kte sume selamat pergi dan kembali.
amin.

kat sini, skez nk ucapkan selamat hari lebaran.
maap kalau byk kesalahan yg ktorng lakukan.
salah dan silap harap dimaapkan.
ktorng tgu duet raye dr korang!ahaha.

(eza dah selamat balek kg. ak balek kg esok, sbb tuh kne post mlm nh gak. amat tergese2.)

salam lebaran,
by.sk

Friday, September 18, 2009

Ilal liqa' ya ramadhan..

assaamualaikum..

pejam celik. pejam celik.
cepat sungguh mase berlalu.
ramadhan bakal melabuhkan tirainya.
adkh amalan kte lbeh baik dr sebelumnya?
semoga Allah menerima amalan kita semua.amin.
dan yg amat diharapkan,,
semoga amalan yg dilakukan dpt dpraktikan scre istiqamah pd bln2 setrusnya.
insyaAllah..
harap2 kita dapat menemui ramadhan yg akn dtg.
yg lebih mencabar sbb kite nk amek SPM next year.

best bln puase nh taw.
nk taw nape?
selain drpd dpt tambah amalan n bln yg penuh kbrkatan sume tuh..
kte gak dpt tgk.
org tahan marah.
ble ade org mara je or x sabar je, mule lah..
"kau puase ke x?sabar2 bln puase nh."
aktiviti mengumpat pun kurang.
kutuk2 juge dipuasekan.
tp,gurau2 uh ttp ade. tak bole dipisahkn.
em,ramai org bgn qiam.
terase barakah je kat skola uh.
bgn pg pun awal.
semuanya tersusun rapi. alhamduillah..
harap2 amalan2 baik nh dpt dteruskan yek!
jgn plak dlm bln puase je. nh sbg latihan.

lps nh, syaitan ade balek.
tak best nye.
nauzubillahiminashsyatonirrajim..
semoge kite sume thn dgn godaannya.

hm, lailatulqadar pula cane?
adkh kte berebut2 mencarinya?
ade yg kate mlm 23, ade gak kate mlm 25.
wallahualam.
buat je la tep2 hari kn.
semoga amalan kita diterima.

sdih la pulak.
kalau sahabat2 nabi, mrk amat menangisi pemergian ramadhan.
kite?
sebok ngn baju raye, kueh raye..
ish3..

pape un, tgl 1 hari je lg.
rebutlah ap yg patut.
tahniah kpd sesape yg da khatam.

wassalam

by.sk

Friday, August 21, 2009

bertemu RAMADAN.



assalamualaikum,
semoga kalian diberkati pd bulan yg penuh barakah ini. insyaAllah.

Alhamdulillah..
finally, Allah temukan kita dgn bulan ramadan yg penuh dgn kerahmatan ini.
kat sini nk wish,,
selamat menyambut ramadan al-mubarak.

semoga kita dapat menambah amal ibadat dan diperkuatkan keimanan.
semoga dipanjangkan umur dan diberikan kkuatan untuk melalui jalan2 spnjg ramadan ini.
harap2 ramadan thn nih adlh ramadan yg the best ever!
insyaAllah.
same2la lakukannya.
banyakkan berdoa.
doakan untk org len juga ye.
untk kwn2 jgn lupe.
n ofcoz for islam dan umat islam, for parents, teachers, relatives, family, school n the others.
semoga Allah mendngar dan memakbulkan doa kita.
klu tak mkbul pun, kita akn dpt ganjarannya di akhirat kelak.
thats His promise.
kedatangan lailatulqadar amatlah ditunggu2kn.
harap2 kita dpt bertemu dgn malam itu.
mse nh jugak lah kita practise utk kurang lakukan bnde2 tak baik n lagha.
bkn hanya utk bulan nh, harap dpt lakukan secara consistant.
insyaAllah..

sedikit tazkirah,,

KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.


p/s: tazkirah utk diri sndiri jugak. si penulis adlh insan yg lemah dan cetek ilmunya. harap maap klu ade yg salah. yg baik dr Allah, yg buruk itu dtg dr diri sy sendiri.

wallahu'alam. assalamualaikum..

kami sudah jadi alumni !

kami sudah jadi alumni !