Pages

Labels

Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Sunday, August 7, 2011

Senyum- Senyum Ramadhan



Assalamualaikum dan selamat menjalani ibadah puasa di bulan yang penuh rahmat dan barakah ini

Actually blog ni memang berhabuk dek sebab faktor kesibukan penulis-penulis dan kekeringan idea untuk dikerahkan dalam blog KEGILAAN RAMAI nih!!;p

Apapun, better few than nothing kan3! ohohoho^o^

uhuk3

Astaghfirullahal azimx3. bulan ramadhan ni perlu LEBIH banyakkan istighfar. LEBIH kurangkan cakap kosong,LEBIH tingkatkan amal fizikal, mental, intelektual dan spiritual agar kita semua menjadi individu muslim yang kuat seperti sabda Rasululullah tercinta,

Seorang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah berbanding mukmin yang lemah. Pada setiap orang ada kebaikan maka bersungguh-sungguhlah mencari apa yang bermanfaat bagi kamu dan mohonlah pertolongan Allah serta jangan bersikap mengalah...


HAdis Sahih Muslim

Penulis tidak berhajat untuk memanjangkan penulisan memandangkan dakwat pen semakin habis.

Just nak share dengan korang semua dengan cerita pendek sempena Ramadhan.Enjoy!!

Kisah 1

6 Ramadhan,5.10 pagi

Halimah: Abang, tak kejut ke anak-anak kite tu. Diorang tu dah besar, taknak suruh puasa ke?

Syamsol: (mengunyah nasi dan serunding ayam) uish..tak payah..diorg tu.. mane boleh puasa..

Halimah: Eh abang ni, hari-hari saya tanya itu saja alasan abang. Takkanlah nak biar je macam tu. Semalam  saya tonton Tanyalah Ustaz kat tv9.Ustaz Nidzam jd penceramah. Dia kata orang yang ada anak-anak kecil ni kenelah latih berpuasa. Sikit demi sikit. Nanti da besar takdelah susah nk suruh puasa.
Syamsol:(masih mengunyah) Hmm...ustaz tu betul..awak tu yang tak betul..


Halimah: Ish abang ni teruklah.menyesal saya kahwin dengan abang.harap muka je fahrin ahmad. tapi akhlak abang,,mengecewakan limah bang.Limah ingat abang dapat bimbing Limah dan anak-anak kita jadi insan soleh wa musleh abang! Limah terseksa bang, terseksa dengan sikap abang!huuuuu..uhuuuhuuu



Syamsol: Ha'ah.Tula..abang pun same. 10 tahun kite kahwin anak-anak kite tu,  tu haa, ikan-ikan koi ngan bandaraya kat kolam tu..dah jom.lepas subuh ni abang nak bawak awak pergi hospital.ubat semalam dah abis..

Halimah:...enjit..enjit semut..sape sakit naik atas...

^_^
 moga kisah ini sedikit sebanyak membuat korang tersenyum di Ramadhan mulia ini.

Btw,Ekstra Special!!

Antara Doa2 yang boleh kita amalkan sepanjang Ramadhan:)

allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul’afwaa fa’fu’anni

“Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka mengampunkan maka ampunilah aku!”


Daripada Aisyah R.A. dia berkata kepada Nabi S.A.W., “Jika aku berasakan berada di malam lailatulqadar, apa yang mesti aku doa?” Baginda menjawab yang bermaksud, “Ucapkan doa (tersebut).” Riwayat At-Tirmizi

Allahumma musorrifalquluub sorrif qulubana ‘alaa thoo’ati
“Ya Allah ya Tuhanku, Tuhan yang mengarahkan hati, arahkan hati-hati kami pada ketaatan kepadaMu.”

Daripada ‘Amru ibn al-‘As berkata bahawa dia mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya hati anak Adam keseluruhannya berada di antara dua jari Allah Yang Maha Pengasih seperti satu hati. Ia memalingkannya mengikut kehendakNya.” Kemudian Rasulullah S.A.W. berdoa seperti doa tersebut.riwayat Muslim

Selamat berpuasa dan moga ibadah kita diterima ALLAH.Senyum-senyumlah selalu,kerna senyum itu sedekah.Wassalam. \/(^_^)

Thursday, December 17, 2009

Happy Maal Hijrah!

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH !

insyaAllah, kita akan menjejakkan kaki kita ke tahun yg baru.
inilah new year kita yg sebenarnya bg umat islam!
so, azam baru?
hmm..sebenarnya, kita kne sentiasa berazam untuk berhijrah kpd yg lebih baik.
bkn stakat pd awal tahun sahaja.
insyaAllah next year kite sume akn sit for SPM right?
so, azam kita adalah same.
untuk dapat strainght A`s in SPM. insyaAllah. ameen..
dan juga, sentiasa menjadi hambanya yg bertaqwa.
erm, jgn lupe sblm maghrib bace doa awal tahun n lps maghrib bce doa akhir tahun.
doakan utk parents, teachers, friends, school n umat islam kay.
insyaAllah.
semoga kita sentiasa dibawah rahmatnya.

Muharram (محرّم) adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah (Al Baqarah: 91).

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah; “Sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.”

Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).


Antara Amalan Pada Bulan Muharram

Amalan Pada Akhir Tahun dan 1 Muharram.

Digalakkan pada hari terakhir bulan Zulhijjah dan pada 1 Muhharam dibacakan doa akhir (akhir Zulhijjah) dan awal tahun (awal Muharram).

Selepas sholat subuh pada 1 Muharram digalakkan kita membaca Ayatul Kursi sebanyak 360 kali dengan membaca Isim Bismillahirrahmaa nirrahim pada setiap kali bacaan. Insya Allah barangsiapa yang mengamalkannya, akan diberikan keselamatan dan pemeliharaan dari sebarang musibah dan kesempitan rezeki. Sesudah selesai hendaklah dibacakan doa berikut sebanyak 3 kali.

Berkata para ulama' salaf, empat belas (14 ) malam yang afdhal dihidupkan:

  1. Malam Awal Muharram
  2. Malam 10 Muharram
  3. Malam Awal Rejab
  4. Malam 15 Rejab
  5. Malam 27 Rejab
  6. Malam 15 Sya'ban
  7. Malam Arafah
  8. Malam 1 Syawal
  9. Malam 10 Zulhijjah
  10. Malam-malam ganjil pada 10 hari akhir Ramadhan (21, 23, 25, 27, 29)

Amalan-amalan yang disunatkan pada malam tersebut:

a) Qiamullail b) Membaca Al-Quran c) Zikir

Bersabda Rasulullah s.a.w.:

"Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Muharram maka baginya menyamai 30 hari berpuasa."

"Sesiapa yang berpuasa pada 10 Muharram maka ALLAH anugerahkan pahala 10 ribu ibadah para Malaikat, dan dikurniakan pahala 10 ribu syuhada' (mati syahid), dan dikurniakan pahala 10 ribu pahala Haji dan Umrah"

"Sesiapa yang melapangkan kesempitan keluarganya pada 10 Muharram maka ALLAH melapangkan kesempitannya sepanjang tahun tersebut."

"Seafdhal-afdhal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharram dan seafdhal-afdhal solat selepas solat fardhu ialah solat pada 1/3 malam 10 Muharram" .

1) Puasa Asyura (10 Muharram)

Diriwayatkan daripada Ibn Abbas, "Sewaktu Nabi SAW tiba di Madinah, baginda mendapati bahawa orang-orang Yahudi berpuasa pada Hari Asyura'. Apabila ditanya, mereka menjawab, "Hari ini adalah hari kemenangan. Hari ini adalah hari dimana Allah SWT menyelamatkan Bani Israil daripada musuh-musuh mereka lalu Nabi Musa as berpuasa pada hari tersebut.
Nabi SAW kemudian bersabda, "Maka aku lebih berhak dengan Nabi Musa daripada kamu".
Baginda lalu berpuasa dan mengarahkan (para sahabat) untuk turut berpuasa."

Maka dianjurkan bagi kita supaya berpuasa sunat pada Hari Asyura' iaitu pada 10 hb Muharram.
Tujuan kita berpuasa adalah sebagai mengikut sunnah Nabi SAW berpuasa yang berpuasa pada hari tersebut.

Fadhilatnya

Diampunkan dosa-dosa yang dilakukan selama setahun yang lalu.

Nabi SAW bersabda, "Puasa pada Hari Arafah dapat menghapuskan dosa setahun sebelum dan setahun sesudahnya.
Adapun puasa Hari Asyura pula, dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya"

2) Puasa Thosu'ah (9 Muharram)

Selain daripada puasa pada hari Asyura (10 Muharram), umat Islam juga disunatkan berpuasa pada Hari Thosu'ah iaitu 9 Muharram (atau sehari sesudahnya 11hb Muharram).

Nabi SAW bersabda, "Berpuasalah pada Hari Asyura dan perbezakan (diri kalian) dengan org2 Yahudi dengan berpuasa juga sehari sebelum atau sesudahnya".

Semoga Allah melimpahkan rezeki dan limpah kurniaNya untuk kita agar dapat mengamalkan dan memuliakan kedatangan awal Muharram di alaf baru ini dengan cara sambutan yang dilaksanakan oleh para Rasul, Anbiya, Siddiqin, Aulia Allah dan orang-orang Sholihin. Semoga tahun ini akan lebih baik dari tahun yang lepas dalam kita mendekat diri dengan sumber segala kekuatan, keindahan, kasih sayang dan kebahagiaan daripada Allah SWT, InsyaAllah

wallahualam.
semoga apa yang kita bace dpt kita amalkn dan sampaikan.insyaAllah.

Friday, December 11, 2009

Rahsia Jari Kita.


Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentu buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Justeru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima-limanya itu. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang???

SETIAP CIPTAAN TUHAN ADALAH SANGAT INDAH. SUBAHANALLAH!

Luasnya Neraka

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami,kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami &semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH,namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalahsegala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....

.: Luasnya Neraka :.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datangkepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaanberubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, akudatang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orangyg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itubenar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasaaman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifatJahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakanselama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahunsehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitamgelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutusengkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakarpenduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahlineraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan matipenduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkaudengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalamAl-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawahbumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang dihujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujungtimur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi,dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potonganapi. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannyayang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pinturumah kami?"

Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun,tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman:iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang ygkafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusibernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu,sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar

nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat kuyang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyangkemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah. (dipetik dari kitab "PeringatanBagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiatsedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kitasemua. Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kamiterangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Tuesday, December 1, 2009

Gurauan?

Hidup kita memang selalu dipenuhi dengan gurau senda dengan orang di sekeliling, biasanya kawan-kawan. Mana ada orang yang bergurau dengan dirinya sendiri, betul tak? Maknanya, bila kita bergurau senda, secara tak langsung ia akan melibatkan perasaan orang lain yang mendengar gurauan kita.


Biasanya, orang bergurau untuk menceriakan suasana. Takkan nak buat muka serius sepanjang masa. Macam kebanyakan orang mengatakan, “Hidup mesti ceria”.


Tapi, mari kita teliti, apa yang selalu ada dalam sesebuah gurauan? Lawak yang direka-reka, cerita yang dibuat-buat, perli memerli dan kata mengata antara satu sama lain. Itu antara yang biasa saya temui. Jarang sekali orang bergurau tapi dalam masa yang sama dia tak menipu. Tak sah kalau bergurau, dia tak mengata-ngata (secara bergurau) kat orang lain.


Kebanyakan kita menganggap gurauan adalah perkara biasa. Ada juga yang menyangka menipu dibolehkan ketika bergurau sebab tak membahayakan orang di sekeliling kita. Saya juga pernah menganggap begitu kerana merasakan apa yang kita guraukan hanya mainan semata-mata, bukan betul-betul, dan bukan niat untuk betul-betul berbohong.


Betulkah persepsi macam ni?





Banyak Ketawa Mematikan Hati

Pernahkah anda lihat orang yang ketawa terbahak-bahak, sampai katanya nak pecah perut dan sampai tak cukup udara nak bernafas? Apa yang kita fikir? Pastinya orang tu baru saja lihat atau dengar satu jenaka atau gurauan yang sangat menggelikan hati. Betul tak?


Kita akan ketawa apabila ada sesuatu yang menggeletek hati. Ya, itu memang sesuatu yang normal. Tapi, hakikatnya, di situlah akan timbulnya masalah. Gurauan yang melampau-lampau akan menyebabkan kita banyak ketawa.


Dalam Kitab Ihya’ Ulumiddin karangan Imam Ghazali, beliau menyenaraikan senda gurau sebagai salah satu unsur bahaya yang dibawa oleh lidah. Kata beliau,

“Asalnya senda gurau itu tercela dan terlarang, kecuali sekadar sedikit yang dapat dikecualikan daripadanya.” [1]

Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W.:
Maksudnya: “Jangan engkau berbantahan dan bergurau dengan saudaramu!”




Kita dibolehkan bergurau senda tetapi jangan berlebih-lebihan. Kenapa? Kerana ia akan mengundang banyak ketawa. Dan banyak ketawa akan mematikan hati. Dan mungkin akan menjatuhkan maruah diri. Kata Imam Ghazali,

“Adapun berlebih-lebihan pada bergurau, maka akan mempusakai banyak tertawa. Dan banyak tertawa itu mematikan hati dan mewarisi kedengkian pada sesetengah keadaan. Dan menjatuhkan kehebatan diri dan kemuliaan. Dan apa yang terlepas dari hal-hal tersebut, maka tidak tercela,” sebagaimana diriwayatkan dari Nabi S.A.W. bahawa baginda bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.” [2]




Kita biasa dengar,

“Isy dia ni. Ketawa sampai tak ingat dunia!”


Hakikatnya begitulah keadaan orang yang ketawa berlebih-lebihan. Larut dalam dunia ketawanya. Sampai lupa dan tak sedar apa yang berlaku di sekelilingnya. Dan lebih parah lagi, ketawanya itu juga menunjukkan kelalaian dari mengingati akhirat.


Nabi S.A.W. bersabda:
Maksudnya: “Jikalau kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya pasti kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.” [3]



Nilai Gurauan vs Nilai Persaudaraan

Ketawa memang seronok. Tapi menjadi bahan ketawa sangat menyakitkan hati. Hakikatnya, itulah yang selalu ada dalam sesebuah gurauan - mentertawakan orang lain.


Kita mungkin sekadar main-main, kata orang menyakat. Tapi, siapa tahu apa yang dirasai ‘watak utama’ kisah gurauan tersebut?


Mungkin tak kisah, mungkin marah, mungkin kecil hati dan mungkin terus tak bertegur sapa.


Gurauan yang dianggap sekadar main-main boleh menjadi bibit kepada pergaduhan, pertengkaran, tak bertegur sapa dan permusuhan yang berpanjangan antara sesama Muslim. Begitu murahkah nilai persaudaraan dalam Islam sehingga kita sanggup menggadaikannya dengan kata-kata gurauan dan mainan yang langsung tiada nilai di sisi Allah?


Rasulullah S.A.W. sendiri telah memberi amaran dalam sabda baginda:
“Sesungguhnya orang yang berkata-kata dengan suatu perkataan untuk mentertawakan teman-teman duduknya, akan jatuh dalam api neraka, lebih jauh dari bintang surayya.”



Jujur dalam Berjenaka dan Gurau Senda

Sedarkah kita, ketika bergurau senda dengan rakan-rakan, kita mungkin dah berbohong? Berbohong bukan maksud saya betul-betul bercakap bohong. Tapi, hanya sekadar cakap main-main; atau kata orang sekadar mengacah saja.


Soalnya, betul ke kita tak boleh menipu walaupun dengan hanya niat untuk bergurau? Nama pun gurauan, jadi kita bukan berniat untuk betul-betul menipu, hanya sekadar main-main dan tak memudharatkan sesiapa. Dan biasanya, last sekali, kita mesti akan cakap,

“Aku main-main je la…”

“Aku tipu engkau je tadi. Saja nak tengok macam mana reaksi engkau.”


Kalau diikutkan logik akal pendek kita, mungkin pandangan tu nampak macam betul. Tapi, mari kita teliti sabda Rasulullah S.A.W. :

“Hendaklah kamu jujur. Sesungguhnya kejujuran menunjuk kepada kebaikan. Dan kebaikan menunjuk kepada syurga. Seorang lelaki terus jujur dan mencari kejujuran sehinggalah dia dicatatkan di sisi Allah sebagai seorang yang sangat jujur. Berwaspadalah terhadap dusta. Sesungguhnya dusta menunjuk kepada kejahatan. Dan kejahatan menunjuk kepada neraka. Seorang lelaki terus berdusta dan mencari pendustaan sehingga dia dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang sangat berdusta. [4]

“Celakalah orang yang memperkatakan sesuatu agar orang lain ketawa, lalu dia berdusta. Celakalah untuknya. Celakalah untuknya.” [5]


Apa pun tujuan kita, pendustaan sesekali tidak dibenarkan walaupun hanya untuk bergurau dan berjenaka. Islam mengharuskan gurau senda, keceriaan dan hiburan jiwa, tetapi tidak menjadikannya sebagai pembuka jalan kepada kita untuk berdusta.


Jadi, kalau nak bergurau, pastikan gurauan kita tak ada unsur-unsur penipuan dan pendustaan. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.:

Macam mana cara yang betul untuk bergurau? Mari kita susuri sirah Nabi Muhammad S.A.W., bagaimana cara baginda bergurau senda dengan orang-orang di sekeliling baginda.

Suatu hari, seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah S.A.W., meminta tunggangan daripada baginda kerana hendak pulang ke negerinya. Apabila Nabi mendengar permintaan lelaki itu, baginda bersabda: “Sesungguhnya aku akan menunggangkanmu di atas anak unta.” Padahal, pada waktu itu Nabi berkata demikian hanya dengan tujuan untuk bergurau.

Apabila lelaki itu mendengar kata-kata Nabi, dia merasa susah hati kerana memikirkan bagaimana anak unta yang kecil dan lemah boleh ditunggang untuk perjalanan yang jauh. Lalu, lelaki itu berkata, “Apa yang boleh aku buat dengan seekor anak unta? Kalau kamu berikan pada aku, tentulah menjadi beban dan hanya menambahkan kesusahan saja, sebab ia masih kecil dan tidak boleh ditunggang.”

Maka Rasulullah S.A.W. berkata, “Adakah yang melahirkan unta itu selain daripada unta betina? Maka itulah yang mahu aku berikan kepadamu iaitu unta besar yang asalnya dilahirkan oleh ibunya.” [7]



Lihat bagaimana cara Rasulullah S.A.W. menjaga adab-adab dalam bergurau senda. Baginda tidak sesekali menipu orang yang diajak bergurau, sebaliknya cara baginda ada ‘seninya’ yang tersendiri.


Apa yang saya perhatikan dalam kisah di atas dan beberapa kisah lain, Rasulullah menggunakan kaedah “double meaning” dalam gurauan baginda, iaitu satu kalimah tetapi mempunyai ataupun boleh difahami dalam dua maksud dan keadaan yang berbeza. Jadi, cara sebegitu akan mengelakkan kita daripada berbohong ketika bergurau.


Sayyidina Umar r.a. pernah berkata:
“Tahukah kamu mengapa dinamakan gurau senda (al-muzaah) dengan kata-kata al-muzaah?” (maksud asal al-muzaah: alih).

Mereka itu menjawab: “Tidak!”

Maka Umar r.a. menjawab:
“Kerana senda gurau (al-muzaah) itu, mengalihkan orang yang bergurau daripada kebenaran.”


Jadi, berwaspadalah kita dalam setiap gurauan dan kata-kata kita. Setiap apa yang dituturkan oleh kita akan dipertanggungjawabkan ke atas diri kita di akhirat kelak. Gurau senda mampu menghiburkan jiwa dan boleh mengeratkan hubungan sesama Muslim, tapi andai tidak kena caranya, gurau senda boleh melontarkan kita ke dalam azab neraka. Na'uzubillahi min dzalik.

~Wallahu a'lam~

Wednesday, November 11, 2009

TITIPAN KHAS BUAT PU3 HAMIDIAH(AH)

siapakah yg sepatutnya menjadi pilihan anda?sebagai teman hidup di dunia.Biarlah dia yg sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yg penyayang,yg mempunyai ramai kwn dan tidak mempunyai musuh,lelaki idaman anda adalah lelaki yg menghormati ibunya,yg akan mendidik isteri dan anak2 mendalami islam,yg hidupnyapenuh kesederhanaan,kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.lelaki idaman anda sentiasa b'sedia utk m'jadi imam,yg hidup d'bwh naungan al-quran,yg boleh d'ajak berbincang dan berbicara,yg m'jaga matanya,yg sujud penuh kesyukuran dgn rahmat ALLAH ke atasnya.lelaki idaman anda tak pernah membazirkan masa,matanya penat kerna membaca,suaranya lesu kerna berzikir,tidurnya lena dgn cahaya keimanan,bangun subuhnya penuh cergas.lelaki idaman anda adalah LELAKI,yg tidak terpesona dgn buaian dunia kerna dia mengimpikan SYURGA,disitulah rumah idamannya,dan dia ingin membawa anda bersama..

Monday, August 24, 2009

ISK V 2.0

ISK V 2.0 – What should I do?

Assalamualaikum.

Ever been to Turkey before? You’ll be amazed at the amazing structures available there. Remnants of libraries, amazingly old monuments, etc. etc.
The tour guide held the mike in his hand, and pointed towards the right. Us travellers got our cameras at hand. Ready to snap up a picture or two. Being from Malaysia, we just have to take every chance we get.



“That’s the Topkapi Museum. A great remembrance of everything in Turkey,” said the Turkish native. “There are many information and treasured items about the Ottoman Empire in this museum as well as matters regarding Islamic matters.”
“Ooh~.” Snap- snapping went cameras. My eyes widen in surprise as well. Words like ‘Whoa, OMG!, SubhanaLLah, O_O’ ran through my mind. The place was extremely HUGE.


Bayangkan sekolah kita. Darab berapa ratus entah. O_O. I know.

---

After the visit to the extremely huge place, we went to a nearby restaurant. Had our lunch there. [Turkish food is quite ok the first time. After the second, you’ll feel like running off back to Malaysia. Nasi Lemak~ Oh.]


Then we had to perform our prayers there. Jamak Zuhur + Asar sekali.
“There’s where you can pray. We’ll wait in the bus for another 20 minutes. Then we’ll be off,” directed the tour guide. He took out a pack of cigarettes and walked towards the bus.
My family members (and I’m sure a few other families) exchanged looks of enquiry.

---

“Mak… A* tu tak solat ke?”
“Tak tau la mak.”
“Eyh. Dia org Islam eh?”

---

“On your right, shops and restaurants. Mostly, at night, people would walk around the streets, go and have a drink or the travellers would go shopping at the bargain shops.”
We looked around us. Nice place.
“We do have an occasional drink or two, sometimes… I know. I’m a bad Muslim,” said A*. He let out a hearty laugh. Some of us tourists let out a small laugh as well.
‘Ugh. Unbelievable.’ That was all I could say. My sisters and I exchanged a look of disbelief.

---

Tulah realiti msyrkt Islam skrg. Senang2 je kata “I’m a bad Muslim.” Pastu, dah. So what, kan? Itu pun mengaku sbg seorg Islam lagi.
Oyh.

That was Turkey now.
Dulu:: Kerajaan Turki Uthmaniyah. Pernah menjadi kerajaan yang paling kuat, dan digeruni masyarakat bukan Islam. Hoho.
Tersgt-la-kontra~
Zaman kegemilangan: Sultan Suleyman 1 (1520 – 1566). Kerajaan Uthmaniyah Berjaya meluaskan empayar dari Eropah Tengah ke Lautan Hindi.
They were considered the most powerful empire of all time during that time period.

“Beta adalah hamba Allah dan Sultan kepada dunia ini. Dengan limpah kurniaan
Allah, beta menjadi ketua umat Muhammad. Kekuasaan Allah dan mukjizat Rasulullah
menjadi teman beta. Beta adalah Suleyman, yang namanya dibacakan di dalam
Khutbah di Makkah dan Madinah. Di Baghdad beta adalah Shah. Di tanah Byzantine,
beta adalah Caesar. Di Mesir pula beta adalah Sultan; yang menghantar armada
tenteranya ke perairan Eropah, Maghribi dan India. Beta adalah Sultan yang
merampas mahkota dan takhta Hungary, untuk diberikan kepada hamba yang tunduk.
Voivoda Petru cuba mengangkat kepalanya untuk menentangku, tetapi telapak kaki
kudaku telah memijaknya tenggelam menjadi debu. Beta jugalah yang telah menawan
tanah Moldavia” – Sultan Suleyman 1

Even so, after continuous wars, the rise of Europeans, and a number of other factors, the power of the Ottoman Empire started to take a downward plunge. Ala turun slide kat Sunway Lagoon la. Mula2 slow. Pastu, laju sgt2. In the end, whoosh! You dive face first into the six feet deep pool. Whether you’ll sink, or swim, it’s totally up to you. [unless your height is more than six feet O_O. just stand up, you won’t drown. XD]

Would you drown? Your life depends on it. Noticed the analogy there? SINK OR SWIM.

Ok. Pengenalan ke tu? Mcm panjang sgt, je. Hoho.
Back to our main point for today-

SITUASI 1: KAMILAH PEMIMPIN MASA DEPAN!
LOKASI: SEBUAH INSTITUSI PENDIDIKAN TERULUNG DI MALAYSIA.

“Weyh. Tgk tudung die tu, weh. Pendek la. Jalan sikit, lagi ah.”
“Tau takpe.”
“Selaku senior, kita perlulah member peringatan kpd adek tersebut.”
“Jumm~~”

Maka adek tersebut telah ditegur.
Respons: Oh, heh. Iye ke? Heh…
[Awkward silence]
Heh.
*coughs*
Heh.

---

SITUASI 2:KAMI MUSLIM SEJATI. MENUTUP AURAT SAMPAI KE KAKI.
LOKASI: MID VALLEY, KL (?)

“Nyaa~!” (Bunyi org menguap, sbnrnya.)
“Weh. Bosanla. Jum gi shopping.”
“Jumm~~”

*Jalan2Jalan2Jalan2*

“Wahh! Cun2! :D”
“Smart la!”
“Tapi, kan lengan pendek tu?”
“Alahai. Apa susah. Pkai je la arm sock.”
“Ntahh~~”
[p/s: ustzh marzilah kate tu x dkira mnutup aurat, ye. faham2 lah kenapa.]
---
Some people call it being two- faced. In a more rough tone, “effing hypocrisy, dat’s wut, yo.” But remember! Jangan sampai tahap munafik pulak ye? Ha~

Point kat sini:: Kita ni suka btul jaga tepi kain orang, kan? Tp diri sendiri? Jeng3… Maksudnya blum boleh jd pmimpin lg la tu, klu diri sendiri x ‘terpimpin’. Betul tak?

{Nota kaki: Kisah tersebut hanyalah dgn tujuan pengajaran shj. Cermin diri kita, yeh? :D Pegi amek cermin tu ha. Kalau rasa seakan2 diri kita tu, tumbuk cermin tu sampai pecah. Esok ganti baru. Beli kat Kedai Pak Mat kat sebelah nun. Pendirian pun ganti baru jugak. Beli kat Kedai Iman & Taqwa Trading.}

---

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku
hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi".
Mereka berkata: "Mengapa
Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat
kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih
dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?"
Tuhan berfirman: "Sesungguhnya
Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".
(Surah al- Baqarah, 2: 30)



Make sure dah baca ayat al- Quran tu betul2 taw. Bhgn last skali; Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”

Pada pendapat ana, ana rse agak malu dan segan dan silu dan etc etc. Kenapa? Sebab Allah SWT dah letakkan harapan dan kepercayaan yg tinggi kpd kita, selaku MANUSIA. Malaikat dah mempersoalkan, tp Allah tetap teguh nak cipta kita ni, yang bernama INSAN.


“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka
menyembah-Ku.”
(Surah adz- Dzariat, 51: 56)



“Dialah yang menjadikan kamu khalifah-khalifah di muka bumi. Barang siapa
yang kafir, maka (akibat) kekafirannya menimpa dirinya sendiri. Dan kekafiran
orang-orang yang kafir itu tidak lain hanyalah akan menambah kemurkaan pada sisi
Tuhannya dan kekafiran orang-orang yang kafir itu tidak lain hanyalah akan
menambah kerugian mereka belaka.”
(Surah Fathir, 35: 39)
Priorities. Some of us might ask:
“Allah nak soh kte watpe snanye ha? Khalifah tu camne? Aq mne bleh jd deh. Aq stakat SPM je blaja. Soh la PM uh wat keje en? Kan die uh pmimpn?”

[Merujuk kpd presentation oleh senior2 MAHISS *cough*SMAKL*cough*]


Lebih kurang mcm tulah, lukisan dia kat papan putih dlm masjid hari tu. [Tp lukisan dia ada tali 'lasso' yg mcm cowboy tu pnye. heh. Susah nak lukis.]

Mengikut apa yang ana faham [and I don’t mind being corrected for my own mistakes]:
First, kena usaha utk termasuk dalam golongan bulatan ibadah tu. Kuatkan diri. Mantapkan iman. Belajar sungguh2 [hey, kan menuntut ilmu tu satu ibadah jgak?], berakhlak dgn akhlak yg baik.

Second, kita tarik orang2 di luar sana untuk sama2 beribadah kpd Allah SWT. Basically, itulah tanggungjawab seorang khalifah. Pengganti kpd Rasulullah. Apa yg Rasulullah buat, kte usaha utk buat jugak.

Wlupun nampak mcm akhlak Rasulullah tu mcm KLCC (lagi tinggi kot, dah lah ma’sum… SubhanaLLah..) + kita ni mcm lapisan kerak bumi je jauhnya, kna usaha jugak utk sampai kat kaki KLCC tu pun dah kira oklah. Tapi, hati2… jgn g belok Bukit Bintang ke… Tetiba lompat Chow Kit ke… Kan dah tak dapat capai matlamat.

Bro yg bagi presentation tu tanya kiteorg: Knapa khalifah2 zaman dulu berusaha betul nak sebarkan dakwah islamiyah ke negara2 laen? Kan dah bahagia, ada empayar besar, goyang kaki je la en? Biarlah org laen tu.

Surprisingly, semua orang mcm membebel sorang2. Sah tak tau nak jawab apa. Bila bro tu bagi mike, xde sape yg berani jawab. Semua pakat blur habis. Not excluding myself. Yup.

Simple answer: diaorg mmg pegang betul dgn kata2 Allah yg mengamanahkan title “khalifah” kpd umat manusia. Selagi mana ada saudara se-spesies­ dgn dorg yg x tau mengesakan Allah lg, selagi tu la mrk ni akan berusaha memperkenalkan Islam agama syumul ni. Sehinggakan ada seorang pemimpin [Ya Rabbi, x ingat la nama beliau, spe igt, bgtau ye~ :D] naek kuda dia sampai ke hujung tanah Afrika Utara (bhgn barat2 tu, mcm ‘end of the map’) sampai masuk ke dalam air laut. Until he reached one point where his steed could not go any further, due to the water level reaching up to the horse’s neck. He went back.[translation based on comprehension, not exact words. Thanks]

He said words which meant something like: “Should I have known there was land beyond this sea, I would’ve done anything to get there.” [again, bukan kata2 sbnr. based on understanding shj.]

Dush! Wonder why the Ottoman Empire didn’t last? As the previous post has pointed out, ‘kelemahan pemimpin’, ‘islam tercemar dgn perkara khurafat’, ‘rasuah berleluasa’ etc. etc.

Like I once wrote somewhere: “Muslims started to forget their belief, bit by bit, little by little, due to being over obsessed with whatever the world can offer. Entertainment, wealth, you name it. Covered by such things, we (Muslims) start to not care about or responsibility as khalifah of Allah. Ignorant and selfish, we were content with whatever we had, and couldn't care less about whatever was going on with Islam. The “I pray five times a day, so whatever, you” sort of attitude brought us to our fall.”

Ha~h. So I guess that’s it. Nampak mcm senang je kan? Asalkan kita amar ma’ruf nahi munkar, ok lah. Asalkan kita boleh memelihara kesucian agama kita, ok lah, kan? {uhuk, mcm la snang sgt}
Jangan skali2 lupa musuh kita::: SYAITAN.

. Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai)
manusia.
. Raja manusia.
. Sembahan manusia.
. dari kejahatan
(bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi,
. yang membisikkan (kejahatan) ke
dalam dada manusia.
.dari (golongan) jin dan manusia.
(Surah an- Nas,
114: 1-6)

Jin dan manusia. Hey, could your best friend be the one who’s dragging you down? “Aq ni baik, snanye, tp si tu ha~ asyik kco aq je. 10sen aq neh.” Orang kata, pi cari kawan laen. Tapi sape nak buang kawan, kn? So~~ ajak la kawan rapatmu itu berubah sama2. Wah>> kiranye klu mcm tu, korg dua2 la dpt buat ibadah, + jd khalifah, right? Jeng3… Fikir2kanlah, antum bijak2 belaka.

Ok. Done. Hope you enjoyed this post. Ilmu belum cukup di dada. Comments are very much appreciated. Feel free to ask debatable questions as well. This is all I can offer.

P/S: Which would you choose? To sink or to swim for your life? Time is ticking; fast.
excuse bm/bi. kamus dewan terlalu jauh atas rak itu.

kami sudah jadi alumni !

kami sudah jadi alumni !