Pages

Sunday, August 4, 2013

Cerita dari Alex

بسم الله الرحمن الرحيم

Mesir adalah antara tamadun dunia terawal yang mencapai tahap ketamadunan yang cukup hebat dan menakjubkan. Semua orang maklum. Mungkin pernah tengok National Geography, Discovery Channel, atau Jejak Rasul sementara menunggu waktu berbuka, atau pernah tengok The Mummy masa kecil-kecil dulu. Atau mungkin ibu atau ayah, atau ustaz pernah cerita sejarah Nabi Yusuf, Nabi Musa dan Firaun, atau Qarun dalam al-Quran. 

Pengalaman kami berada di negara orang selama dua tahun bukanlah sesuatu yang uncommon. Biasa sangat. Kalau tak kita pun, pasti ada keluarga atau kawan-kawan kita yang pernah ke Mesir. Dan kita yang di sini takkan betah dari bertanya,

"Macam mana Mesir?"

"Mesir begitu begini macam itu macam ini..." banyak pengalaman hidup dan ibrah yang boleh diceritakan bila kita berada di tempat asing. Bukan saja Mesir, malah di mana-mana jua kita berada, sekalipun di dalam komuniti kita sendiri, dengan syarat kita sendiri perlu bergerak dari kebiasaan.

"Air yang tidak mengalir akan busuk, begitu juga manusia"-quoted



Alexandria (baca Iskandariah/Alex) insight
credits to google

Iskandariah adalah merupakan bandar yang kedua terbesar di Mesir, dengan populasi seramai 4 juta. Sesiapa yang sempat bersiar-siar di kota Iskandariah pasti akan mengaitkan dengan sejarah Greek dan Rom melihatkan pada tinggalan binaan-binaan orang Greek dan Rom serta kesannya pada tulisan dan budaya masyarakat di sini. Kesan dari kolonialisasi barat terutamanya Perancis turut memberi impak kepada rakyat Mesir, khususnya Iskandariah sebagai bandar pelancongan. Kerana itu jangan hairan sebahagian mereka juga fasih berbahasa Perancis. 


syukran google

Bila sebut sahaja Alex most people would say,

"Yang kat tepi laut tu?" Yup.

"Yang lawa tu kan?" Bolehlah.

"Bolehlah makan seafood di Alex. Mesti murah kan?" Haha.

"Iskandar Zulkarnain dok situ ke?" Tak sure. Dok rumah dia la.

"Cairo jam teruk, Alex okay sikit" Ye kot.

"Cairo panas, Alex kuwaiys (good), windy gitu" Ofcos lah.

"Cairo kotor, Alex kurang sikit"

Tersembur jus oren.


Setiap tempat ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Bahkan Kaherah itu tempat berdirinya al-Azhar, pusat keilmuan sejak 1000 tahun yang lalu. Kos hidup di Cairo dan Alex juga lebih tinggi berbanding muhafazah lain yang masih belum rancak dengan pembangunan. Dekelilingi tanaman pertanian, desa yang damai dan minimum pencemaran seperti Tanta dan Mansoura pastinya membuat hati lebih tenang untuk belajar. Bagi mukmin, segalanya rahmat dari Allah. Aman.


University Of Alexandria- Faculty of Medicine



Universiti Iskandariah (sebelumnya dikenali sebagai Farouk University) diasaskan pada tahun 1938 dan ketika itu hanya wujud 2 fakulti, Undang-Undang(كلية القانون) dan Seni (كلية الآداب). Kemudian pada 1942 baru ditubuhkan fakulti-fakulti yang lain termasuklah Perubatan (كلية الطب). Pada tahun 1951 ditukar kepada nama Alexandria University.

PELAJAR SAINS KESIHATAN DI ALEX

Universiti Iskandariah beberapa tahun lalu telah membuka Fakulti Farmasi dan Pergigian kepada pelajar Malaysia sehingga hari ini, dan bilangan mereka masih dikira minoriti dalam masyarakat pelajar.

Pelajar Malaysia dalam bidang Medik yang datang ke Alex terdiri daripada pelajar tajaan dan bukan tajaan.

Tajaan yang datang dari Malaysia ialah MARA dan yayasan negeri. JPA hanya memberi tajaan selepas pelajar membuat permohonan. Namun diberitakan MARA sudah tidak akan menghantar pelajar Perubatan lagi ke Mesir, diyakinkan lagi dengan bilangan pelajar Medik yang dihantar sesi 12-13 tidak ramai, dan kebanjiran HO di Malaysia. Wallahua'lam.

Palajar yang datang tanpa tajaan pula sama ada datang sendiri melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ataupun melalui ajen seperti MedicMesir, QAS, GMN, AQ dan lain-lain. Kebanyakan pelajar ini akan memohon MARA/JPA/zakat dengan menghantar permohonan serta keputusan peperiksaan kepada pihak berkenaan.

AKADEMIK

Pelajar Malaysia Fakulti Perubatan akan menghadapi 6 tahun degree penuh dugaan, (3 tahun pre+ 3 tahun clinical). Program yang kami ambil dipanggil IUMP, International Undergraduate Medical Programme. Pembelajaran dijalankan dalam bahasa Inggeris dengan sedikit tersasul Bahasa Arab. Kebanyakan profesor dan doktor adalah lepasan PhD dan Master dari Uni Alex sendiri ataupun luar negara seperti Amerika Syarikat. Sistem pembelajaran kami pula ialah integrated system, dimana setiap tahun dibahagikan kepada 2 semester. Setiap semester akan ada beberapa module yang akan dipelajari. Integrated System ini bermaksud, bagi setiap module kami akan belajar menggabungkan beberapa subjek yang berkaitan dengan module tersebut. Contohnya module CNS(Nervous System), kami akan belajar Physiology, Histology, Anatomy, Microbiology, Pharmacology, Parasitology dan Pathology bagi Nervous System. Begitu juga bagi module-module lain. 

Setiap module akan ada End of Module (EOM) Exam dengan End of Semester Exam (EOS). EOM berbentuk soalan MCQ manakala EOS berbentuk MCQ + Essay, serta Practical exam. Bagi setiap sem ada juga assigment secara berkumpulan.

Bagi pelajar yang tidak pass paper tertentu, dia perlu mengulangi paper tersebut, dan sekiranya pelajar ini masih gagal, dia tidak dapat masuk ke tahun clinical dan perlu repeat year bagi paper-paper yang dia gagal.

Ini adalah sistem IUMP secara ringkas.

Mouassah Hospital-Our beloved faculty



bangunan universiti mouassah dari pintu masuk





 fakulti dari pintu masuk utama.

fakulti pra dan klinikal di tempat yg berlainan. semua gambar yg dipaparkan adlh fakulti perubatan pra-klinikal.

kafe mouassah menyediakan makanan/minuman dgn harga berpatutan

university lobby

computer lab. macam tak pernah masuk.
lab untuk practical class dan exam

our practical class, this is where a group of 30-40 students will have focused discussion on certain topics 
lecture hall

satu-satu masa boleh memuatkan 100-120 orang
credits to akh Amirul Asyraf (Yo) for the pictures.

Alhamdulillah, saya dan sahabat-sahabat medik warga MH batch 93 Alex akan meneruskan perjuangan memasuki tahun ke-3 bulan Oktober ini. Pohon doa segalanya berjalan lancar melihatkan situasi semasa di Mesir yang bergolak dan masa depan pelajar Malaysia di Mesir menjadi persoalan. 

Menjadi harapan kita bersama agar legitimasi dikembalikan, demokrasi diletakkan pada tempatnya, yang haq dimenangkan dan yang batil itu dikalahkan. Sama-sama kita titipkan doa yang buat umat Islam di Mesir, Syria, Palestin, Malaysia dan di seluruh dunia. Ameen.

P/S: Saya teringat janji nak tulis update batch kita di Alex kan, nah saya tunaikan. Maaf jika terlalu ringkas, terkurang atau terlebih. Harap secubit usaha ini ada manfaat untuk semua. 

Salam Ramadhan.
Moga Allah menerima amal kita.
Wallahua'lam.


4 Ogos 2013
26 Ramadhan 1434

Saturday, February 16, 2013

under construction :)

Assalamu'alaikum 

Maaf ye. Blog under construction. :)  

Friday, April 6, 2012

hari KEUSAHAWANAN

a-must-held event : Pertandingan Kawad Kaki dan Hari Keusahawan on this 29 April. 

wahhh best nyaaaa ! jum pergi jummmm. heee. jum lahhhh. kita pergi sokong unit uniform masing masing. opss maksud aku ex-unit uniform. haha. 

and Farah Aimi ada bagi cadangan apa kata kalau kita bukak gerai under batch 2010 ? heee. brilliant idea ouhh. jum lahhh joinn ! bukan selalu kannn. Alang alang tuhh boleh reunion secara kecil kecilan. boleh berjumpa junior kesayangan kalian jugaaaa. heee.

if anything just join discussion dekat group SPM 2010 ehh. kot kot lah korg ada idea ke, cadangan keee. nak join keee, nak sponsor keee. :PP heeee. join je bagi bagi comment dalam group tu ehhh. jangan takut jangan segan jangan ragu. we wont bite ! haha!  

who wants to be the FACILITATOR ?


as usual lahh, our beloved school will held a beautiful program for us the alumni and for the juniors. it called KEM SOLEH.

apa tu KEM SOLEH ?

Program Solidarity Leads Harmony 2012 (SOLEH’12) merupakan program tahunan yang dilaksanakan dengan menampilkan barisan urusetia dan fasilitator yang terdiri daripada bekas-bekas pelajar SMKA Maahad Hamidiah yang sedia kembali menabur bakti kepada sekolah.

Program  yang bertemakan “Keperibadian unggul Rasulullah ikutan terbaik” berhasrat untuk memberi kesedaran pada umat zaman sekarang khususnya kepada golongan remaja yang sedang meningkat dewasa, bahawa Rasulullah adalah contoh yang terbaik sebagai ikutan bagi mereka yang bergelar muslim.

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan Dia banyak menyebut Allah”.  (Al-Ahzab: 21)

Sejajar dengan misi dan visi sekolah untuk melahirkan generasi terbilang serta menjana potensi individu, program ini juga menerapkan 10 ciri-ciri individu muslim (10 Muwasafat Tarbiyah) yang digariskan oleh As-Syahid Hassan al-Banna sebagai bekalan kepada pelajar tingkatan dua untuk mengukuhkan jati diri individu muslim sekaligus  mempersiapkan diri untuk berhadapan dengan cabaran dunia tanpa sempadan agar mereka sentiasa maju kehadapan.

Berbekalkan pengalaman para urusetia dan fasilitator yang telah menempuh cabaran berada di luar alam persekolahan, kami rasa bertanggungjawab untuk berkongsi pengalaman dan  mencurahkan sedikit ilmu yang ada kepada  pelajar  tingkatan dua dengan membawa konsep program yang bersesuaian dengan jiwa dan keinginan remaja zaman sekarang yang tidak lari dari batas-batas yang telah ditetapkan. Kami juga ingin bersama  menggalas cabaran membantu para pendidik di SMKA Maahad Hamidiah dalam mendidik generasi akan datang, secara rohani dan jasmani.

TEMAKeperibadian unggul Rasulullah ikutan terbaik

AKTIVITI-AKTIVITI PROGRAM
Aktiviti-aktiviti program menerapkan 10 Muwasofat Tarbiyah:
  1. Salimul ‘Aqidah  (Aqidah yang sejahtera)
  2. Qawiyul Jismi (Sihat tubuh badan)
  3. Sahihul Ibadah  (Ibadah yang shahih)
  4. Matinul Khuluq (Akhlak yang mantap)
  5. Mutsafaqul Fikri (Luas pengetahuan)
  6. Munadzam fi Syu’unihi (Tersusun urusannya)
  7. Haritsun ‘ala Waqtihi (Sangat menjaga masa)
  8. Nafi’un li Ghairihi (Bermanfaat pada orang lain)
  9. Qadirun ‘ala Kasbi (Mampu berdikari)
  10. Mujahidun Linafsihi  (Melawan nafsu)

copy paste from group Solidarity Leads Harmony :DD

bila kem soleh ni ?


Tarikh: 6-8 Julai 2012
Masa : 5.00ptg jumaat-4ptg ahad

dekat mana kem soleh nihhh ?

Tempat : SMKAMH terchentaaaaa ! 

lagi pasal kem solehhh ?

> Tempat penginapan, makan & minum fc disediakan..
> menambah pengalaman diri..
> finally, u'll gain sth from SOLEH'12 =)


EHEEE ingat lagi tak memori manis kita ketika menjalani program KEM SOLEH ?

oke jumm flash back !
actually nak letak gambar tapi dah godek godek tak jumpa lahhh. gmbr kem soleh semua kat friendster.sy lupa fs punya email password semua =='' almaklumlah zaman dahulu kala main fs jeee. hikhikk

emm banyak sangat aktiviti kita buat time kem soleh kannnn?
tak silap time tu kita f2, semua malu malu lagi antara putra and putri. tak matured kannnn. hee.
antara aktiviti yang masih jelas di memori ini ialah kita sambung sambung staw sampai jadi bngunan yang tinggi dan kukuhhh. hekhekkk. group aku jambu air, member group seingat aku lahhh aku sendiri, maya iradah, afnan basir, amir arief, farhana rakbi, sakinah, fatin athirah, aqeela talib, amirah idris ada ke ?and sape sape ntah tak ingat lohh, sorry. banyak lagi yg kita buat, treasure hunt! oke time tu baru kitorang tahu suara shahrul sedap. hhaha :PP sebab ada task kena azan and he did it ! time tu ktorg semua whoaaaaaaaa. teruja sebentar. hekhekk. and selain kem soleh benda yang paling best ialah main bom air uhhh. kita dulduk dalam group, time tu kat dataran pengetua, semua kumpulan dibekalkan dengan baldi yang berisi belon air. main attack semua group. ada lagu, tak silap macam ni jambu bom jambu bom jambu bom tu oren bom. kot lahhh. ingat ingat lupa ouhhh. HAHA. hoo best gila game nihh, main curi curi belon org, tak cukup belon , air longkang pun bolehhhh. HAKHAKK. nite walk ada ke tak ehhh, tak ingat lahhh. time LDK pun tak ingat sangat, tapi kalau tak silap kita ada main game yang guna mancis kannn ? heee. lupa la wehh, da tua kannn. HEEE. oh yeee ! kalau tak silap barang amanah kita spaghetti. pandai pandai lah jaga, jangan kasi patah sudahhh ;)

tu je kot memori semasa kem solehh. fun riteee ?

so apa kataaaa kita bagi memori yang sama nutuk adik adik junior maahad.
why not we give a hand and try to contribute something untuk sekolah.
ada org cakap mcm ni ' errr aku pun tak cukup soleh ada hati nak jadi fc'
it is okayyy kalau tak cukup soleh, atleast kita boleh gain experience and learn something rite ? ;)
kalau still rasa macam tak layak jugak, apa kata rajin rajin kan diri pergi jenguk jenguk kot kot ada yang kita boleh tolong ke kannnn. heee

so kepada siapa siap yang berminat, boleh lah anda menghubungi FARAH AIMI RAZAK di fb atau pun mcg dia terus. heee
terima kasihh :)
jumpa anda di KEM SOLEHH. insyaALLAH.

ehemm ehemmm

check 1 2 3
ehemmm !
dah bersawang dahh blog ni. 
nasib baik takde hantu jee heeee.
so memandangkan tengah holiday jadi saya rajin rajin kan diri ini meng-hap-date blog ni.
musykil jugak kalau blog ni still ada readers. heee
eh ehhh before that

ASSALAMUALAIKUM WBT

kaifa haluka antum wa antumna ? *berkarat dah arab aku,sorry*
lamaaa tak dengar kabau heee

kami student UiTM sedang sibuk bercuti :DD
so baik manfaatkan masa sebaiknya, kalau rajin kerja part time kalau tak duk rumah lipat kain kemas rumah masak etc etc :PP

dengar dengar pelajar matrikulasi bakal menghadapi final exam ehh ? and and bakal menamatkan pengajian kannnn ? hoho
ALL THE BEST & BITTAUFIQ WANNAJAH 
take care lah dah nak dekat final nihhh, jgn stress sangat, jaga makan, jaga solat!
ehhh share lah UPU korg mintak mana ? hee. choose wisely okeee ;)

and same goes to UIA students!
korg pun dah nak final kannnn?
GANBATTE KUDASAI ! ALL THE BEST ! BITTAUFIQ WANNAJAH 
korg boleh buat punyaaa. kamu semua kan hebat hebat ^^

and and for student(s) UNITEN, kalian dah nak habes foudation kan this may ?
wahhhh jeles ouhhh. orang melaka cakap cepat nau haa habes belajaunyee. hekhek
tahniah tahniahhh. cepat amek degree cepat boleh kawen. tak gitu keee ? heeee :DDD

and and and for those yang tengah buat preparation nak fly oversea tuhh 
ALL THE BEST !
jangan tension tension, biasa lah tuhh. time kat malaysia ni rasa sakit sikit nnti dah fly rasa sakit and best. go travel around the world ehh. bila dah tiba masa fly roger roger lahhh. boleh bye bye kat KLIA :DD

and and and and untuk semua ASASI UiTM
TAHNIAHHHHHHHHHHHHH AND CONGRATULATIONS !
anda berjaya menghabiskan pengajian peringkat asasi dengan jaya-nya InshaAllah :)
hammmboiiii 6 bulan cuti, pergi kerja lahhhh ! haha. 
and sama sama lah kita tunggu result end of april ni. *takut takuttt*
cepat amek degree cepat aku dapat invitations card. awww awwww :P
ehh dergree sambung mana ? hee

and and and and and mereka yang berada di oversea tuhhh ! wahhhh ! seronoknyaaa
kalian rajin rajin lah hapdate fb, tweeter,blog or apa apa je lahhh. kami teruja nak tengok gambar kalian di negara orang tuhhh. weeee :) oh yeee ! dengar dengar ramai nak balik malaysia tanah tumpah darah ku darah mu. roger lah ehhh. boleh kitorang sambut dekat KLIA InshaAllah :)

and and and and and untuk mereka yang tak unmentioned tu sorry ehhh saya tak tahuuu kabar berita kaliannn. sorry!

oke whatever it is, it doesn't matter where you guys studied always to the very very best oke ? we are students, we do same thing. we are learning rite ;) so take care of your iman and your health ! do well then :DD

 Reach high, for stars lie hidden in your soul. Dream deep, for every dream precedes the goal.

sorry penulisan ini seperti kelam kabut sikit and ntah apa apa, sorry !

kami sudah jadi alumni !

kami sudah jadi alumni !