Pages

Tuesday, January 18, 2011

Muslimat vs Non-Muslimat ;)

Assalamualaikum untuk semua.

hurmmmm.

sepanjang cuti yang membosankan (bagi orang yang duduk goyang kaki di rumah) dan cuti yang memenatkan (bagi orang yang bekerja mencari nafkah selepas spm ni uhuks),
ada beberapa pelajar puteri dah 'dihidangkan' dengan beberapa soalan daripada kawan-kawan yang terlibat dengan PLKN ni.

rasanya semua orang dah boleh jangka soalan apa yang akan bertubi-tubi disoal,
dan tujuan aku menulis ini, mahu minta pandangan semua orang,
dan mungkin sedikit cadangan atau apa-apa sahaja, yang boleh membantu mereka

:)

begini isu atau soalannya,

seperti yang kita belajar dalam kelas Syariah dengan Ustazah Che Ainu, Ustazah Thuraiya atau Ustazah Marzilah,
dalam bab Menutup Aurat,
aurat wanita Islam dengan wanita bukan Islam dikira sama sahaja dengan aurat wanita Islam dengan lelaki bukan muhrim mereka.
bermakna, aurat mereka seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

kan?
kalau salah, betulkan aku. (tapi aku rasa dah betul dah sebab kalau salah takkan aku berani tulis kat sini huu)

jadi,

isunya timbul bila,

korang bayangkan, 3 bulan duduk dalam kem yang sama.
nak-nak ikut sistem Malaysia sekarang, semuanya 1Malaysia. bercampur aduklah segala jenis bangsa dalam satu tempat.
jadi, setiap masa perlu bertudung litup dan tutup aurat yang telah digariskan dalam Islam.

3 bulan. bukan 3 hari.
kalau 3 hari pun rasa macam dah semacam, apa lagi 3 bulan. kan?
(yang perempuan mungkin faham, yang lelaki, tolong-tolong lah fahamkan)

jadi, soalan mereka,

macam mana nak buat? takkan tiada kelonggaran langsung dalam Islam. dan apa tindakan kita semua, kalau kita berada dalam situasi mereka?

soalan ni dah pun dikemukakan dekat ustaz ustazah sebelum ni sebenarnya,

dan mereka kata,

dalam Islam ada kelonggaran.
maknanya, bila kita duduk sekali dengan mereka untuk satu tempoh yang boleh dikatakan lama begini.
kelonggarannya dari segi kaki tak perlulah berstokin. baju pun boleh singkat sedikit berbanding ketika di hadapan lelaki bukan muhrim,
dan tudung pula boleh yang singkat juga, sekadar menutupi rambut dan leher, tidak seperti menutup aurat di hadapan lelaki bukan muhrim juga.

kalau ikut pendapat jumhur ulama,

batas aurat muslimat terhadap wanita bukan Islam ialah sama seperti terhadap seorang lelaki yang boleh dinikahinya. Segelintir lain berpendapat ia adalah antara pusat hingga lutut.


tapi,

jumhur ulama sepakat memilih pendapat pertengahan = kalau seorang muslimat berhadapan dengan wanita bukan Islam yang aman dari fitnah dan boleh dipercayai,

maka aurat minimum = pusat hingga lutut.


Sebaliknya, jika berhadapan dengan wanita bukan Islam yang boleh menimbulkan fitnah atau yang tidak dikenali latar belakangnya,

maka aurat = semua kecuali muka dan tapak tangan
.

jadi, ustaz ustazah ni pun telah bersepakat, dalam situasi yang dihadapi ni,

HARUS bagi pelajar-pelajar or peserta-peserta ni, untuk berpakaian macam biasa (t-shirt dan seluar tanpa bertudung) melainkan kalau berhadapan dengan peserta bukan Islam yang menunjukkan tanda-tanda memusuhi Islam dan boleh mencalarkan maruah peserta Islam tersebut (maknanya yang boleh bawak fitnah laaa)

dan untuk peserta Muslimat tu, bila dah ada kelonggaran macam ni.
jangan pulak ambik kesempatan nak bergaya bebas depan peserta bukan Islam yang boleh datangkan fitnah dari kita sendiri
baju yang tak sesuai dan sebagainya (rasanya semua orang faham kan?)

ini sekadar perkongsian dengan semua orang,

--> manalah tahu lepas ni ada adik-adik, kawan-kawan, sedara-mara yang kena PLKN ni kannn, dia tanya soalan yang sama, at least dah ada ilmu pasal benda ni. ilmu macam ni, kena share.

dan oh yaa,

boleh laa bagi pandangan dan pendapat korang tentang isu ni.
tentang macam mana nak hadapi dengan semua ni. macam mana nak bina kekuatan untuk hadapi dunia luar yang bergaul dengan macam-macam kaum.

dan sebenarnya,
kita semua takkan terlepas dari semua ni. sebab nanti bila masuk U, ada yang kena sebilik atau serumah dengan orang agama lain.

jadi, apa kata bina kekuatan tu dari sekarang ke? share kan pandangan dan pendapat yang boleh dikongsi dengan semua kawan-kawan yang baca blog ni.

sekian saja dari pengendali blog sementara,

maafkan segala salah silap dalam menulis,
saya budak baru belajar.

cop, kalau tak faham jugak dengan keterangan-keterangan kat atas ni (ada keliru ke hape ke), pegi la rujuk mana-mana ustaz ustazah yang boleh dipercayai.
aku tak nak songsangkan aqidah korang ;) tapi dengan ilmu yang aku ada dan datang dari sumber yang dipercayai ni, inilah yang aku boleh bagi
untuk lebih-lebih, sila rujuk mana-mana yang pakar.

sebelum berhenti, tolong bagi idea nak tulis pasal apa lagi lepas ni? ;D

wassalam

1 people:

kami sudah jadi alumni !

kami sudah jadi alumni !