Pages

Saturday, September 24, 2011

MATANG??belum lagi.Opss~

ya madrasati,uhibbuki <3
hal tuhibbuki?


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,
alhamdulillah,masih bernafsu rupanya diri ni nak update blog batch.Alhamdulillah.

Baru-baru ni kita telah digemparkan dengan berita bahawa SMKA Maahad Hamidiah telah dinobatkan sebagai salah sebuah sekolah kluster walaupun belumlah dipastikan kesahihannya dan tidak pula dihebahkan secara rasmi dalam media televisyen dan kementerian pelajaran.(Wallahu'alam kt mesir xde tv3,tv1 etc)

Benar atau tidak,bukan itu yang ingin saya kemukakan dalam pos kali ini,tetapi setelah melakukan sedikit pemerhatian terhadap hebahan ini dalam group SPM2010,dan beberapa group lain seperti PERAMAH dan SMKA Maahad Hamidiah,terdapat beberapa perkara yang dapat disimpulkan.Antaranya ialah:

1.Jelas,perbezaan umur membezakan kematangan seseorang.cth,komen2 dlm SPM2010.

2.Overall,ramai memberi respon positif terhadap penganugerahan sekolah kluster kepada SMKAMH.'Tahniah!!','Alhamdulillah^^','Alhamdulillah! Tahniah! Semoga anak2 didik Maahad juga berjaya diklusterkan, walau selepas bertahun2 meninggalkan Maahad.'

3. Ada juga yang memberi feedback berbentuk sinikal dan kebimbangan.crik sendiri~

4.Dan ada yang xtau kluster tu apa.Jujurnye aku pun x berapa nk faham dgn kluster nie,tp mesti ada kaitan dengan A+_A+= $_$ ;)

5.Anda masih sayangkan SEKOLAH.

Barangkali poin terakhir merupakan poin yang ingin saya highlight kan.Mengapa?

Kadang-kadang kita lupa,bila kita berada di hadapan,kita tidak memandang lagi mereka yang di belakang.
bila kita sudah menjadi pokok,kita lupa dan tidak nampak lagi akar yang selama ini menunjangi kita.
Bila kita sudah pandai,kita lupa akan mereka yang lebih dahulu pandai daripada kita.

the thing is,hargailah jasa sekolah dan seisinya yang telah membentuk siapa ANDA pada hari ini.Bayangkan jika anda bukan produk HAMIDIAH,siapalah ANDA pada hari ini?

Bersyukurlah kerana Allah telah mentakdirkan kita semua untuk bertemu dan sama2 berjuang di bumi ulama' ini.Mungkin segelintir tidak sukakan gelaran itu,tapi sedarilah betapa tingginya harapan sekolah dan ummah terhadap kita sebenarnya.Jangan hanya melihat ulama itu mereka yang berkopiah dan berjubah,tetapi ulama itu juga adalah mereka yang berusaha gigih dalam setiap bidang yang diceburi.InsyaAllah 5-10 tahun lagi kita akan melihat bakal ilmuan,arkitek,doktor,jurutera,peguam,peniaga,akauntan,ustaz dan ustazah,politicians,ahli sejarah,ahli falsafah,agamawan,para seniman,artis, penulis dan seumpamanya dalam kalangan kita sendiri and what's more;kita adalah ulama!(using equation,pelajar+bumi ulama=pelajar alim)serious ak xpndi ngan math2 ni.LOL

akhir kata,sayangi dan hargailah sekolah kita,jadilah orang yang matang;),BE POSITIVE and MABROOK to YOU ya Maahadi ^_^




"So verily, with hardship, there is relief."
[Al-Inshira 94:5]
"And if you would count the graces of Allah, never could you be able to count them." [Quran 14:34]

kami sudah jadi alumni !

kami sudah jadi alumni !