Pages

Friday, August 28, 2009

.STUDY.

assalamualaikum and happy ramadan al-mubarak.. (=

sila bace sampai habis ye. byk tips bergune. rugi tak bace. please read it.
bende alah kat bwh nh dicopy dan dicetak dr group batch kat friendster.

baca.baca.baca.


sir fateh kate;

salam. cara blaja yg trbaik.

Fokus bila ckg ajar.
kalo ad mood nk blaja, blaja btol2 time tu.
patu kene exercise salu. kasi fresh otak. study sblm subuh waktu trbaik. n jgn study mlm. buang masa je. nnt ngantuk waktu pg. wat rugi. tdo awal supaya fresh dlm kol 12 plg lewat r. k
tu je kot. tu pe yg sy buat. k salam. g luck to u all.


najwa kate;

salam
org kate kalau x fokus ngan lesson tu, tu yg tido tu..
mungkin sbb dah x faham cikgu ajar, or x interested dgn subject tu.
kalau ikut kajian, manusia akan fokus ntuk 20 minit pertama dlm sesuatu perkara uh.
so the rest of the time, kene pandai2 jgn bg unfocus..

~minum air ke (exceptional for this month)
~mkn gula gula (")
~sit up straight, tarik nafas, bg masuk O2
~jgn hilang tumpuan, fahamkan btol2 pe yg cikgu ajar
~yg pntg smgt kene kuat, jgn layan perasaan mengantuk. boleh kawal mental bende tu..

care blaja f4 ni laen dr pmr. pntg ntuk focus kat kls, kalu x xleh grab concepts.. So, good luck!


sir fateh kate;

salam. cara tanak tido. kalo bg lelaki. korg bole try pumping kat blkg. minx kebenaran ckg dl kalo bole. konfem rasa fresh skit.kalo bg dua2 gender. bole try berdiri kat tmpt sndr. patu grk skit tgn. kasi bdn grk skit, cam exercise. patu cam najwa ckp la. minum air @ mkn gula. tp, kalo nk 2 in 1. mknla kismis @ kurma. kalo menguyah lg efektif. susa ngantuk. emm, apa pun teori yg dikemukakn. kalo korg xde smgt nk tahan tdo, den xleh tlg po da. pnd2 sndr r idup.
sekian. tu je


lifestyle kate;

salam..
adoyai..skolah sume laki bolh la kot pumping kt blkg kls..
x kish lah..
len org len cara..
tp kita msti kne ade SEMANGAT JIHAD untuk lawn ngntuk tyme blaja..
tu sume kje syaitan..jgn tewas ngn godaan die..
mmg agk sush pada mulanye...tp..
ALAH BISA TEGAL BIASA..
NK SERIBU DAYA...
so..ikot la nsht yg pakar..insyaAllah...


nur azlyn kate;

Assalamualaikum.

Wah~ bagus2, sankyuu~ Qila, sbb mulakan post ni.
Study ye? Hmm... ana ada 2 org kakak, dua2 SPM 06.
Orang kata, malu bertanya sesat jalan.
So:: referring to the both of them ->>

Niat: nak tolong kengkawan. nuff said.

(Utk mereka2 yg ambil sc. stream. X kesah klu acc. nak aplikasikan pn no problem.]

Biasanya, sblum ulgkaji, kena ambik tau apa yg penting. Apa yg kena tau. Usually referring to the beginning of every chapter, ada some sort of checklist kat situ, kan? Mcm "At the end of this chapter, you should: blahblah")


1) BM - Jgn pandang rendah. Esp bab tatabahasa. Format nk jawab mesti dlm otak. Request la kat cikgu, nak extra latihan tatabahasa. (Bdk2 SBP mgkin dah ok kot? Not sure. You tell me.)

2) English - Again, don't underestimate this subject. Constant reading and absolute comprehension regarding literature is a must. Try to gain more vocabulary to enhance writing skills. Read proper books, not ones that are completely useless (and I don't think movies help that much either. It's usually either dirty words or filthy phrases that comes out of their mouths. Agree?) We don't want any of us to be 'street talk'ing in interviews, right?

3) Sejarah - Sememangnya kena baca hampir setiap hari. (Sbnrnya mmg kena setiap hari pun. Hoih.) Soalan struktur + esei lg pulak tu, kn?

4) Biology - Sama dgn sejarah, cuma lebih kpd pemahaman. Impossible nak hafal word-by-word 100%, (cth: mitosis/ meiosis), so mase study tu, kalau ada white board ke, kertas kajang ke, etc etc, lukis proses tu (colour pencils at the ready every time). [Nota: mitosis biasanya apa yg penting - ap jd kat nucleolus, nuclear membrane - ap jd dlm cytoplasm - when each stage ends] Jgn ikut sgt ayat buku. Dlm periksa nnti, nangis2 nak ingat balik ayat2 dia. Answer based on comprehension.

5) Physics - Latihan, latihan, latihan. Jangan harap nk dapat A, just by reading buku rujukan yang amatlah tebal itu. Definitely impossible. Klu ada org yg boleh dpt A1 buat mcm tu je, gtaulah, ana delete entry ni.

6)Chemistry - [Tak tau knapa, tp ramai yg mmg minat subjek ni. Boleh main2 dgn asid kot?] Both reading and excercises kena buat. Especially part balancing chemical equations tu, kna byk berlatih. Almost 3/4 (or more) tajuk2 dlm buku melibatkan balancing ch. eqs, + calculations. Sblm buat calculation, fahamkn konsep dulu. Oh ye. Cikgu pun ada kata; jgn abaikan maksud2 istilah yg dberikn. (Cth: meanings of empirical formulae, acid, base, qualitative + quantitative tu, etc etc)

7) Add Maths - Wlupun ana x sure nak guna +m3 untuk apa dlm hidup skrg ni, (besides challenging the human mind - thanks Najwa) tp Add maths sgt2 penting utk mohon ap2 course nnti. So, ganbatte! Latihanx100 lagi. Make sure ada mcm2 buku latihan. (X beli pn xpe, pinjam kawan / library / jiran sebelah pn boleh.) Soalan dlm buku teks x cukup. Tuisyen byk mana pun cuti ni, blum tentu boleh dpt A dlm +m3, ye.

8 ) Maths - Basically mmg smua org mngaku lg sng drpd +m3. (Stakat ni) Focus kat implications, inductive / deductive pnya chapter tu. Biasanya org akan abaikan chapter tu (they keep comparing it to english, said it was merepek. fufufu.). Jgn underestimate sbjk ni.

*9) BArab - Ustaz Syed Anas prnah kata (sumber dirahsiakan, nnti segan pulak orgnya) cari buku2 contoh karangan ke, lpas tu klu ada ayat yg sedap, catat dlm buku catatan. Susun ikut tajuk (ex: teknologi / keagamaan / etc). Klu ada hadith / ayat al- Quran / 'al- hikam wal amthal' yg terjumpa, catat jugak. Lepas tu, kna ada template untuk pendahuluan, penutup. Better asingkan ikut kategori jgak.

*10) PQS - *cough*UstazJamalSlaluXmasuk*cough* Baca mcm PAI, tp lg intense.

*11) PSI - Mmg kena byk bertanya dlm kelas. Soalan pelik2 tetap akan dilayan. Unexpected situation: Soalan situasi, mse soalan tanya sebab n alasan tu. Mulalah kata2 spt "Hey, ustzh x ajar pun!" akan kedengaran. Kena byk baca jugak. Istinbadt hukum sgt2 penting. Salah hukum = jeng3... byk masalah.

Yosh. Disusun mengikut subjek. Sorry sgt2 klu pnjg sgt. Dsebabkan x ramai yg nak bg respons kat post ni, I made myself at home. Harap ada manfaatnya. Questions? Suggestions? Click button to reply.

Niat: nak tolong kengkawan. Like I said.
-n.azlyn|a.fauzi-


skinaway kate;


bismillah..
assalamualaikum and happy ramadhan~

act, dah jarang bukak fs nh.
group pun jrg bukak.
so, mcm tak perasan ade discussion yg amat bergune nh.
aku rase org lain pun cm tuh. sbb tuh discussion nh cam hambar.
hehe. Rolling Eyes

hmm~
tak reti nk bg tips sbb aku pun belajar tak berape nk bgs.huhu.
setiap org ade lain2 care belajar.
ade org yg otak die dikurniakan Allah mmg genius n sng nk pick up.
ade jugak yg agak lampi(lambatpickup) n susah nk paham ape yg dipelajarinye.
so, org2 yg mcm nh kne usehe lebih sk8.
kite tak bolehlah ikut care sesetengah org yg hanya belajar siket tp markah cm gempak kn. sbb kite lain. kite ade kekurangan dr bab2 yg mcm tuh.*tp kte ade kelebihan yg lain jgk kn!*
tp tak bermakne yg ade akal yg cerdik uh xyah belajar yeh.
dlm quran ade kate, hasil yg kite dpt tuh bergantung pada USAHA.
USAHA ye kwn2, USAHA.
em, utk org2 yg agk ssh nk memahami pelajaran tuh,(including me) jgn putus asa.
mungkin skrg kite tak nmpk hasilnya. insyaAllah akhirnya klu kite usaha dan belajar lillahitaala, Die akn beri jugak.
jgn ingt kite tak boleh berjaye.

so, ikutlah nasihat pakar2 di atas tuh.
ape yg pakar2 diatas bg tuh amat bergune.
thnx ya! amatlah bergune utk aku.

pasal jihad tuh, aku rase jihad mmg amat penting.
usaha pun amat2 penting jugak.
kedua dua element tuh mst ade.
so jihad+usaha.

tapi..
ade satu masalah kat sini..
iaitu M.A.L.A.S! Confused
dgn pengaruh zaman moden yg mcm2 bhn elektronik lg.
hoho. amat susah nk kawal.
any tips?
yg SBP2 tuh, bg la opinion korang gk ek.

*byk la pulak ckp. azlyn srow pnjg lebarkn. hehe. Very Happy


lifestyle kate;

Kunci Kejayaan
www.iluvislam.com




Kadang-kala, di dalam perjalanan hidup yang berliku mengejar cita-cita, ada sahaja halangan dan dugaan yang mendatang. Diri mula terasa lemah, jiwa mula terasa gelisah, hati tidak tenang, fikiran menjadi tidak tentu arah. Namun, itu semua harus dilalui, kerana matlamat akhir, iaitu kejayaan yang ingin dimiliki.

Diri ditarbiah, dimotivasikan untuk mendapatkan kembali semangat baru untuk bergerak maju ke hadapan tanpa menoleh ke belakang. Kegagalan silam dijadikan kunci kejayaan yang mendatang. Tetapi, mampukah semangat ini terus dinyalakan di dalam diri? Agar tidak padam seperti dahulu tatkala diri ditimpa dugaan sekali lagi.

Ingatlah, jangan sesekali berputus asa. Jangan sesekali mensabotaj diri sendiri dengan mengatakan bahawa diri tidak mampu mengharungi dugaan-dugaan itu. Ingatlah, Allah S.W.T. tidak menurunkan sesuatu dugaan itu kepada hamba-hambanya jika hamba-hambanya tidak mampu menghadapinya. Antara salah satu kaedah atau tindakan yang boleh diambil untuk terus menyemarakkan api perjuangan di dalam diri adalah, dengan menjadi seorang insan yang istiqamah. “Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan Tuhan kami adalah Allah, kemudian,mereka tetap istiqamah, maka tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tiada (pula) berduka cita.” ( Surah Al-Ahqaaf: 13)

Latih diri dalam menjadi seorang yang insan yang istiqamah dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan. Kenali diri, sayangi diri, dan letakkan matlamat jangka panjang. Antara cara-cara yang boleh dipraktikkan untuk menjadikan diri seorang insan yang istiqamah dan secara tidak langsung, lebih berjaya dan disayangi yang Maha Esa adalah:

1) Menjaga hubungan dengan Allah S.W.T Jagalah ibadat-ibadat wajib dan seelok-eloknya, perbanyakkanlah ibadat-ibadat sunat.

2) Masukkan matlamat di dalam doa
Mohonlah kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha Mendengar.

3) Mulakanlah pekerjaan dengan berdoaBagi yang masih belajar, mulakan belajar dengan berdoa dan seelok-eloknya,
duduk menghadap ke arah kiblat.

4) Berterusan dalam mencari ilmuHal ini kerana, ianya dapat memberi semangat kepada diri untuk terus berusaha.

5) Amalkanlah perkara-perkara yang dapat menarik hidayah Allah S.W.TContohnya, solat berjemaah, membaca Al-Quran dan saling memaafkan serta
kasih-mengasihi sesama manusia.

6) Kenali diriUbah sikap-sikap yang negatif kepada positif.

7) Menolong insan lain untuk berjaya
InsyaAllah, Allah akan pula menolong kita untuk berjaya. Allah akan menolong hamba-
hambanya selagi mana hamba-hambanya menolong antara satu sama lain.

8 ) Iklankan matlamat
Tampal atau tulis matlamat tersebut dipapan kenyataan tempat belajar kita, agar dapat
dibaca selalu, seterusnya dapat mengingatkan diri dan memberi semangat untuk kita
terus berusaha untuk mencapai matlamat tersebut.

Allah sayang akan hamba-hambanya yang istiqamah di dalam pekerjaan. Janganlah berputus asa dengan rahmat Allah. “ Katakanlah, hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah..” (Surah Al-Zumar:53)
Berusaha sebaik mungkin dan kemudian bertawakallah kepada-Nya. Istiqamah dalam pekerjaan dan berjuanglah selagi masih ada peluang yang diberikan. Kuatkan semangat. Apa yang penting adalah usaha dan tawakal, insyaAllah kejayaan yang dicari-cari selama ini mampu dimiliki.


adibayor93 kate;

Assalamualaikum
Melalui pemerhatian dan pengalaman ak,memang betol teknik pembelajaran skola SBP agak berbeza dgn skola2 lain..

Antaranya;

-Menggunakan modul yang selaras bagi setiap matapelajaran,bermakna semua pelajar dan guru menggunakan bahan yang sama.

-Hampir setiap minggu terdapat bengkel(petang Jumaat & Sabtu) yang selalunya digunakan oleh guru2 untuk mengajar teknik menjawab soalan,atau menghabiskan satu chapter bg mempercepatkan silibus habis!!haha.phm x phm tembak jeh!Cth;Circular Measure,Mitosis dll..

-Guru2 SBP(khususnye SASER) mempunyai komitmen yang tiada tolok bandingnya,tp bkn pelajarnye2.hehe.Jika cikgu sudah berdiri murid2nye masih tidur,jike cikgunye sudah berlari tp murid2nye br nk bukak mate.Cth-6.40pg ada guru wat kelas sblm perhimpunan bg f5 Cool Cool

-Selain tu,setiap kali peperiksaan & ujian,kptsn peperiksaan x dikeluarkn ikut kelas,ttp mengikut batch.

-Mse kelas ptg & malam,ad sesi 1 jam bersama panitia matapelajaran sblm prep mcm biase.

-emm,x igtlaa Very Happy FATEH!! tolong akue!!

k,tula sedikit maklumat yg ak dpt igt.hehe.tp lbey kt SASER la,tataulaa kalau sbp laen ade menda2 nk share.
ASSALAM.Salam Ramadhan Smile



haa..bykkn tips2 yg amat bergune. disscussion nih kat FS blom berakhir. klu ade opinion pegi la bukak n bg pendapat. klu nak tw lbeh lanjut pun boleh tgk kat ctu ye.
bak kate adibayor93;
Pelajaran Didahulukan,
Prestasi Diutamakan,
Kontroversi Dielakkan>>>
Smile Very Happy


wallahu'alam..

by.sk
*klu korang prasan, sume BADAR n EX-BADAR yg bg opinion. skinaway terase asing dan segan di situ.hehe.


Monday, August 24, 2009

ISK V 2.0

ISK V 2.0 – What should I do?

Assalamualaikum.

Ever been to Turkey before? You’ll be amazed at the amazing structures available there. Remnants of libraries, amazingly old monuments, etc. etc.
The tour guide held the mike in his hand, and pointed towards the right. Us travellers got our cameras at hand. Ready to snap up a picture or two. Being from Malaysia, we just have to take every chance we get.



“That’s the Topkapi Museum. A great remembrance of everything in Turkey,” said the Turkish native. “There are many information and treasured items about the Ottoman Empire in this museum as well as matters regarding Islamic matters.”
“Ooh~.” Snap- snapping went cameras. My eyes widen in surprise as well. Words like ‘Whoa, OMG!, SubhanaLLah, O_O’ ran through my mind. The place was extremely HUGE.


Bayangkan sekolah kita. Darab berapa ratus entah. O_O. I know.

---

After the visit to the extremely huge place, we went to a nearby restaurant. Had our lunch there. [Turkish food is quite ok the first time. After the second, you’ll feel like running off back to Malaysia. Nasi Lemak~ Oh.]


Then we had to perform our prayers there. Jamak Zuhur + Asar sekali.
“There’s where you can pray. We’ll wait in the bus for another 20 minutes. Then we’ll be off,” directed the tour guide. He took out a pack of cigarettes and walked towards the bus.
My family members (and I’m sure a few other families) exchanged looks of enquiry.

---

“Mak… A* tu tak solat ke?”
“Tak tau la mak.”
“Eyh. Dia org Islam eh?”

---

“On your right, shops and restaurants. Mostly, at night, people would walk around the streets, go and have a drink or the travellers would go shopping at the bargain shops.”
We looked around us. Nice place.
“We do have an occasional drink or two, sometimes… I know. I’m a bad Muslim,” said A*. He let out a hearty laugh. Some of us tourists let out a small laugh as well.
‘Ugh. Unbelievable.’ That was all I could say. My sisters and I exchanged a look of disbelief.

---

Tulah realiti msyrkt Islam skrg. Senang2 je kata “I’m a bad Muslim.” Pastu, dah. So what, kan? Itu pun mengaku sbg seorg Islam lagi.
Oyh.

That was Turkey now.
Dulu:: Kerajaan Turki Uthmaniyah. Pernah menjadi kerajaan yang paling kuat, dan digeruni masyarakat bukan Islam. Hoho.
Tersgt-la-kontra~
Zaman kegemilangan: Sultan Suleyman 1 (1520 – 1566). Kerajaan Uthmaniyah Berjaya meluaskan empayar dari Eropah Tengah ke Lautan Hindi.
They were considered the most powerful empire of all time during that time period.

“Beta adalah hamba Allah dan Sultan kepada dunia ini. Dengan limpah kurniaan
Allah, beta menjadi ketua umat Muhammad. Kekuasaan Allah dan mukjizat Rasulullah
menjadi teman beta. Beta adalah Suleyman, yang namanya dibacakan di dalam
Khutbah di Makkah dan Madinah. Di Baghdad beta adalah Shah. Di tanah Byzantine,
beta adalah Caesar. Di Mesir pula beta adalah Sultan; yang menghantar armada
tenteranya ke perairan Eropah, Maghribi dan India. Beta adalah Sultan yang
merampas mahkota dan takhta Hungary, untuk diberikan kepada hamba yang tunduk.
Voivoda Petru cuba mengangkat kepalanya untuk menentangku, tetapi telapak kaki
kudaku telah memijaknya tenggelam menjadi debu. Beta jugalah yang telah menawan
tanah Moldavia” – Sultan Suleyman 1

Even so, after continuous wars, the rise of Europeans, and a number of other factors, the power of the Ottoman Empire started to take a downward plunge. Ala turun slide kat Sunway Lagoon la. Mula2 slow. Pastu, laju sgt2. In the end, whoosh! You dive face first into the six feet deep pool. Whether you’ll sink, or swim, it’s totally up to you. [unless your height is more than six feet O_O. just stand up, you won’t drown. XD]

Would you drown? Your life depends on it. Noticed the analogy there? SINK OR SWIM.

Ok. Pengenalan ke tu? Mcm panjang sgt, je. Hoho.
Back to our main point for today-

SITUASI 1: KAMILAH PEMIMPIN MASA DEPAN!
LOKASI: SEBUAH INSTITUSI PENDIDIKAN TERULUNG DI MALAYSIA.

“Weyh. Tgk tudung die tu, weh. Pendek la. Jalan sikit, lagi ah.”
“Tau takpe.”
“Selaku senior, kita perlulah member peringatan kpd adek tersebut.”
“Jumm~~”

Maka adek tersebut telah ditegur.
Respons: Oh, heh. Iye ke? Heh…
[Awkward silence]
Heh.
*coughs*
Heh.

---

SITUASI 2:KAMI MUSLIM SEJATI. MENUTUP AURAT SAMPAI KE KAKI.
LOKASI: MID VALLEY, KL (?)

“Nyaa~!” (Bunyi org menguap, sbnrnya.)
“Weh. Bosanla. Jum gi shopping.”
“Jumm~~”

*Jalan2Jalan2Jalan2*

“Wahh! Cun2! :D”
“Smart la!”
“Tapi, kan lengan pendek tu?”
“Alahai. Apa susah. Pkai je la arm sock.”
“Ntahh~~”
[p/s: ustzh marzilah kate tu x dkira mnutup aurat, ye. faham2 lah kenapa.]
---
Some people call it being two- faced. In a more rough tone, “effing hypocrisy, dat’s wut, yo.” But remember! Jangan sampai tahap munafik pulak ye? Ha~

Point kat sini:: Kita ni suka btul jaga tepi kain orang, kan? Tp diri sendiri? Jeng3… Maksudnya blum boleh jd pmimpin lg la tu, klu diri sendiri x ‘terpimpin’. Betul tak?

{Nota kaki: Kisah tersebut hanyalah dgn tujuan pengajaran shj. Cermin diri kita, yeh? :D Pegi amek cermin tu ha. Kalau rasa seakan2 diri kita tu, tumbuk cermin tu sampai pecah. Esok ganti baru. Beli kat Kedai Pak Mat kat sebelah nun. Pendirian pun ganti baru jugak. Beli kat Kedai Iman & Taqwa Trading.}

---

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku
hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi".
Mereka berkata: "Mengapa
Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat
kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih
dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?"
Tuhan berfirman: "Sesungguhnya
Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".
(Surah al- Baqarah, 2: 30)



Make sure dah baca ayat al- Quran tu betul2 taw. Bhgn last skali; Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”

Pada pendapat ana, ana rse agak malu dan segan dan silu dan etc etc. Kenapa? Sebab Allah SWT dah letakkan harapan dan kepercayaan yg tinggi kpd kita, selaku MANUSIA. Malaikat dah mempersoalkan, tp Allah tetap teguh nak cipta kita ni, yang bernama INSAN.


“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka
menyembah-Ku.”
(Surah adz- Dzariat, 51: 56)



“Dialah yang menjadikan kamu khalifah-khalifah di muka bumi. Barang siapa
yang kafir, maka (akibat) kekafirannya menimpa dirinya sendiri. Dan kekafiran
orang-orang yang kafir itu tidak lain hanyalah akan menambah kemurkaan pada sisi
Tuhannya dan kekafiran orang-orang yang kafir itu tidak lain hanyalah akan
menambah kerugian mereka belaka.”
(Surah Fathir, 35: 39)
Priorities. Some of us might ask:
“Allah nak soh kte watpe snanye ha? Khalifah tu camne? Aq mne bleh jd deh. Aq stakat SPM je blaja. Soh la PM uh wat keje en? Kan die uh pmimpn?”

[Merujuk kpd presentation oleh senior2 MAHISS *cough*SMAKL*cough*]


Lebih kurang mcm tulah, lukisan dia kat papan putih dlm masjid hari tu. [Tp lukisan dia ada tali 'lasso' yg mcm cowboy tu pnye. heh. Susah nak lukis.]

Mengikut apa yang ana faham [and I don’t mind being corrected for my own mistakes]:
First, kena usaha utk termasuk dalam golongan bulatan ibadah tu. Kuatkan diri. Mantapkan iman. Belajar sungguh2 [hey, kan menuntut ilmu tu satu ibadah jgak?], berakhlak dgn akhlak yg baik.

Second, kita tarik orang2 di luar sana untuk sama2 beribadah kpd Allah SWT. Basically, itulah tanggungjawab seorang khalifah. Pengganti kpd Rasulullah. Apa yg Rasulullah buat, kte usaha utk buat jugak.

Wlupun nampak mcm akhlak Rasulullah tu mcm KLCC (lagi tinggi kot, dah lah ma’sum… SubhanaLLah..) + kita ni mcm lapisan kerak bumi je jauhnya, kna usaha jugak utk sampai kat kaki KLCC tu pun dah kira oklah. Tapi, hati2… jgn g belok Bukit Bintang ke… Tetiba lompat Chow Kit ke… Kan dah tak dapat capai matlamat.

Bro yg bagi presentation tu tanya kiteorg: Knapa khalifah2 zaman dulu berusaha betul nak sebarkan dakwah islamiyah ke negara2 laen? Kan dah bahagia, ada empayar besar, goyang kaki je la en? Biarlah org laen tu.

Surprisingly, semua orang mcm membebel sorang2. Sah tak tau nak jawab apa. Bila bro tu bagi mike, xde sape yg berani jawab. Semua pakat blur habis. Not excluding myself. Yup.

Simple answer: diaorg mmg pegang betul dgn kata2 Allah yg mengamanahkan title “khalifah” kpd umat manusia. Selagi mana ada saudara se-spesies­ dgn dorg yg x tau mengesakan Allah lg, selagi tu la mrk ni akan berusaha memperkenalkan Islam agama syumul ni. Sehinggakan ada seorang pemimpin [Ya Rabbi, x ingat la nama beliau, spe igt, bgtau ye~ :D] naek kuda dia sampai ke hujung tanah Afrika Utara (bhgn barat2 tu, mcm ‘end of the map’) sampai masuk ke dalam air laut. Until he reached one point where his steed could not go any further, due to the water level reaching up to the horse’s neck. He went back.[translation based on comprehension, not exact words. Thanks]

He said words which meant something like: “Should I have known there was land beyond this sea, I would’ve done anything to get there.” [again, bukan kata2 sbnr. based on understanding shj.]

Dush! Wonder why the Ottoman Empire didn’t last? As the previous post has pointed out, ‘kelemahan pemimpin’, ‘islam tercemar dgn perkara khurafat’, ‘rasuah berleluasa’ etc. etc.

Like I once wrote somewhere: “Muslims started to forget their belief, bit by bit, little by little, due to being over obsessed with whatever the world can offer. Entertainment, wealth, you name it. Covered by such things, we (Muslims) start to not care about or responsibility as khalifah of Allah. Ignorant and selfish, we were content with whatever we had, and couldn't care less about whatever was going on with Islam. The “I pray five times a day, so whatever, you” sort of attitude brought us to our fall.”

Ha~h. So I guess that’s it. Nampak mcm senang je kan? Asalkan kita amar ma’ruf nahi munkar, ok lah. Asalkan kita boleh memelihara kesucian agama kita, ok lah, kan? {uhuk, mcm la snang sgt}
Jangan skali2 lupa musuh kita::: SYAITAN.

. Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai)
manusia.
. Raja manusia.
. Sembahan manusia.
. dari kejahatan
(bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi,
. yang membisikkan (kejahatan) ke
dalam dada manusia.
.dari (golongan) jin dan manusia.
(Surah an- Nas,
114: 1-6)

Jin dan manusia. Hey, could your best friend be the one who’s dragging you down? “Aq ni baik, snanye, tp si tu ha~ asyik kco aq je. 10sen aq neh.” Orang kata, pi cari kawan laen. Tapi sape nak buang kawan, kn? So~~ ajak la kawan rapatmu itu berubah sama2. Wah>> kiranye klu mcm tu, korg dua2 la dpt buat ibadah, + jd khalifah, right? Jeng3… Fikir2kanlah, antum bijak2 belaka.

Ok. Done. Hope you enjoyed this post. Ilmu belum cukup di dada. Comments are very much appreciated. Feel free to ask debatable questions as well. This is all I can offer.

P/S: Which would you choose? To sink or to swim for your life? Time is ticking; fast.
excuse bm/bi. kamus dewan terlalu jauh atas rak itu.

Saturday, August 22, 2009

ini SEJARAH kita

INI SEJARAH KITA

*izinkan saya untuk tidak menggunakan bahasa formal*

hari tu kita da di 'briefing' kot dengan sejarah Islam

macam mne kita mula berkembang

bermula dengan zaman Nabi Muhammad

penyebaran agama Islam secara berperingkat

3 tahun secara rahsia

bermula di Makkah

ditujukan kepada ahli keluarga,sahabat,dan kaum kerabat baginda.

al-Arqam bin Abu Arqam gune rumah dia sbgai tmpt pnyebaran Islam.

10 tahun secara terang terangan

selepas baginda menerima perintah ALLAH.

baginda wat dakwah kat Bukit Safa

time ni agak ramai org yg join msok Islam

Zaman Nabi Muhammad ni kira org2 yang join Islam waktu ni dianggap mcm 'core' Islam laa

Iman dorg sume mantap

Nabi Muhammad isi hati dorg dgn iman dan akidah dr a-z

syumul laaa

lpas dekat Makkah

Nabi Muhammad pergi ke Madinah pulak

time ni berlakunya Hijrah

orentalis barat kate hijrah ni mcm pelarian

padahal mereka ta tahu Nabi Muhammad berhijrah ke madinah sebab dpt jmputan dr org arab Madinah (suku Aus dan Khazraj)

kat Madinah dakwah Islam semakin berkembang

Islam makin ramai pengikut

Nabi Muhammad dilantik sebagai pemimpin Madinah

baginda telah merangka Piagam Madinah

disebabkan ramai sangat yang dengki

berlaku perang antara orang Islam Madinah dengan orang Quraisy Makkah

-perang Badar 2H

-perang Uhud 3H

-perang Khandak 5H

-perang Tabuk 8H

lepas perang Badar makin rmai org Arab Quraisy peluk Islam

termeterailah perjanjian Hudaibiyah

disebabkan perjanjian tu,Mekah dibuka semula

Madinah sebagai pusat pemerintahan Islam

Mekah sebagai salah sebuah wilayah Islam

kemudian zaman Khulafa al-Rasyidin

bermula selepas kewafatan Nabi Muhammad 632M

Khalifah Abu Bakar al-Siddiq(Penyelamat Umat Islam)

# 632M- Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Usamah ibn Zaid mengetuai ekspedisi ke Syria. Kempen menentang kumpulan Murtad iaitu Bani Tamim dan Musailamah al-Kazzab.

# 633M- Pengumpulan Al Quran bermula.

sumbangan beliau

-beliau berjaya mengatasi masalah perpecahan kaum

-berjaya mempertahankan Madinah dr ancaman kerajaan Parsi dan kerajaan Rom

-membahagikan wilayah Tanah Arab dan melantik seorang amir untuk mentadbir wilayah

-memperkenalkan bayaran gaji untuk tentera

-mengumpul,menyalin semula ayat ayat suci al-Quran

Khalifah Umar bin al-Khattab(Amirul Mukminin)

# 634M- Kewafatan Saidina Abu Bakar. Saidina Umar Al-Khatab dilantik menjadi khalifah. Penaklukan Damsyik dan seterusnya kempen meluaskan jajahan Islam di Tanah Parsi

# 635M- Penawanan Madain, ibukota Empayar Parsi Sassanid.

# 636M- Penaklukan Syria, Mesopotamia, dan Palestin.

# 637M- Mesir ditawan.

# 638M- Penawanan Baitulmuqaddis oleh tentera Islam.

# 640M- Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling Islam.

sumbangan beliau

-menubuhkan majlis syura

-membahagikan wilyah jajahan Islam dan melantik Gabenor

-menubuhkan jabatan

-mengembangkan pengajian Al-Quran

-memperkenalkan kalendar islam

-menyusun sistem pemerintahan

-membina terusan dan tali air

-memperkenalkan cukai

-mendirikan baitulmal

Khalifah Uthman bin Affan

# 644M- Saidina Umar mati syahid akibat dibunuh. Saidina Uthman Affan menjadi khalifah.

# 645M- Kempen di Afrika Utara. Cyprus ditakluk.

# 646M- Kempen menentang Byzantine.

# 647M- Angkatan Tentera Laut Islam ditubuhkan & diketuai oleh Muawiyah Abu Sufyan.

Perang di laut menentang angkatan laut Byzantine. Empayar Parsi Sassanid ditumpaskan.

sumbangan beliau

-memperluaskan kerajaan Islam

-membina angkatan tentera laut

-mempelbagaikan cara bacaan al-Quran

-mengisytiharkan naskah al-Quran(Mushaf Uthmani)

-mengukuhkan peranan baitulmal

Khalifah Ali bin Abu Talib

# 656M- Saidina Uthman wafat akibat dibunuh. Saidina Ali Abi Talib dilantik menjadi khalifah.

Terjadinya Perang Jamal.

# 657M- Saidina Ali memindahkan pusat pemerintahan daripada Madinah ke Kufah.

Perang Siffin meletus.

# 659M- Saidina Ali menawan kembali Hijaz dan Yaman daripada Muawiyah.

Muawiyah mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah Damsyik.

# 661M- Saidina Ali wafat dibunuh. Tamatnya pemerintahan Khulafa al-Rasyidin.

Saidina Hasan (Cucu Rasulullah S.a.w) kemudian diangkat sebagai Khalifah ke-5 Umat Islam menggantikan Saidina Ali.

sumbangan beliau

-mengekalkan kestabilan negara

-membina markas tentera

wafatnya Khalifah Ali,berakhirla kaedah perlantikan mengikut sistem syura

diganti dengan sistem warisan

661M- Setelah sekitar 6 bulan Khalifah Saidina Hasan memerintah, 2 kelompok besar pasukan Islam yaitu Pasukan Khalifah Saidina Hasan di Kufah dan pasukan Muawiyah di Damsyik telah siap untuk memulai suatu pertempuran besar. Ketika pertempuran hendak pecah, Muawiyah kemudian menawarkan rancangan perdamaian kepada Khalifah Hasan yang kemudian dengan pertimbangan persatuan Umat Islam, rancangan perdamaian Muawiyah ini diterima secara bersyarat oleh Khalifah Saidina Hasan dengan kekuasaan Kekhalifahan diserahkan oleh Khalifah Hasan kepada Muawiyah. Tahun itu kemudian dikenal dengan nama Tahun Perdamaian/Persatuan Umat (Am Jamaah) dalam sejarah Umat Islam. Sejak saat itu Muawiyah menjadi Khalifah Umat Islam yang kemudian dilanjutkannya dengan sistem Kerajaan Islam yang pertama yaitu pergantian pemimpin (Raja Islam) yang dilakukan secara turun temurun (Daulah Umayyah) dari Daulah Umayyah ini kemudian berlanjut kepada Kerajaan-Kerajaan Islam selanjutnya seperti Daulah Abbasiyah,Usmaniyah

kemudian tamadun Umaiyah

Muawiyah telah menjadi Gabenor Syria di bawah pemerintahan khalifah ketiga Islam, Saidina Uthman Affan. Pada tahun 35 Hijriah,kota Madinah yang menjadi ibu kota negara Islam telah dilanda krisis politik yang hebat sehingga mencetuskan pemberontakan menentang kerajaan. Akibatnya, Khalifah Uthman bin Affan dibunuh oleh pemberontak. Selepas peristiwa pembunuhan Saidina Uthman, Saidina Ali Abi Talib telah dilantik menjadi khalifah yang baru.

Memandangkan pembunuh Saidina Uthman yang melantik Saidina Ali sebagai khalifah, Muawiyah enggan menerimanya sebagai khalifah dan menentang Saidina Ali pada tahun 657.Beliau tidak mengiktiraf Saidina Ali menjadi khalifah kerana Muawiyah telah menuduh Saidina Ali terlibat dalam pakatan membunuh Khalifah Uthman.

Kedua-dua pihak bersetuju untuk berunding untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Rundingan ini dilihat oleh para pengikut Saidina Ali sebagai tidak adil. Empayar Islam dipecahkan. Selepas Saidina Ali dibunuh pada tahun 661, anak Saidina Ali iaitu Saidina Hassan telah menjadi khalifah namun baginda telah mengambil keputusan untuk memberi jawatan khalifah kepada Muawiyah sebagai khalifah seluruh empayar Islam atas harapan Muawiyah dapat menyatukan umat Islam pada masa itu kerana Saidina Hassan tidak sanggup untuk melihat perpecahan umat Islam terus berlaku dihadapan matanya.Hal ini menyebabkan tertubuhnya Kerajaan Bani Ummaiyyah dan menyaksikan pertukaran pusat pemerintahan daripada Madinah ke Damsyik.

Empayar kekuasaan Kerajaan Bani Ummaiyyah.

Kuasa Bani Ummaiyyah berpusat kepada jajahan Byzantian di Syria dan mengekalkan pegawai tempatan yang bukan muslim sebagai pentadbir. Bani Ummaiyyah turut memusatkan usaha mereka kearah menguasai Mediterranean dan menakluk Konstentinopal. Banyak penaklukan dan pembukaan wilayah baru dibuat semasa pemerintahan Kerajaan Bani Ummaiyyah. Tentera Muslim berjaya menakluk Afrika Utara dan Iran pada lewat tahun 600-an, mengembangkan empayar Islam daripada Semenanjung Iberia di barat sehingga India di timur. Tentera Ummaiyyah pimpinan Tariq ibn Ziyad menyeberangi Selat Gibraltar dan menubuhkan pemerintahan di Semenanjung Iberia (Sepanyol) sementara baki tentera Islam yang lain menubuhkan pemerintahan di Sind, India.

Kerajaan Bani Ummaiyyah ditewaskan oleh Kerajaan Bani Abbasiyyah selepas tewas dalam perperangan pada tahun 750 masihi. Hal ini menyebabkan kebanyakan kaum keluarga Bani Ummaiyyah dibunuh oleh tentera Abbasiyyah. Seorang waris Bani Ummaiyyah iaitu Abd-ar-Rahman I mengambil pemerintahan Islam di Andalusia dan menubuhkan Kerajaan Bani Ummaiyyah Andalusia di sana.

SUMBANGAN KERJAAN BANI UMAYYAH TERHADAP TAMADUN ISLAM

· KETENTERAAN

· Mengemaskini angkatan tentera dengan corak gerakan tentera parsi

· Membahagikan tentera kerajaan umaiyah kepda 5 pasukan :

1) Pasukan tengah

2) Pasukan sayap kanan

3) Pasukan sayap kiri

4) Pasukan hadapan

5) Pasukan barisan belakang

· Angkatan perang yang ditubuhkan teratur dan dilengkapi dengan peralatan perang moden.

· Angkatan tentera juga terdiri dari

1) Pasukan berkuda

2) Pasukan berkenderaan

3) Pasukan jalan kaki

· Angkatan tentera dilatih untuk menghadapi perang di musim sejuk dan panas

· Pasukan tentera laut ditubuhkan dengan teratur dengan membina 1700 kapal perang serta pengklan tentera laut yang berpusat di Tunisa, syria & iskandariah

· Pada awalnya pemilihan anggota tentera secara suka rela kemudian bertukar menjadi kerahan bagi yang memenuhi syarat

· Diwan al-jund ditubuhkan bagi mentadbir dan mengurus hal ehwal ketenteraan

· Antara tokoh terkemuka ialah Tariq bin Ziyad ( membuka andalus )

· PENDIDIKAN

- Khalifah umawi amat mengambil berat perkembangan pendidikan

- Khalifah Abd. Malik bin Marwan & Umar Bin Abd. Aziz adalah juga tokoh ulamak dalam bidang al-quran, trafsir, hadis, dan nahu

- Kota basrah menjadi pusat penyebaran ilmu ketika itu

- Bahasa arab adalah bahasa pengantar utama kerajaan umaiyah

- Perkembangan ilmu tidak terhad dalam bidang keagamaan sahaja, malah ilmu sejarah dan geografi telah mula dipelajari

- Kegiatan penulisan, pembukuan dan pembinaan perpustakaan giat dijalankan pada zaman ini

· EKONOMI

- Ia bergantung kepada pertanian dan perdagangan

- Saliran air dibina bagi memajukan kawasan pertanian serta kajian dan penyelidikan dijalankan untuk majukan sektor ini

- Jalan dan pelabuhan dibangunkan bagi memajukan sektor perdagangan

- Kapal perang khas dibina untuk mengawal laut dan membenteras lanun

- Perusahaan kraftangan dijalankan seperti membuat kiswah ka'abah, sutera dll

- Pentadbiran baitul mal dikemaskini bagi memantapkan kewangan negara

- Hasil negara ketika itu terdiri dari :

1) Kharaj

2) Jizyah

3) Zakat

4) Usyur

5) Fai'e

6) Zakat

7) Ghanimah

3. FAKTOR KEGEMILANGAN KERAJAAN BANI UMAYYAH

· Kecekapan dan kebijaksanaan khalifah.

- Semua pemberontak dapat ditumpaskan dan mereka bercita-cita tinggi untuk meluaskan islam keseluruh dunia

· Penguasaan ilmu pengetahuan.

- Banyak pusat pengajian ditubuhkan serta muncul para cendekiawan, ekoran dari sikap yang ditanam terhadap rakyat iaitu membudayakan ilmu dalam kehidupan

· Ekonomi yang stabil.

- Baitul mal mempunyai simpanan yang melebihi keperluan negara. Banyak kemudahan untuk rakyat dapat diberi

· Kekuatan tentera

- Semangat untuk mempertahankan negera disamping menyebarkan dakwah islam begitu kuat dalam jiwa setiap tentera umaiyah, hingga dapat meluaskan islam ke India, afrika utara dll

· Hubungan baik antara kerajaan dan rakyat

- Khalifah banyak menyediakan keperluan asas yang baik kepada rakyat seperti jalan raya, hospital secara percuma

· Semangat jihad yang tinggi

- Rakyat bersungguh-sungguh membuktikan islam sebagai aagama penyelamat umat manusa. Ini mendorong mereka untuk berjihad, mendalami ilmu pengetahuan dan perlbagai jenis kemahiran

4. KEGEMILANGAN PEMERINTAHAN UMAR ABDUL AZIZ

· Keturunan umar bin al-khattab dari sebelah ibunya

· Dianggap sebagai khalifah ar-rasyidin kelima kerana sifat, sikap dan pemerintahannya yang mempunyai persamaan degan pemerintahan khulafak ar-rasyidin

· Sifat peribadi : luhur, tawadhuk dan menyayangi rakyat

· Memecat pegawai yang kurang cekap dan telah menghapuskan jizyaz daripada golongan muwali

· Melaksanakan hukuman dengan adil

· Menghapuskan konsep penguasaan wilayah dengan konsep kerajaan islam

· Ekonomi negara dibawah pentadbirannya ditahap paling tinggi dan menumpukan bidang pendidikan untuk rakyat

5. FAKTOR KEJATUHAN KERAJAAN BANI UMAYYAH

· Sikap beberapa pemerintah mengabaikan ajaran islam

· Kemewahan hidup yang dikecapi melalaikan pemerintah dengan tugas dn tanggung jawab kepada negara

· Wujud kembali sengat perkauman atau kabaliah seperti di zaman jahiliah

· Rakyat tidak puas hati dengan corak pemerintahan khalifah yang pincang dan berpaling tadah menyokong gerakan abbasiyah



seterusnya tamadun Abbasiyah

  • Mula 750M ditaja oleh Ali bin Abdullah.
  • Peringkat awal sulit kemudian terbuka.
  • Gunakan kempen Ahlul Bait ( Keluarga Nabi saw)Pusat Operasi di Khurasan, Kufah dan Humaimah.
  • Diperkukuhkan dengan sokongan 2 pahlawan besar – Abu Salamah Al-Khallal di Kufah dan Abu Muslim al-Khurasani di Khurasan.
  • Ambil sempena nama bapa saudra Nabi saw – Abbas.
  • Amal sistem monarki warisan.
  • Zaman Abu Jaafar, pusat pemerintahan ke Bagdad.
  • Berakhir dengan serangan tentera mongol pimpinan Hulagu Khan-cucu Genghiz Khan. Mengusir Sultan al Mutasim. Meninggal Dunia di pulau Shahi setelah memeluk Islam

1. Kegemilangan kerajaan abbasiyah

· Sistem pentadbiran

i. Kerajaan ini mengamalkan sistem pentadbiran berpusat yang sistematik dan mantap yang diketuai oleh seorang khalifah

ii. Bidang kuasa jabatan-jabatan dinilai dasi masa ke semasa

iii. Mewujudkan jabatan-jabatan baru untuk melicinkan lagu pentadbiran negara

· Ekonomi :

i. Memberi tumpuan kepada 3 sektor utama ; pertanian, perindustrian dan perdagangan.

ii. Banyak usaha-usaha untuk memajukan sektor ini dilakukan agar ia tetap memberi hasil kepada negara dan rakyat

iii. Infrastruktur fizikal dan intelektual diberi kepada rakyat seperti hospital, sekolah, perpustakaan, pusat perniagaan dll

· Pertahanan

i. Perubahan drastik dilakukan dengan memberi peluang kepada orang bukan arab menyertai pasukan ketenteraan

ii. Dasar pertahanan diubah daripada hanya memberi tumpuan kepada perluasan kuasa kepada aktiviti membendung pemberontakan dari dalam

2. Faktor kegemilangan kerajaan abbasiyah

· Kestabilan politik

- Dengan memberi perhatian sirius kepada pembasmian pemberontakan dan perbalahan puak

· Dasar politik kerajaan abbasiyah

- Memberi layanan yang adil kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa dan keturunan

- Menjalankan hubungan diplomatik yang baik dengan negara luar

· Kedudukan baghdad yang strategik

- Ia berada ditengah-tengah laluan para pedagang timur dan barat

- Ia menjadi pusat kegiatan perdagangan & pusat pertemuan sarjana timur dan barat

· Perpaduan antara kaum

- Memberi layanan yang adil kepada semua bangsa seperti turki, parsi dan arab

- Mereka diberi hak yang sama untuk menjawat jawatan dalam negara

- Orang bukan islam juga diberi layanan baik selagi mereka tidak mengkhianati kerajaan islam dengan cara bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing

· Penghayatan konsep kerja sebagai ibadat

- Konsep ini mendorong para sarjana untuk mengkaji tentang muamalat menurut islam

- Umat islam terdorong secara aktif dalam bidang ekonomi hasil dari cetusan idea dan hukum hakam yang dihurai oleh para cendekiawan islam dalam konsep muamalat

lahir ramai cendiakawan seperti Ibnu Khaldun,al-Khawarizmi,ibnu sina dan memperkenalkan pelbagai kesenian islam,pembinaan baitulhikmah,pusat pengumpulan hadis,ilmu astronomi,ilmu perubatan.perdagangan dan falsafah.

3. Faktor kemerosotan kerajaan abbasiyah

· Kelemahan pemerintah

- Pemerintah ketika itu Al-Wasiqm, tidak melakukan sebarang pembaharuan.

- Beliau hanya berghantung kepada pegawai-pegawai Turki untuk mentadbir negara

- Saudara al-wasiq iaitu al-mutawakkil mengmbil alih pemerintahan dan cuba untuk mengembalikan kegemilangan pentadbiran khalifah tanpa campur tangan pegawai berbangsa turki dan parsi

- Usaha beliau tidak dapat diteruskan kerana pengaruh turki dan parsi begitu kuat menguasai percaturan politik kerajaan abbasiyah

· Perpecahan wilayah di bawah kekuasaan kerajaan abbasiyah

- Akhir kurun 9 masihi menunjukkan kuasa khalifah semakin terbatas

- Banyak jawatan-jawatan penting disandang oleh bangsa turki dan parsi

- Bangsa-bangsa ini mula membentuk kerajaan dan pengaruh sendir

- Perpecahan ini mengakibatkan keruntuhan kuasa abbasiyah

· Perebutan kuasa

- Putera-putera al-mutawakkil berebut kuasa khalifah mengakibatkan kelemahan pentadbiran kerajaan abbasiyah

· Kegawatan ekonomi

- Rusuhan dan pemberontakan sering berlaku pada akhir zaman kegemilangan abbasiyah yang mengganggu perkembangan ekonomi kerajaan abbasiyah

- Para pedagang tidak lagi berkunjung ke baghdad menyebabkan dana yang tersimpan di baitul mal semakin merosot berbanding peruntukan yang dikeluarkan

· Perselisihan aliran fahaman keagamaan

- Pemberontak dari golongan syiah dan khawarij sering mengganggu pentadbiran kerajaan abbasiyah

- Ini kerana mereka berpendapat jawatan khalifah hanya layak disandang oleh pemimpin kumpulan mereka sahaja

- Keadaan ini mengganggu keamanan negara

· Serangan dari luar

- Kerajaan abbasiyah di akhir zamannya diserang oleh musuh-musuh dari utara ( gorgia & arminia ), barat( tentera salib ) dan timur ( kerajaan monggol )

- Banyak kawasan-kawasan islam diserang serta umat islam dibunuh dengan kejam semasa serangan ini.

- Kawasan-kawasan kecil lain ada yang menuntut kemerdekaan dari jajahan abbasiyah

- Pentadbiran pusat di baghdad tidak dapat memainkan peranan berikutan serangan-serangan tersebut dan ramainya pejuang-pejuang islam yang terkorban.

seterusnya kerajaan Turki Uthmaniyah

Semasa penubuhan dan perkembangan Empayar Uthmaniyyah, karakteristik empayar ini tidak boleh disoal lagi lebih-lebih lagi semasa pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih. Hal ini menjadikan Empayar Uthmaniyyah istimewa dalam sejarah ketamadunan manusia.

Sultan Muhammad al-Fatih

Sepanjang kurun ke-16, Empayar Uthmaniyyah terus berkembang daripada segi wilayah dan kekuasaan dengan mengembangkan kekuasaan sehingga ke Afrika Utara di barat daya dan Parsi di sebelah timur. Semasa Perang Chaldiran, di sebelah timur Anatolia, (sekarang di barat Tabriz, Turki) pada tahun 1514, tentera Uthmaniyyah di bawah pimpinan Sultan Selim I memenangi pertempuran menentang tentera Parsi. Hal ini memastikan keselamatan wilayah Uthmaniyyah di sebelah timurnya. Selepas itu tumpuan Empayar Uthmaniyyah beralih kepada bahagian barat empayar terbabit. Sultan Sulaiman I, selepas menaiki takhta pada tahun 1518, mengetuai beberapa siri ketenteraan di Balkan. Di bawah Suleiman yang juga merupakan seorang strategis yang hebat, tentera Uthmaniyyah mara ke utara dengan menguasai Belgrade (1521), mengalahkan Hungary (1526), dan menyerang Vienna (1529).

Kejayaan pengembangan kuasa Uthmaniyyah pada kurun ke-16 adalah kerana kemahiran bersenjata api dan taktik peperangan di samping kesempurnaan sistem ketenteraan. Tentera Uthmaniyyah juga amat mahir dalam melakukan serangan dan kepungan kerana serangan seperti ini mendatangkan kesan kemusnahan yang teruk terhadap musuh mereka.

Salah satu contoh terbaik untuk menunjukkan kemahiran mereka menyerang atau membuat pengepungan ialah semasa peristiwa penaklukan Constantinople (Istanbul) pada tahun 1453. Semasa serangan terbabit, meriam-meriam besar digunakan bagi memusnahkan tembok yang tinggi dan tebal. Meriam-meriam ini diperbuat daripada gangsa dan dibawa berdekatan dengan kota ini menggunakan banyak tenaga manusia disamping penggunaan kerbau dan lembu kerana berat yang melampau meriam-meriam ini. Meriam-meriam ini kemudiannya ditanam di sebelah hujung bagi menyerap tekanan letupannya. Seorang panglima Austria pernah berkata bahawa tentera Uthmaniyyah amat "kebal" semasa musim panas. Keterangan ini nyata benar memandangkan banyak kejayaan dicapai semasa kempen-kempen perangnya

sumbangan tamadun turki uthmaniyah

1. Empayar Islam yang mewujudkan kesatuan bagi umat Islam selama 600 tahun. Menjadikan Istanbul pusat pentadbiran dunia Islam. Sultan Selim 1 digelar Pelindung Dua Bandar Suci.

2. Sistem Perundangan.- Dikenali sebagai Kanun Suleiman.

a. Suleiman 1 mempertahankan dan membela nyawa, harta,kehormatan setiap individu. Perkenalkan Kanun Suleiman

3. Sistem organisasi dan pentadbiran perundangan Islam.

a. Jawatan kadi, mufti, Sheikhul Islam - Ketua Ulama keluarkan fatwa. Fatwa sebagai sumbangan utama kepada agama dan sains undang-undang.

4. Sektor ekonomi – jalinan perdagangan Timur dan Barat / Dunia Islam dan Bukan.

a. Meliputi Laut Tengah, Laut Merah, Laut Hindi dan Mediterranean.

b. Membentuk Jalinan Perdagangan Dunia Islam berpusat di Istanbul.

5. Di Balkan perkenalkan sistem yang menggalakkan kecemerlangan individu – wujud mobiliti sosial. Sebelum Islam . Sebelum Islam – sistem berasaskan keturunan dan susun lapis masyarakat.

Align Left

6. Perkembangan Ilmu pengetahuan,pendidikan,budaya, penerbitan, penterjemahan.

a. Pendidikan Sistem madrasah ,sekolah pengetahuan akedemik, sekolah sastera, maktab tentera, maktab teknik dan kolej perubatan.

b. Penulisan ensiklopedia sains Islam – Penulis:

i. Mehmed al-Fanari

ii. Mofla Lufti

iii. Katib Clebi

c. Kepentingan perpustakaan – wujud di masjid, hospital dan rumah.

7. Seni Bina – Minar Sinan 1490 – 1588 menghasilkan Masjid Sultan Ahmad ( Masjid Biru).

kemerosotan turki uthmaniyah

  • kelemahan pemimpin
  • pemerintahan dan pentadbiran tidak teratur
  • masalah perbutan takhta
  • ekonomi yang lembab
  • rasuah semakin berleluasa
  • keruntuhan akhlak
  • kurang penghayatan islam
  • semakin banyak hiburan
  • ajaran islam dicemari dengan ajaran khurafat
  • terpengaruh dengan budaya barat




*p/s:to be continue on 'selepas kejatuhan Turki Uthmaniyah dan apa peranan kita'

**p/s:ey korg kne bace taw!pnat aku wat,kalu ade yg salah ke ap gitaw aw!ilmu korg lg bnyk.spe nk tmbh pon boleh.em.artikel ni hasil bacaan text book sej.huhu


by ez

kami sudah jadi alumni !

kami sudah jadi alumni !