Pages

Wednesday, April 6, 2011

re-blog !

blog under contruction :)
sorry sgt kalau belum menarik lagi HAHA

Sunday, March 20, 2011

plkn chapter 2- THE CB CLASS

Character Building Class/ Kelas Pembangunan Karakter

hurmmm
oke, kelas ni mcm kelas motivasi lahhh.
dari pada kelas ni la ktorg belajar pasal hidup, diri sendiri, diri org lain dan macam macam

kalau ikut kem ak, Kem Kepimpinan Gopeng, ktorg ada 7 kelas cb
1 kelas ada lebih kurang 60++ pelatih 
dalam kelas tu ada 2 org cikgu atau lebih dikenali sebagai jurulatih multiskill
then ktorg dipecahkan kepada 5 kumpulan kecil.
huhu

macam macam ktorg belajar dlm kelas.

oke, kelas cb ni ada 3 fasa.
fasa pertama menampilkan yang terbaik dalam diri sendiri.(saya)
fasa kedua menampilkan yang terbaik dalam diri org lain.(kita)
fasa ketiga modul budaya kerja (modul baru,tahun ni tahun pertama)

ehemmm

fasa pertama pasal saya! ye, saya! diri sendiri lahhh
 banyak modul dlm ni.
antaranya

mustahil ke boleh ?

oke, modul ni mcm kita pilih 1 matlamat then kita check diri sendiri samada matlamat tu boleh atau mustahil
kalau boleh kenapa ?
kalau mustahil kenapa ?
then apa kita nak buat untuk capai matlamat tuhhh

seterusnya setuju/ tidak setuju/ tidak peduli

perlaksanaan aktiviti ni mcm ni
mula2 kita kena cari sorg partner 
then da jumpa partner, cari 1 topik.

contoh topik, percutiaan ke disney land

Si A: ey tahu x, disneyland best gilaaaaaaaaaa!
Si B: aahh. tahu tak pe! rasa mcm nak pergi lagi.
(kiranya si a dan si b perlu setuju antara 1 sama lain)

yg ni oke lahhhh. belum try x setuju lagi. haha

Si A: ey disneyland best gilaaaa!
Si B: tolong lahhhh. membazir duit tenaga je pergi sana
Si A: kau x rasa, kau x tahu lahhhh. bla la kau!
Si B: MALAS! baik ak pergi surau je. pahala pun dpat. x lagha !
(dorg akan salaing tidak setuju antara 1 sama lainn.)

perhhhh, yg ni mmg rancak. sampai jerit2 haaaa. kita tgk situasi x peduli pulakkk

Si A: disney land seronok kotttt! jum la kita pergi ramai ramai :)
Si B: buat, buat x tahu. pandang langit
Si A: weyy dga la nihh. jum la pg disney land
Si B: korek hidung buat buat x dga.
(si a akan terus mendesak,memujuk,bercerita dan si b akan buat bodoh x amek kesahhh)

oke, dlm modul ni setiap pndgn org tuh ada perasaan yg akan timbul
mcm, kalau org setuju ngan kita mesti kita seronok gilaaaa kan. happy, pas2 rasa mcm nk cakap lagi. suka dgn org tuhh, mcm mcm bnda best lah kita rasa
cuba kalau ad org x setuju ?
sedihh, frust, kecewa, bengang! rasa mcm nk gi sepak tampar apa semua kann.
ermmm,bila org x peduli pulak mcm mna ?
rasa mcm nak gi campak dy msok lombong, rasa mcm nak bunuh dy guna m16 n sewaktu dgn nya kan? kan? haha
haaa. mcm tu lahhh dlam hidup kita.
setiap perkara tu mesti ada org setuju, x setuju n even x peduli lagsung kan..
jadi kita jgn lahh amek semua bnda negatif
oke, bnda ni ada cara utk mengatasi.
mcm nihhh

Si A: ey disney land best !
Si B: ermm. saya hargai pendapat anda, ini pendapat saya. disney land x best lahhh, apa kata kita pegi surau ?

itu dia, kan best mcm tu. tenang, harmoni, aman damai :)

selain itu, imej lawan diri sendiri.

dalam hidup ni, ramai guna imej dari diri sendiri.
faham x ?
oke, bg situasi.

si a seorg yg gila gila dan menyeronokkan. satu hari tu, si a ni kena buat persembahan atas pentas. si a ni bukan main x nak lagi. 

diri sendiri si a ni gila gila
tapi dy guna imej sebagai seorg yg malu2.
ermmm korg rasa kalau si a ni guna imej, dy akan buat x persembahan atas pentas?
mesti x kann.
cuba kalau dy guna diri sendiri?
wahhhh mesti seronok gilaaaaa persembahan dy kan?

haaa mcm tu lahhh. dalam dunia ni ramai org guna imej. n sebab imej ni jugak lahhh bnyk bnda yg kita nak buat tp x terbuat buat.
betulkan ?
so, baik korg fikir2 balek. selama ni apa imej yg korg da guna utk tutup diri sendiri,
guys, just be urself!
imej tu semua plastik jepp
tp imej ni juga ada kebaikan dy
guna lah ia sebaik baiknya ;)

oke, tu je la modul fasa satu yg ak boleh cerita. yg lain tu lain kali la ehhh. ak cerita live punya!
haha

masuk fasa 2 pulak. ak rasa modul ni best sikit dan lebih mencabar

fasa 2 ni pasal kita dgn org lain. mcm saya dan awak. huhu
 mcm mcm ktorg belajar
fasa 2 ni bnyk buat aktiviti, mcm main permainan lahhh
contoh mainan :
ktorg belajar jugle!
korg tahu jugle tu ap ?
alaaaaaa yg guna 3 biji bola, lpas tu lmbg lmbg mcm kat circus tuhhh
haaa
yg ni susah kottt
tym aktivi jugle nihhh ktorg kena cari sorg buddy, n buddy tu mestilahh lain bangsa dari kita
mcm ak, buddy ak org cina heee
oke, tugas buddy ni dy KENA ajar kita jugle samapai kita mahir.
kiranya ak kena bertanggungjawab ats buddy ak, n buddy ak bertanggungjawab atas ak.
haha
ak ajar dy, dy ajar ak sampai dua2 mahir
tym belajar jugle nihh mcm gelagat ada
ada yg sanggup x pergi rehat semata mata nak practice jugle
ada yg kutip biji kelapa sawit utk ganti bola jugle then prctice kat luar kelas
yg guna stokin utk ganti bola jugle pun ada!
x silap ak, ktorg diberi masa 3 hari utk practice jugle
lepas 2 hari, ktorg kena buat persembahan jugle!
haha
ak x lepas, tp buddy ak lepas beb! wuhuuuuu
tp x bmakna buddy ak x bertanggungjawab atas ak. cuma ak ni ha yg cacat sikit x lepas lepas.

mainan ke 2
paip !
haha
ktorg diberi 1 paip panjang
n kena berdiri memanjang, buat dua line dan berdiri menghadap.
kemudian, kita kena letak paip tuh atas jari kita dan jari kita x boleh bengkok.
bila paip dah letak atas jari, kita kena turunkan paip itu tnpa jari guna jari sampai btg paip tu betul betul ada atas lantai 
hurmmm
nampak senang kan?
tp x lgsg !
ad group tu paip dy x turun turun. maken naik ada lahhh

oke, aktiviti ni test kita samada kita alert x dgn arahan ketua,
plg pntg kat sini kita kena dgr arahan ketua lahhh
baru paip tu boleh turun
n x lupa, kerjasama tu mmg perlu lahhh
kalau korg x bekerjasama, mcm mana lahh korg nk turunkan paip tu sama sama.

then, next game rebah
haha
rebah, ye rebah. 
rebah ni memang guna kekuatan mental lahhh
game dy mcm nihh
kita buat bulatan lebih kurang 1 group 8-10 org.
tp sama jantina je lahhh
bila da buat bulatan akan ad sorg berdiri kat tgh2.
org org yg kat ultan tu akan buat posisi kekuda( separuh berdiri)
oke, org yg berdiri kat tgh2 ni akan ckap.
'kumpulan adakah kamu sedia?'
then 'ye kami sedia'
org yg bdri tgh2 tu cakap 'saya akan rebah'
disambut dgn "rebah!"

lepastu, org yg ada kat tgh2 tu akn jatuh kan diri dy kebelakang.org tu akan berada dlm posisi sdkt terbaring kan ? ahli kmpln dy akn pgang bdn kawan dy tu n akan jaga kawan dy supaya x terjatuh atas lantai dan sambil tu kwn dy tu akan dipass ke ahli yg lain ikut arah jam sehinggal 2 pusingan.

emm
korg faham x ?
xp, ada rezeki kita main kat sekolah nanti.HAHA

oke, game ni menguji ketahanan mental sejauh mana kita percaya pada org sekeliling kita
kwan2, dalam hidup ni kita kena percaya pada setiap sesuatu :)

act bnyk lagi game mcm gelung, mingle, mcm2 lahh
tp, tu je kot yg nak di share utk fasa 2 nihh.

last sekali fasa 3

utk pengetahuan semua org, fasa 3 ni modul budaya kerja
modul ni baru je didedahkan utk pelatih plkn tahun ni
kiranaya kami bertuah lahh dapat jadi org pertama belajar modul nihh
oke, dlam modul ni ktorg belajar pasal budaya kerja
pasal kerja kerja kerja dan kerja

ktorg diberi pendedahan mengenai saingan dlm mencari pekerjaan sekarang
ktorg x lagi dibahagikan dlm kmpln, tp dibahagikan kepada syarikat !
mcm mcm kena buat
produk sendiri
iklan koperat
n even ktorg kena buat interview sendiri
time interview mmg best
mcm mcm jenis soalan ada

contohnya
antara doremon dgn harry potter yg mana awk pilih ?
macam mana nak asingkan air n gas dlm coke ?
semalam awak buat ap ?
awak pandai guna microsoft x ?
awak pernah lewat ?

hmmm 
soalan tu mmg x logik, tp kita mampu ke jawab n bg alasan kukuh utk soalan mcm tuh ?
fikir fikirkannn

oke, kat sini ak nak share 10 budaya kerja pakar

1. Menepati masa
2. Kemahiran teknologi
3. Kreatif
4. Fasih berbahasa
5. Intergriti
6. Terbuka
7. Ahli pasukan
8. Berkepimpinan
9. Komited
10. Bertanggungjawab

emm, kawan. adakah korg dah ready dgn 10 ciri2 yg pntg tuh >
huhu
renung renungkan dan selamat beramal!

dlm fasa 3 ni jugak ktorg belajar buat tsuru atau bahasa melayunya origami burung!
memang susah lahhhhh, tapi kena buat,
org kata prctice makes perfect kan?
yaa, mmg btul.
ak dah boleh buat da skrg!! haha
sape nk, ak buat kan. heeee

oke, penutup fasa 3 ni ktorg kena buat pameran syarikat.
tp, pameran ni perlu menggunakan tsuru sbgai bahan utama
pandai2 lahhh ikot kreativi korg nk guna tsuru tu sbgai apa
ad yg buat mesin jahit, alat pengesan jenayah lahh.
mcm mcm lagi lahhh

huhu
fasa 1 2 3 dah habes cerita
ehh
jap
lupa
setiap fasa tu ada lagu tema sendiri
mcm fasa 1 n 2, lagu tema dy hijau-zainal abidin n senyum-najwa&malique
fasa 3 pulak lgu gemuruh-faizal tahir n jalur gemilang
sebelum kelas start, waktu rehat, habes rehat lagu lagu tu akn berkumandang lahhhh
and AND paling penting
dalam setiap fasa tuhh, ktorg ada perjanjian bersama :)
perjanjian tu x boleh langgar taw!

oh ye, lupa pulak, kelas cb ni setiap pagi dari jam 0830 hingga 1230
kadang2 sambung petang dari jam 1430 hingga 1630
tp kelas petang x selalu lahhh
n pakai pakain no 2!
baju kelas :)
oke, smpi sini je kot chapter 2
to be continue utk aktiviti fizikal pulakkk!

p/s: kelas cb ni xd semangat kompeni ehhh ! haha!
 p/s: gmba ad, tp malu lah nak upload. haha. tp kalau ada permintaan ak letak :)

the story of us, PLKN-ians

assalamualaikum w.b.t :)
apa khabar semua ?

selepas seminggu tamat latihan, saya selaku wirawati pencen, nak share la sikit cerita dan pengalaman kat sana :)

the PLKN 

hurmmm. act x tahu nak start cerita mcm mana. so, sorry kalau x menarik :)
oke, start

kami mula latihan pada tanggal 2 Januari hingga 13 March
ada la dalam 71 hari 

tapi bukan semua pergi 2 jan. ada yg pergi 3 jan, n yg pergi 4 jan pun adaaa.

hari pertama,
ktorg kena daftar, amek cadar, amek baju dari logistik, isi borg BSN n macam2 lahhh.
time tu jugak ktorg di pecahkan mengikut kompeni.dorm ktorg ikut kompeni.(kompeni tu mcm rumah sukan) 
Ada kompeni Alpha(merah), Bravo(biru), Charlie (kuning) n last Delta( hijau)
oke, ak dpt kompeni charlie. heeee

sejujurnya, masa hari pertama, lepas daftar, ak call thaiyibah hamdan nanges2. heee
panik kottt, yelahh first time kann. msok2 dorm je tgk ada melayu cina india. time tu la ktorg bz mcg kwn maahd dr kem lain, tanya pasal aurat apa semua. 

oke, kemas brg apa semua, kotrg kena prgi dewan.
dekat dewan kotrg duduk dlm kompeni. tp asing lah lelaki n perempuan :))

hari pertama, mcm biasa lahhh. mesti ada briefing, 
kenalkan nama kompeni, 
kenalkan jurulatih fizikal,
kenalkan jurulatih multiskill,
n plg pntg, biasakan dgn gelaran WIRA & WIRAWATI.
(jujur ak ckap, mula2 masok ak asek tersebut putera n puteri jeppp haha)
ouhhh x lupa jugakk,pengenalan kepada pakaian.
ada pakaian no 1, iaitu pakaian PT (physical trainning)
selaur track suit, tshirt, kasut sukan
pakaian no 2, iaitu baju2 ala koperatu gituu, guna time pergi kelas,dgr ceramah,solat jumaat, pergi chruch, etc
seluar slack, baju kemaja, kasut kulit
pakaian no 3 pulak uniform yg kami bangga bangga kan
baju celoreng, inner celoreng, hard belt, beret, spike boot
n last pakaian no 4 iaitu half loreng
tshrt PT, seluar loreng spike boot, cap

then malam tu, kami diberi taklimat pasal layout dorm
mcm, dorm kena kemas
katil kena tegang
bantal kena sama
selimut kena sama
kasut susun bwh katil siap ada cara tersendiri lagi utk susun
even susunan dlm locker pun diajar :DD

malam tu, plg pntg, perlantikan ketua
segala jenis ketua lahhh
ketua keseluruhan
ketua wira
ketua wirawati
ketua kompeni
ketua dorm

oke, hari kedua
bermulalah latihan kami.
jam 0630 kami berkumpul di dataran dan siap sedia
bermula dgn, semua jenis ketua jalankan tugas.
mula2 ketua platun amek kekuatan
then lapor kat ketua kompeni
pastu ketua kompeni lapor kat ketua wira bg wira n ketua wirawati bg wirawati
lpas tu mereka berdua akan lapor pada ketua keseluruhan.
last skali ketua keseluruhan akan pergi lapor pada ketua jurulatih fizikal.
habes lapor, nyanyian lagu negaraku dan wira wirawti negara
kemudian bacaan ikrar dan last sekali bacaan doa.

situsi & arahan yg diberi mcm ni
ketua platun :
platun, platun sedia (satu)
ke kanan lurun, (satu dua, satu dua)
pandang depan (satu)
dari kanan number
platun, senang diri

ketua kompeni:
 ketua ketua platun, kehadapan saya gerak!

ketua platun : platun, platun sedia!
 ketua platun jalan kearah ketua kompeni.

situasi antara ketua platun dan ketua kompeni 

KP1: selamat pagi wira/wirawati
KK: selamat pagi wira/wirawati
KP1: kekuatan charlie 3 seramai 25 org, semua hadir
KK: terima kasih wira/wirawati
KP2 : kekuatan charlie 4 seramai 22 org, semua hadir.
KK: terima kasih wira/wirawati

ketua kompeni : Ketua ketua platun ke tempat masing masing gerak!
jalan ke dpn pltun msg2.

ketua platun: platun, senang diri!
(satu!)

ketua kompeni: wirawati charlie, baris, baris sedia!
(satu!)
KK: semasa saya melapur, tiada sebarang pergerakan atau percakapan. faham wirawati charlie ?
kompeni: faham wirawati.

ketua wira/wirawati :
ketua ketua kompeni kehadapan saya GERAK!

 KK1; selamat pg wira/wirawati. kekuatan alpha seramai 45 org, semua hadir.
KK2: selamat pagi wira/wirawati, kekuatan bravo seramai 46 org, yg hadir cuma 44 org, 1 mc, 1 cuti
KK3: selamat pagi wira/wirawati, kekuatan charlie seramai 47 org, semua hadir
KK4: slmt pg wira/wirawati, kekuatan delta seramai 47 org, 43 hadir, 4 duty
KW: terima kasih wira/wirawati
ketua ketua kompeni ke tempat masing2 gerak!

KK: wira/wirawati ..... senang diri!

KW: wira/wirawati baris, baris sedia!
selamat pagi wira/wirawati
W: selamat pagi wira/wirawati
KW: Salam 1 Malaysia!
W: Malaysia BOLEH! (sambil tangan diangkat)
KW: semasa saya melapor, tiada sebarang pergerakan atau percakapan. faham wira/wirawati ?
W: faham wira/wirawati!

K KSLRHN : ketua wira, ketua wirawati, kehadapan saya gerak.

KWira: slmt pg wira, kekuatan pelatih wira seramai ..... semua hadir.
KWirawati: Slmt pg wira, kekuatan wirawati seramai .... yg hadir cuma ..... 1 mc,1 cuti, 4 duty

KKSLRHN: trmksh wira wirawati. ketua wira, ketua wirawati ke tmpt msg2 gerak!

KW: wira/wirawati baris, senang diri!

KKSLRHN: pelatih, pelatih sedia. 
selamat pagi cikgu cikgu
selamat pagi wira dan wirawati
salam 1 malaysia
Semasa saya melapur, tiada sbrg pergerakan aktau percakapan. faham wira dan wirawati ?

kemudian, ketua keseluruhan berjalan ke arah ketua jurulatih.
KKSLRHN: slmt pagi ckgu. Program latihan khdmt negara kump 1 siri 8 2011 dgn kekuatan seramai ..... yg hadir .....

 habes lapor kat kj, ketau bg arahan senang diri.
selesai ambil kekeuatan. fuhhh ! haha

kemudian arahan dr ketua jurulatih utk mulakan perhimpunan pagi.
KJ: pelatin petih sedia.
rapat tumit, kepala langut ke bendera supaya timbul rasa cinta pada negara
kumpulan bendera ambil tmpt!
(kmpln bndra terdiri drpd 3 bngs, melayu cina india. mereka berlari ke arah bndera utk upacara naikkan bndra dan nyanyian lagu negaraku dan wira wirawati negara)
MC: seterusnya bacaan ikrar
KJ: UP!

PELATIH BERTUGAS:
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan
KJ: DOWN!
KJ: masuk!
(kmpln bndra & pelatih bertugas masuk barisan semula)

MC: seterusnya diakhiri dgn bacaan doa.

oke habis je perhimpunan pagi, bermulalah PT pagi.
kadang kadang ada senam seni malaysia
senam robik
larian kem
latihan kawad
n mcm mcm lg lahhhh

aktiviti pg start dari jam 0630 hingga 0730 :)
then baru breakfast n siap siap utk ke kelas :DD

hurmmm
sampai sini dulu utk chapter PT PAGI
nnti ak smbg lagi
haha

p/s: sorry, cerita ni semua pasal pglman ak, harap korg enjoy baca. kalau bosan ckap taww!







Sunday, February 20, 2011

Senarai Biasiswa ;)


memandangkan result SPM yang dah makin dekat nak kelua ni, mesti ada antara kita yang duk fikir dan carik pasal biasiswa pendidikan kan? 
walaupun taktau lagi result kite tu ghupe cemaner, tapi apa salahnya kite godek-godek dulu senarai biasiswa yang ada kat mesia ni haa.

1. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)


Biasiswa JPA ini boleh dimohon dalam masa 7 hari selepas result SPM diumumkan. Untuk JPA dan MARA, anda hanya boleh mohon salah satu sahaja dalam website eSILA. Biasiswa JPA 60% untuk bumiputera dan 40% untuk bukan bumiputera. Dulu interview JPA menggunakan dwibahasa, sekarang ni tak pasti la pulak ;)

Anda akan dapat 1 tajuk untuk dibincangkan dalam kumpulan selama 30 minit. Bahasa Melayu (15 minit) dan bahasa Inggeris (15 minit). JPA menawarkan 1800++ tempat setiap tahun.

Untuk tips-tips temuduga JPA, sila klik di sini.


2. Majlis Amanah Rakyat (MARA)


Nak mohon biasiswa MARA pun guna website yang sama untuk mohon JPA. MARA hanya untuk pelajar-pelajar Melayu dan Bumiputera sahaja. Interview MARA tak sama macam JPA. JPA interview secara berkumpulan manakala MARA interview secara individu, face to face dengan 2 orang penemuduga.

Ada course tertentu hanya ditawarkan oleh JPA seperti Farmasi. Tapi jangan bimbang, course-course lain seperti Medicine, Biotechnology, Engineering, Accounting dan sebagainya ditawarkan oleh JPA dan MARA. Cuma kadang-kadang konfius juga sama ada nak JPA atau MARA.

Katakanlah anda dapat  6A1 4A2 atau 7A1 3A2 tapi anda nak apply course Medicine. Anda disyorkan pilih MARA sebab dengan result yang anda dapat, susah untuk dapat JPA melainkan result anda 9A1 1A2 atau 10A1. Sama juga untuk course-course lain.
JPA dan MARA dua-dua ada kelebihan.
  • Peluang nak dapat MARA lagi tinggi berbanding JPA kerana JPA kena compete dengan semua orang tak kira Melayu, Cina atau India.
  • Kalau anda dapat JPA, anda memang dapat biasiswa walaupun keputusan tak cemerlang mana pun time degree. Kalau MARA, ada portion yang anda kena bayar kalau result tak cemerlang. Ini dinamakan biasiswa boleh ubah.
  • JPA anda terikat beberapa tahun dalam sektor kerajaan. Biasanya 6 tahun kecuali doktor terikat selama 10 tahun. MARA, anda bebas untuk bekerja di mana-mana sahaja even di luar negara sekalipun.
  • Jika anda memohon course Medicine, JPA biasanya menawarkan program twinning iaitu 3 tahun di Malaysia dan 3 tahun di luar negara. Kalau MARA pula, 5 atau 6 tahun di luar negara.
3. Petronas


Petronas ada tawarkan biasiswa untuk belajar di UTP atau di luar negara. Apabila dapat tawaran temuduga, anda harus mengikuti educamp selama 2 hari di UTP, Tronoh, Perak. Sepanjang 2 hari berkampung di UTP, anda akan menduduki English test (Grammar) di samping Science and Math test untuk jurusan-jurusan Sains (Engineering, Geology, Geophysics) dan Math test untuk jurusan-jurusan Business (Accounting, Economic, Finance).

Ada juga personality test untuk menguji kesesuaian anda dengan course yang anda mohon. Hari kedua, interview dalam kumpulan seramai 5 orang dan anda diminta untuk menyelesaikan satu permasalahan. Setiap orang diberi peranan berbeza dan kena bentang serta tegakkan hujah masing-masing. Interview Petronas sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.

Kalau dahulu, Petronas ada berpakat dengan JPA rasanya. Sesiapa yang dapat JPA tak akan dapat Petronas dan sebaliknya. Tapi siapa yang dapat MARA boleh dapat Petronas.
Untuk biasiswa Petronas, boleh mohon di sini.

4. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)


Sesiapa yang berminat nak jadi cikgu tapi nak ke luar negara, bolehlah apply biasiswa KPM. Setakat pengetahuan saya, kesemua pemegang biasiswa KPM dihantar ke UK. Bolehlah nanti tengok Man U lawan dekat Old Trafford.

Menurut rakan-rakan saya, anda akan buat degree di UK selama 3 tahun dan balik Malaysia untuk buat program pendidikan selama  1 tahun. Syarat untuk fly ke UK, mestilah mendapat 10 mata ke atas dalam peperiksaan A Level.

Saya pernah terbaca satu syarat untuk memohon biasiswa KPM ni iaitu tidak boleh menerima apa-apa tawaran lain. Tapi saya perjelaskan di sini, anda mohon saja. Tak semestinya anda mohon KPM, peluang anda untuk dapat JPA terus tertutup.

5. FELDA


Biasiswa FELDA terbahagi kepada dua iaitu untuk anak-anak FELDA sahaja dan juga anak-anak selain FELDA. So sesiapa pun boleh mohon kalau terasa nak mohon. Semua course boleh dimohon. Borang permohonan boleh download di website Felda Holdings nanti. Tapi bukan sekarang, sekarang tak keluar lagi.

6. Yayasan TNB
7. Yayasan TM
8. Yayasan Khazanah
9. Yayasan UEM
10. Sime Darby – untuk trial SPM sahaja
11. Bank Negara Malaysia (BNM)
12. Permodalan Nasional Berhad (PNB)

Sila cek website-website untuk semua biasiswa ini selepas keputusan SPM dah diumumkan. Saya nasihatkan anda semua supaya rajin-rajinkan diri untuk membaca newspaper terutamanya Berita Harian dan Utusan Malaysia supaya tak terlepas iklan-iklan biasiswa itu nanti sebab kebanyakan iklan tersebut hanya disiarkan di surat khabar.

Ada juga yayasan atau kerajaan negeri yang menawarkan biasiswa seperti Yayasan Terengganu dan Kerajaan Negeri Sabah. Jadi, anak-anak Terengganu dan Sabah bolehlah mohon dengan syarat tidak mendapat apa-apa tawaran biasiswa lain.

***
sumber : dekat sini

sumber lain : dekat sini pun ada

;)


Program Pecutan Awal (PPA)

Alhamdulillah, selesai sudah semuanya. 

bermula dari 18 Februari hingga 20 Februari 2011, Alumni SMKA Maahad Hamidiah SPM 2010 & PMR 2008 telah berjaya mengendalikan Program Pecutan Awal bagi adik-adik tingkatan Tiga 2011.

Terima kasih untuk semua yang menyumbang tenaga, masa dan wang untuk program ini. Tak lupa juga, minta maaf bagi segala kekurangan dan masalah yang timbul. Jadikanlah masalah-masalah yang datang ini, sebagai satu alat untuk mematangkan diri kita nanti ;)

Akhir kata, enjoy the pictures (tak banyak mana pun. tunggu photographer jemputan bagi) :)

diharap, usaha yang sedikit ini, dapat membantu adik-adik untuk mendapat kejayaan cemerlang dalam PMR akan datang.
dan diharap usaha ini, dihitung Allah hendak-Nya
:)

kami sudah jadi alumni !

kami sudah jadi alumni !