Pages

Saturday, August 22, 2009

ini SEJARAH kita

INI SEJARAH KITA

*izinkan saya untuk tidak menggunakan bahasa formal*

hari tu kita da di 'briefing' kot dengan sejarah Islam

macam mne kita mula berkembang

bermula dengan zaman Nabi Muhammad

penyebaran agama Islam secara berperingkat

3 tahun secara rahsia

bermula di Makkah

ditujukan kepada ahli keluarga,sahabat,dan kaum kerabat baginda.

al-Arqam bin Abu Arqam gune rumah dia sbgai tmpt pnyebaran Islam.

10 tahun secara terang terangan

selepas baginda menerima perintah ALLAH.

baginda wat dakwah kat Bukit Safa

time ni agak ramai org yg join msok Islam

Zaman Nabi Muhammad ni kira org2 yang join Islam waktu ni dianggap mcm 'core' Islam laa

Iman dorg sume mantap

Nabi Muhammad isi hati dorg dgn iman dan akidah dr a-z

syumul laaa

lpas dekat Makkah

Nabi Muhammad pergi ke Madinah pulak

time ni berlakunya Hijrah

orentalis barat kate hijrah ni mcm pelarian

padahal mereka ta tahu Nabi Muhammad berhijrah ke madinah sebab dpt jmputan dr org arab Madinah (suku Aus dan Khazraj)

kat Madinah dakwah Islam semakin berkembang

Islam makin ramai pengikut

Nabi Muhammad dilantik sebagai pemimpin Madinah

baginda telah merangka Piagam Madinah

disebabkan ramai sangat yang dengki

berlaku perang antara orang Islam Madinah dengan orang Quraisy Makkah

-perang Badar 2H

-perang Uhud 3H

-perang Khandak 5H

-perang Tabuk 8H

lepas perang Badar makin rmai org Arab Quraisy peluk Islam

termeterailah perjanjian Hudaibiyah

disebabkan perjanjian tu,Mekah dibuka semula

Madinah sebagai pusat pemerintahan Islam

Mekah sebagai salah sebuah wilayah Islam

kemudian zaman Khulafa al-Rasyidin

bermula selepas kewafatan Nabi Muhammad 632M

Khalifah Abu Bakar al-Siddiq(Penyelamat Umat Islam)

# 632M- Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Usamah ibn Zaid mengetuai ekspedisi ke Syria. Kempen menentang kumpulan Murtad iaitu Bani Tamim dan Musailamah al-Kazzab.

# 633M- Pengumpulan Al Quran bermula.

sumbangan beliau

-beliau berjaya mengatasi masalah perpecahan kaum

-berjaya mempertahankan Madinah dr ancaman kerajaan Parsi dan kerajaan Rom

-membahagikan wilayah Tanah Arab dan melantik seorang amir untuk mentadbir wilayah

-memperkenalkan bayaran gaji untuk tentera

-mengumpul,menyalin semula ayat ayat suci al-Quran

Khalifah Umar bin al-Khattab(Amirul Mukminin)

# 634M- Kewafatan Saidina Abu Bakar. Saidina Umar Al-Khatab dilantik menjadi khalifah. Penaklukan Damsyik dan seterusnya kempen meluaskan jajahan Islam di Tanah Parsi

# 635M- Penawanan Madain, ibukota Empayar Parsi Sassanid.

# 636M- Penaklukan Syria, Mesopotamia, dan Palestin.

# 637M- Mesir ditawan.

# 638M- Penawanan Baitulmuqaddis oleh tentera Islam.

# 640M- Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling Islam.

sumbangan beliau

-menubuhkan majlis syura

-membahagikan wilyah jajahan Islam dan melantik Gabenor

-menubuhkan jabatan

-mengembangkan pengajian Al-Quran

-memperkenalkan kalendar islam

-menyusun sistem pemerintahan

-membina terusan dan tali air

-memperkenalkan cukai

-mendirikan baitulmal

Khalifah Uthman bin Affan

# 644M- Saidina Umar mati syahid akibat dibunuh. Saidina Uthman Affan menjadi khalifah.

# 645M- Kempen di Afrika Utara. Cyprus ditakluk.

# 646M- Kempen menentang Byzantine.

# 647M- Angkatan Tentera Laut Islam ditubuhkan & diketuai oleh Muawiyah Abu Sufyan.

Perang di laut menentang angkatan laut Byzantine. Empayar Parsi Sassanid ditumpaskan.

sumbangan beliau

-memperluaskan kerajaan Islam

-membina angkatan tentera laut

-mempelbagaikan cara bacaan al-Quran

-mengisytiharkan naskah al-Quran(Mushaf Uthmani)

-mengukuhkan peranan baitulmal

Khalifah Ali bin Abu Talib

# 656M- Saidina Uthman wafat akibat dibunuh. Saidina Ali Abi Talib dilantik menjadi khalifah.

Terjadinya Perang Jamal.

# 657M- Saidina Ali memindahkan pusat pemerintahan daripada Madinah ke Kufah.

Perang Siffin meletus.

# 659M- Saidina Ali menawan kembali Hijaz dan Yaman daripada Muawiyah.

Muawiyah mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah Damsyik.

# 661M- Saidina Ali wafat dibunuh. Tamatnya pemerintahan Khulafa al-Rasyidin.

Saidina Hasan (Cucu Rasulullah S.a.w) kemudian diangkat sebagai Khalifah ke-5 Umat Islam menggantikan Saidina Ali.

sumbangan beliau

-mengekalkan kestabilan negara

-membina markas tentera

wafatnya Khalifah Ali,berakhirla kaedah perlantikan mengikut sistem syura

diganti dengan sistem warisan

661M- Setelah sekitar 6 bulan Khalifah Saidina Hasan memerintah, 2 kelompok besar pasukan Islam yaitu Pasukan Khalifah Saidina Hasan di Kufah dan pasukan Muawiyah di Damsyik telah siap untuk memulai suatu pertempuran besar. Ketika pertempuran hendak pecah, Muawiyah kemudian menawarkan rancangan perdamaian kepada Khalifah Hasan yang kemudian dengan pertimbangan persatuan Umat Islam, rancangan perdamaian Muawiyah ini diterima secara bersyarat oleh Khalifah Saidina Hasan dengan kekuasaan Kekhalifahan diserahkan oleh Khalifah Hasan kepada Muawiyah. Tahun itu kemudian dikenal dengan nama Tahun Perdamaian/Persatuan Umat (Am Jamaah) dalam sejarah Umat Islam. Sejak saat itu Muawiyah menjadi Khalifah Umat Islam yang kemudian dilanjutkannya dengan sistem Kerajaan Islam yang pertama yaitu pergantian pemimpin (Raja Islam) yang dilakukan secara turun temurun (Daulah Umayyah) dari Daulah Umayyah ini kemudian berlanjut kepada Kerajaan-Kerajaan Islam selanjutnya seperti Daulah Abbasiyah,Usmaniyah

kemudian tamadun Umaiyah

Muawiyah telah menjadi Gabenor Syria di bawah pemerintahan khalifah ketiga Islam, Saidina Uthman Affan. Pada tahun 35 Hijriah,kota Madinah yang menjadi ibu kota negara Islam telah dilanda krisis politik yang hebat sehingga mencetuskan pemberontakan menentang kerajaan. Akibatnya, Khalifah Uthman bin Affan dibunuh oleh pemberontak. Selepas peristiwa pembunuhan Saidina Uthman, Saidina Ali Abi Talib telah dilantik menjadi khalifah yang baru.

Memandangkan pembunuh Saidina Uthman yang melantik Saidina Ali sebagai khalifah, Muawiyah enggan menerimanya sebagai khalifah dan menentang Saidina Ali pada tahun 657.Beliau tidak mengiktiraf Saidina Ali menjadi khalifah kerana Muawiyah telah menuduh Saidina Ali terlibat dalam pakatan membunuh Khalifah Uthman.

Kedua-dua pihak bersetuju untuk berunding untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Rundingan ini dilihat oleh para pengikut Saidina Ali sebagai tidak adil. Empayar Islam dipecahkan. Selepas Saidina Ali dibunuh pada tahun 661, anak Saidina Ali iaitu Saidina Hassan telah menjadi khalifah namun baginda telah mengambil keputusan untuk memberi jawatan khalifah kepada Muawiyah sebagai khalifah seluruh empayar Islam atas harapan Muawiyah dapat menyatukan umat Islam pada masa itu kerana Saidina Hassan tidak sanggup untuk melihat perpecahan umat Islam terus berlaku dihadapan matanya.Hal ini menyebabkan tertubuhnya Kerajaan Bani Ummaiyyah dan menyaksikan pertukaran pusat pemerintahan daripada Madinah ke Damsyik.

Empayar kekuasaan Kerajaan Bani Ummaiyyah.

Kuasa Bani Ummaiyyah berpusat kepada jajahan Byzantian di Syria dan mengekalkan pegawai tempatan yang bukan muslim sebagai pentadbir. Bani Ummaiyyah turut memusatkan usaha mereka kearah menguasai Mediterranean dan menakluk Konstentinopal. Banyak penaklukan dan pembukaan wilayah baru dibuat semasa pemerintahan Kerajaan Bani Ummaiyyah. Tentera Muslim berjaya menakluk Afrika Utara dan Iran pada lewat tahun 600-an, mengembangkan empayar Islam daripada Semenanjung Iberia di barat sehingga India di timur. Tentera Ummaiyyah pimpinan Tariq ibn Ziyad menyeberangi Selat Gibraltar dan menubuhkan pemerintahan di Semenanjung Iberia (Sepanyol) sementara baki tentera Islam yang lain menubuhkan pemerintahan di Sind, India.

Kerajaan Bani Ummaiyyah ditewaskan oleh Kerajaan Bani Abbasiyyah selepas tewas dalam perperangan pada tahun 750 masihi. Hal ini menyebabkan kebanyakan kaum keluarga Bani Ummaiyyah dibunuh oleh tentera Abbasiyyah. Seorang waris Bani Ummaiyyah iaitu Abd-ar-Rahman I mengambil pemerintahan Islam di Andalusia dan menubuhkan Kerajaan Bani Ummaiyyah Andalusia di sana.

SUMBANGAN KERJAAN BANI UMAYYAH TERHADAP TAMADUN ISLAM

· KETENTERAAN

· Mengemaskini angkatan tentera dengan corak gerakan tentera parsi

· Membahagikan tentera kerajaan umaiyah kepda 5 pasukan :

1) Pasukan tengah

2) Pasukan sayap kanan

3) Pasukan sayap kiri

4) Pasukan hadapan

5) Pasukan barisan belakang

· Angkatan perang yang ditubuhkan teratur dan dilengkapi dengan peralatan perang moden.

· Angkatan tentera juga terdiri dari

1) Pasukan berkuda

2) Pasukan berkenderaan

3) Pasukan jalan kaki

· Angkatan tentera dilatih untuk menghadapi perang di musim sejuk dan panas

· Pasukan tentera laut ditubuhkan dengan teratur dengan membina 1700 kapal perang serta pengklan tentera laut yang berpusat di Tunisa, syria & iskandariah

· Pada awalnya pemilihan anggota tentera secara suka rela kemudian bertukar menjadi kerahan bagi yang memenuhi syarat

· Diwan al-jund ditubuhkan bagi mentadbir dan mengurus hal ehwal ketenteraan

· Antara tokoh terkemuka ialah Tariq bin Ziyad ( membuka andalus )

· PENDIDIKAN

- Khalifah umawi amat mengambil berat perkembangan pendidikan

- Khalifah Abd. Malik bin Marwan & Umar Bin Abd. Aziz adalah juga tokoh ulamak dalam bidang al-quran, trafsir, hadis, dan nahu

- Kota basrah menjadi pusat penyebaran ilmu ketika itu

- Bahasa arab adalah bahasa pengantar utama kerajaan umaiyah

- Perkembangan ilmu tidak terhad dalam bidang keagamaan sahaja, malah ilmu sejarah dan geografi telah mula dipelajari

- Kegiatan penulisan, pembukuan dan pembinaan perpustakaan giat dijalankan pada zaman ini

· EKONOMI

- Ia bergantung kepada pertanian dan perdagangan

- Saliran air dibina bagi memajukan kawasan pertanian serta kajian dan penyelidikan dijalankan untuk majukan sektor ini

- Jalan dan pelabuhan dibangunkan bagi memajukan sektor perdagangan

- Kapal perang khas dibina untuk mengawal laut dan membenteras lanun

- Perusahaan kraftangan dijalankan seperti membuat kiswah ka'abah, sutera dll

- Pentadbiran baitul mal dikemaskini bagi memantapkan kewangan negara

- Hasil negara ketika itu terdiri dari :

1) Kharaj

2) Jizyah

3) Zakat

4) Usyur

5) Fai'e

6) Zakat

7) Ghanimah

3. FAKTOR KEGEMILANGAN KERAJAAN BANI UMAYYAH

· Kecekapan dan kebijaksanaan khalifah.

- Semua pemberontak dapat ditumpaskan dan mereka bercita-cita tinggi untuk meluaskan islam keseluruh dunia

· Penguasaan ilmu pengetahuan.

- Banyak pusat pengajian ditubuhkan serta muncul para cendekiawan, ekoran dari sikap yang ditanam terhadap rakyat iaitu membudayakan ilmu dalam kehidupan

· Ekonomi yang stabil.

- Baitul mal mempunyai simpanan yang melebihi keperluan negara. Banyak kemudahan untuk rakyat dapat diberi

· Kekuatan tentera

- Semangat untuk mempertahankan negera disamping menyebarkan dakwah islam begitu kuat dalam jiwa setiap tentera umaiyah, hingga dapat meluaskan islam ke India, afrika utara dll

· Hubungan baik antara kerajaan dan rakyat

- Khalifah banyak menyediakan keperluan asas yang baik kepada rakyat seperti jalan raya, hospital secara percuma

· Semangat jihad yang tinggi

- Rakyat bersungguh-sungguh membuktikan islam sebagai aagama penyelamat umat manusa. Ini mendorong mereka untuk berjihad, mendalami ilmu pengetahuan dan perlbagai jenis kemahiran

4. KEGEMILANGAN PEMERINTAHAN UMAR ABDUL AZIZ

· Keturunan umar bin al-khattab dari sebelah ibunya

· Dianggap sebagai khalifah ar-rasyidin kelima kerana sifat, sikap dan pemerintahannya yang mempunyai persamaan degan pemerintahan khulafak ar-rasyidin

· Sifat peribadi : luhur, tawadhuk dan menyayangi rakyat

· Memecat pegawai yang kurang cekap dan telah menghapuskan jizyaz daripada golongan muwali

· Melaksanakan hukuman dengan adil

· Menghapuskan konsep penguasaan wilayah dengan konsep kerajaan islam

· Ekonomi negara dibawah pentadbirannya ditahap paling tinggi dan menumpukan bidang pendidikan untuk rakyat

5. FAKTOR KEJATUHAN KERAJAAN BANI UMAYYAH

· Sikap beberapa pemerintah mengabaikan ajaran islam

· Kemewahan hidup yang dikecapi melalaikan pemerintah dengan tugas dn tanggung jawab kepada negara

· Wujud kembali sengat perkauman atau kabaliah seperti di zaman jahiliah

· Rakyat tidak puas hati dengan corak pemerintahan khalifah yang pincang dan berpaling tadah menyokong gerakan abbasiyah



seterusnya tamadun Abbasiyah

  • Mula 750M ditaja oleh Ali bin Abdullah.
  • Peringkat awal sulit kemudian terbuka.
  • Gunakan kempen Ahlul Bait ( Keluarga Nabi saw)Pusat Operasi di Khurasan, Kufah dan Humaimah.
  • Diperkukuhkan dengan sokongan 2 pahlawan besar – Abu Salamah Al-Khallal di Kufah dan Abu Muslim al-Khurasani di Khurasan.
  • Ambil sempena nama bapa saudra Nabi saw – Abbas.
  • Amal sistem monarki warisan.
  • Zaman Abu Jaafar, pusat pemerintahan ke Bagdad.
  • Berakhir dengan serangan tentera mongol pimpinan Hulagu Khan-cucu Genghiz Khan. Mengusir Sultan al Mutasim. Meninggal Dunia di pulau Shahi setelah memeluk Islam

1. Kegemilangan kerajaan abbasiyah

· Sistem pentadbiran

i. Kerajaan ini mengamalkan sistem pentadbiran berpusat yang sistematik dan mantap yang diketuai oleh seorang khalifah

ii. Bidang kuasa jabatan-jabatan dinilai dasi masa ke semasa

iii. Mewujudkan jabatan-jabatan baru untuk melicinkan lagu pentadbiran negara

· Ekonomi :

i. Memberi tumpuan kepada 3 sektor utama ; pertanian, perindustrian dan perdagangan.

ii. Banyak usaha-usaha untuk memajukan sektor ini dilakukan agar ia tetap memberi hasil kepada negara dan rakyat

iii. Infrastruktur fizikal dan intelektual diberi kepada rakyat seperti hospital, sekolah, perpustakaan, pusat perniagaan dll

· Pertahanan

i. Perubahan drastik dilakukan dengan memberi peluang kepada orang bukan arab menyertai pasukan ketenteraan

ii. Dasar pertahanan diubah daripada hanya memberi tumpuan kepada perluasan kuasa kepada aktiviti membendung pemberontakan dari dalam

2. Faktor kegemilangan kerajaan abbasiyah

· Kestabilan politik

- Dengan memberi perhatian sirius kepada pembasmian pemberontakan dan perbalahan puak

· Dasar politik kerajaan abbasiyah

- Memberi layanan yang adil kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa dan keturunan

- Menjalankan hubungan diplomatik yang baik dengan negara luar

· Kedudukan baghdad yang strategik

- Ia berada ditengah-tengah laluan para pedagang timur dan barat

- Ia menjadi pusat kegiatan perdagangan & pusat pertemuan sarjana timur dan barat

· Perpaduan antara kaum

- Memberi layanan yang adil kepada semua bangsa seperti turki, parsi dan arab

- Mereka diberi hak yang sama untuk menjawat jawatan dalam negara

- Orang bukan islam juga diberi layanan baik selagi mereka tidak mengkhianati kerajaan islam dengan cara bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing

· Penghayatan konsep kerja sebagai ibadat

- Konsep ini mendorong para sarjana untuk mengkaji tentang muamalat menurut islam

- Umat islam terdorong secara aktif dalam bidang ekonomi hasil dari cetusan idea dan hukum hakam yang dihurai oleh para cendekiawan islam dalam konsep muamalat

lahir ramai cendiakawan seperti Ibnu Khaldun,al-Khawarizmi,ibnu sina dan memperkenalkan pelbagai kesenian islam,pembinaan baitulhikmah,pusat pengumpulan hadis,ilmu astronomi,ilmu perubatan.perdagangan dan falsafah.

3. Faktor kemerosotan kerajaan abbasiyah

· Kelemahan pemerintah

- Pemerintah ketika itu Al-Wasiqm, tidak melakukan sebarang pembaharuan.

- Beliau hanya berghantung kepada pegawai-pegawai Turki untuk mentadbir negara

- Saudara al-wasiq iaitu al-mutawakkil mengmbil alih pemerintahan dan cuba untuk mengembalikan kegemilangan pentadbiran khalifah tanpa campur tangan pegawai berbangsa turki dan parsi

- Usaha beliau tidak dapat diteruskan kerana pengaruh turki dan parsi begitu kuat menguasai percaturan politik kerajaan abbasiyah

· Perpecahan wilayah di bawah kekuasaan kerajaan abbasiyah

- Akhir kurun 9 masihi menunjukkan kuasa khalifah semakin terbatas

- Banyak jawatan-jawatan penting disandang oleh bangsa turki dan parsi

- Bangsa-bangsa ini mula membentuk kerajaan dan pengaruh sendir

- Perpecahan ini mengakibatkan keruntuhan kuasa abbasiyah

· Perebutan kuasa

- Putera-putera al-mutawakkil berebut kuasa khalifah mengakibatkan kelemahan pentadbiran kerajaan abbasiyah

· Kegawatan ekonomi

- Rusuhan dan pemberontakan sering berlaku pada akhir zaman kegemilangan abbasiyah yang mengganggu perkembangan ekonomi kerajaan abbasiyah

- Para pedagang tidak lagi berkunjung ke baghdad menyebabkan dana yang tersimpan di baitul mal semakin merosot berbanding peruntukan yang dikeluarkan

· Perselisihan aliran fahaman keagamaan

- Pemberontak dari golongan syiah dan khawarij sering mengganggu pentadbiran kerajaan abbasiyah

- Ini kerana mereka berpendapat jawatan khalifah hanya layak disandang oleh pemimpin kumpulan mereka sahaja

- Keadaan ini mengganggu keamanan negara

· Serangan dari luar

- Kerajaan abbasiyah di akhir zamannya diserang oleh musuh-musuh dari utara ( gorgia & arminia ), barat( tentera salib ) dan timur ( kerajaan monggol )

- Banyak kawasan-kawasan islam diserang serta umat islam dibunuh dengan kejam semasa serangan ini.

- Kawasan-kawasan kecil lain ada yang menuntut kemerdekaan dari jajahan abbasiyah

- Pentadbiran pusat di baghdad tidak dapat memainkan peranan berikutan serangan-serangan tersebut dan ramainya pejuang-pejuang islam yang terkorban.

seterusnya kerajaan Turki Uthmaniyah

Semasa penubuhan dan perkembangan Empayar Uthmaniyyah, karakteristik empayar ini tidak boleh disoal lagi lebih-lebih lagi semasa pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih. Hal ini menjadikan Empayar Uthmaniyyah istimewa dalam sejarah ketamadunan manusia.

Sultan Muhammad al-Fatih

Sepanjang kurun ke-16, Empayar Uthmaniyyah terus berkembang daripada segi wilayah dan kekuasaan dengan mengembangkan kekuasaan sehingga ke Afrika Utara di barat daya dan Parsi di sebelah timur. Semasa Perang Chaldiran, di sebelah timur Anatolia, (sekarang di barat Tabriz, Turki) pada tahun 1514, tentera Uthmaniyyah di bawah pimpinan Sultan Selim I memenangi pertempuran menentang tentera Parsi. Hal ini memastikan keselamatan wilayah Uthmaniyyah di sebelah timurnya. Selepas itu tumpuan Empayar Uthmaniyyah beralih kepada bahagian barat empayar terbabit. Sultan Sulaiman I, selepas menaiki takhta pada tahun 1518, mengetuai beberapa siri ketenteraan di Balkan. Di bawah Suleiman yang juga merupakan seorang strategis yang hebat, tentera Uthmaniyyah mara ke utara dengan menguasai Belgrade (1521), mengalahkan Hungary (1526), dan menyerang Vienna (1529).

Kejayaan pengembangan kuasa Uthmaniyyah pada kurun ke-16 adalah kerana kemahiran bersenjata api dan taktik peperangan di samping kesempurnaan sistem ketenteraan. Tentera Uthmaniyyah juga amat mahir dalam melakukan serangan dan kepungan kerana serangan seperti ini mendatangkan kesan kemusnahan yang teruk terhadap musuh mereka.

Salah satu contoh terbaik untuk menunjukkan kemahiran mereka menyerang atau membuat pengepungan ialah semasa peristiwa penaklukan Constantinople (Istanbul) pada tahun 1453. Semasa serangan terbabit, meriam-meriam besar digunakan bagi memusnahkan tembok yang tinggi dan tebal. Meriam-meriam ini diperbuat daripada gangsa dan dibawa berdekatan dengan kota ini menggunakan banyak tenaga manusia disamping penggunaan kerbau dan lembu kerana berat yang melampau meriam-meriam ini. Meriam-meriam ini kemudiannya ditanam di sebelah hujung bagi menyerap tekanan letupannya. Seorang panglima Austria pernah berkata bahawa tentera Uthmaniyyah amat "kebal" semasa musim panas. Keterangan ini nyata benar memandangkan banyak kejayaan dicapai semasa kempen-kempen perangnya

sumbangan tamadun turki uthmaniyah

1. Empayar Islam yang mewujudkan kesatuan bagi umat Islam selama 600 tahun. Menjadikan Istanbul pusat pentadbiran dunia Islam. Sultan Selim 1 digelar Pelindung Dua Bandar Suci.

2. Sistem Perundangan.- Dikenali sebagai Kanun Suleiman.

a. Suleiman 1 mempertahankan dan membela nyawa, harta,kehormatan setiap individu. Perkenalkan Kanun Suleiman

3. Sistem organisasi dan pentadbiran perundangan Islam.

a. Jawatan kadi, mufti, Sheikhul Islam - Ketua Ulama keluarkan fatwa. Fatwa sebagai sumbangan utama kepada agama dan sains undang-undang.

4. Sektor ekonomi – jalinan perdagangan Timur dan Barat / Dunia Islam dan Bukan.

a. Meliputi Laut Tengah, Laut Merah, Laut Hindi dan Mediterranean.

b. Membentuk Jalinan Perdagangan Dunia Islam berpusat di Istanbul.

5. Di Balkan perkenalkan sistem yang menggalakkan kecemerlangan individu – wujud mobiliti sosial. Sebelum Islam . Sebelum Islam – sistem berasaskan keturunan dan susun lapis masyarakat.

Align Left

6. Perkembangan Ilmu pengetahuan,pendidikan,budaya, penerbitan, penterjemahan.

a. Pendidikan Sistem madrasah ,sekolah pengetahuan akedemik, sekolah sastera, maktab tentera, maktab teknik dan kolej perubatan.

b. Penulisan ensiklopedia sains Islam – Penulis:

i. Mehmed al-Fanari

ii. Mofla Lufti

iii. Katib Clebi

c. Kepentingan perpustakaan – wujud di masjid, hospital dan rumah.

7. Seni Bina – Minar Sinan 1490 – 1588 menghasilkan Masjid Sultan Ahmad ( Masjid Biru).

kemerosotan turki uthmaniyah

  • kelemahan pemimpin
  • pemerintahan dan pentadbiran tidak teratur
  • masalah perbutan takhta
  • ekonomi yang lembab
  • rasuah semakin berleluasa
  • keruntuhan akhlak
  • kurang penghayatan islam
  • semakin banyak hiburan
  • ajaran islam dicemari dengan ajaran khurafat
  • terpengaruh dengan budaya barat




*p/s:to be continue on 'selepas kejatuhan Turki Uthmaniyah dan apa peranan kita'

**p/s:ey korg kne bace taw!pnat aku wat,kalu ade yg salah ke ap gitaw aw!ilmu korg lg bnyk.spe nk tmbh pon boleh.em.artikel ni hasil bacaan text book sej.huhu


by ez

0 people:

Post a Comment

kami sudah jadi alumni !

kami sudah jadi alumni !