Pages

Friday, August 21, 2009

bertemu RAMADAN.



assalamualaikum,
semoga kalian diberkati pd bulan yg penuh barakah ini. insyaAllah.

Alhamdulillah..
finally, Allah temukan kita dgn bulan ramadan yg penuh dgn kerahmatan ini.
kat sini nk wish,,
selamat menyambut ramadan al-mubarak.

semoga kita dapat menambah amal ibadat dan diperkuatkan keimanan.
semoga dipanjangkan umur dan diberikan kkuatan untuk melalui jalan2 spnjg ramadan ini.
harap2 ramadan thn nih adlh ramadan yg the best ever!
insyaAllah.
same2la lakukannya.
banyakkan berdoa.
doakan untk org len juga ye.
untk kwn2 jgn lupe.
n ofcoz for islam dan umat islam, for parents, teachers, relatives, family, school n the others.
semoga Allah mendngar dan memakbulkan doa kita.
klu tak mkbul pun, kita akn dpt ganjarannya di akhirat kelak.
thats His promise.
kedatangan lailatulqadar amatlah ditunggu2kn.
harap2 kita dpt bertemu dgn malam itu.
mse nh jugak lah kita practise utk kurang lakukan bnde2 tak baik n lagha.
bkn hanya utk bulan nh, harap dpt lakukan secara consistant.
insyaAllah..

sedikit tazkirah,,

KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.


p/s: tazkirah utk diri sndiri jugak. si penulis adlh insan yg lemah dan cetek ilmunya. harap maap klu ade yg salah. yg baik dr Allah, yg buruk itu dtg dr diri sy sendiri.

wallahu'alam. assalamualaikum..

poor THEM :(

assalamualaikum

Maahad bumi Ulama'

seramai 2 org telah di sah kan positive H1N1

innalillahiwainnalillahiraji'un

cikgu saniah dan abdullah fakhry

ta sgke sbnarnye

ap ap un

mari kita sama sama doakan kesihatan mereka

agar mereka berada dalam kesejahteraan dan sentiasa di lindungi-Nya

amin~

Saturday, August 15, 2009

photography sesion.





4 Ibnu Sina
PN SHARIFAH DAN PN ROHANI
KT- DIAK aka DIAZ
PKT- SYAZANA aka SYAZ
the one and only class yg pure mahiss.
kelas yg plng banyak pertukaran pelajar.
first time, kelas ibs dlm maahad yg jenis active, salunye diam membeku.
ptrenye jenis yg senyap kot and ske menggelarkan diri mrk kumbang 8.
and puterinya jenis yg bising dan mmg x leh katup mulut. mereka ini bunga 22 ke?

***********************************




4 Ar-Razi
KT- HAZMI aka JIMMY
PKT- dulu PINA, skrg?
kelas tersenyap di dunia. hiperbola*
klau lalu sebelah kelas nh, mmg mcm xde org.
sunyi.sepi.senyap.
even kelas ke2, mrk pandai2.
slamat dtg ke ibs lah next year!
ptrenye, ske melepak kat tandas.
ptrinye, syp sgt!

*******************************







4 Al-Ghazali
PN PAZILAH
KT- IMRAN aka IMCOP
PKT- HIDAYAH aka DAYAH
ghaza, ini bukan gaza palestin.
kelas account satu-satunya.
ptrenye, suke menghilang.
ptrinya, erm penjage kelas kot.
mrk tak amek physics, chem n bio yg mnjadi kegemaran kls sc.haha.

********************************


4 Ibnu Rusyd
PN ROHAYATI DAN CIKGU AFZA
KT- IZZUDIN aka BOB
PKT- THAIYIBAH aka THOBA
kelas yg ramai plajar baru.
kelas hujung sebelah tandas yg mnjadi port lepak bdk ptre.
ptrenye sntiasa brgerak scr segerombolan.
ptrinya, klu syp, syp sgt, yg bsng, bsng sgt la plak.

***************************************


4 Al-Khawarizmi
PN HAZIDAH DAN PN THURAIYA
KT- AKMAL HAKIM aka AJ
PKT- INSYIRAH aka INSYI
kelas nh, even klas ke4, mrk ttp pandai2.
ptrenye, agk kebudak-budakan. bukan aku kate*
puterinya, kkdg bising jugak.




itulah gambar2 sesi photography 2009.
tp dlm mustaqim nt lain la siket gambarnye.
lg elok n cantik. tgu je la.
sesi bergambar thn nh cam agak lmbat la.
cuaca tyme uh panas gile.
smpai gelap mke bdk2 kelab media esp f4 la. haha.
thnx a lot to cg salwa n cg hamidah.
and big credits to kelab media- kak una, fashli, amzar, hazmi, natsir, eza, najah, skin, fifa, amie dan maya.
thnx to hamidianz 4 all the coperation.

Friday, August 7, 2009

H1N1?

assalamualaikum..
Semoga kalian terhindar dr wabak nh..semoga sentiasa berada dibawah rahmatNya dan lindunganNya..insyaAllah, amin..

H1N1
isu yg sgt hot skrg nh. ramai btol da terkorban. stakat hari nh dah 14 kematian klu x salah la.
maahad stakat nh, alhamdulillah xde yg kne. tp byk khabar angin dgr ad plajar da kne. hari nh plak dgr ade dak ptre f3 positive H1N1. menakotkan je. tp sanad dan matan nye x cukup sahih. nh kire dho'if nh. x leh diterima. QS la plak. haha.

tp..
ramai sgt la yg demam, selsema, batuk la. bhye nh. ramai da berjangkit2.
ade satu yg best, sbb yg demam2 uh boleh balek. fuh, mmg ramai la yg balek. stiap hari, ade je yg saket. kire da agk teruk da nih. blom kne pakai mask je. sk len ad yg dah kne. yg tutup un da byk. ble la mhd nk tutup en? mst best bleh cuti! tp, ble2 pk blek, jgn la ad yg kne, saket dy perit sgt ble kne. nauzubillah~

oleh sbb itu..
sume dak asrm dibenarkan balek mngu nh. sbb ramai sgt yg demam. so, spe yg demam2 lg uh xyah balek asrm. dah sehat bru balek ye. cuti la korang puas2. yg x demam, jgn nk ngade2. haha. bersyukur la da kasi blek mngu nh. jgn nk lbeh2 plak. ade yg balek umah ari khamis da. jgn r amek kesempatan. Allah akn tambah nikmat pd org yg bersyukur. ingat tuh.

hrp2, antare kite xde la yg kne. jge la kesihatan baik2. bak kate ustz ngn ust kat sk, nh adlh kemurkaan Allah kat kite hambanya yg banyak melakukan dosa. astaghfirullahalazim.. cara nk hindarkn nya adlh dgn tambah amal soleh. moga2 kita dpt same2 lakukannya.

byk2kn berdoa agar bala ini tidak terkene kpd kita dan negara kita dan umat Islam bebas dr wabak nh. insyaAllah..

bce doa nh..
"Bismillah hillazi la yadurru maa'smihi, syai' un fil ardhi, wala fissama i,wahuwassami u'l a'lim"

doa tolak bala

maksudnya: segala puji bagi Allah yang menyelamatkan aku dari apa yang ia memberi percubaan dengan sesuatu dan ia mengutamakan aku dari banyaknya makhluk.

ameen..
insyaAllah.. Allah akan lindungi kita.

wallahua'lam~

by.sk
Do



ari apa yang ia memberi percubaan dengan sesuat dan ia mengutamakan aku dari banyaknya makh

dah lame tak ziarah kot.

Assalamualaikum semua..
semoga kita dipanjangkan umur untuk bertemu dengan bulan ramadan al mubarak..insyaAllah, amin..

Sorry sgt sbb xde new post bbrp mnggu nh. mnggu ke?bulan kot. ktrng bz r ngn EDI dan exam. haha. bajet. aku un dah lame tak ziarah blog nh. insyaAllah..nt ad post baru kot.

M.A.K
alhamdulillah..
akhirnya rayuan dan tangisan kita membuahkan hasil..
finally ckg2 benarkan bdk2 yg da keluar amek hadiah skali..
wuuhuu!
best sgt dpt jumpe dorang..
thanx to Allah.
doa kite utk bertemu termakbul jugak..
yang x dpt dtg uh jgn sedeh..
ad mse nt kita jumpe yeh!
ukhuwah fillah abadan abada..

act, MAK da lme da..tp bru tringt nk tules sbb da ngamuk2 kat bwh tuh en..kne la bg tw yg mrk2 semua tuh dpt dtg..

wassalam
by.sk


kami sudah jadi alumni !

kami sudah jadi alumni !