Pages

Sunday, August 28, 2011

Iftar Maahadi 0610 Gen Y!!

"Pengubat jerih manusia adalah dua keutamaan,pertama iman kepada Allah,kedua percaya kepada sahabat."


Salam,
kali nie sangatlah tak berhajat nak post panjang-panjang macam novel atau ensiklopedia,tapi nak share dengan korang event terbaru yang berlangsung di Stimbot Antarabangsa pada 27 Ogos 2011 bersamaan 27 Ramadhan 1432 Hijriyyah.

Pukul 6-8ptg:berkumpul dan solat maghrib di masjid Al-Hasanah,Bangi
Pukul 8.05malam:bergerak ke Stimboat Antarabangsa
Pukul 8.15-10.00mlm:menjamu selera sepuas-puasnya!!
10.10-10.15:Bergambar dan bergerak ke Galaxy Futsal(ada yang balik,solat di masjid dsb)

Pics2 berikut diambil,diedit dan diupload sepenuhnya oleh Imran Fahmi.Selamat menonton!!(puteri2 sekalian scroll jela kalau nak jaga mata dan hati.)


























Semoga pertemuan ini dirahmati dan diberkati Allah.Dalam sebuah hadis Baginda saw bersabda,
“Tujuh golongan manusia dilindungi Allah pada hari yang tidak ada perlindungan selain daripada perlindungan-Nya.Antaranya ialah,

..dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, mereka berkumpul dan berpisah kerana cinta kepada Allah..

(Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dll)

Moga-moga kita jua termasuk dalam golongan ini.InsyaAllah

Tambahan:Lepas ni most probably kita semua dah sangat sibuk dan padat dengan jadual masing-masing.ada yang pergi oversea,ada yang sibuk belajar,ada yang dah kerja nanti,ada jugak yang nak kahwin.(menarik jugak sebenarnye tengok kalau ada yang nak kahwin sesama hamidianz dalam batch kita nih^_^)apa pun sama-samalah kita mendoakan kejayaan bersama dalam setiap apa yang diimpikan.All the BEST guys!!

"Sahabatmu suka kepadamu,tetapi tidaklah tiap-tiap orang yang suka kepadamu itu sahabatmu."

~SaHaBaT SeLaMaNyA~
panjang jugak eh,sori-_-'

Sunday, August 7, 2011

Senyum- Senyum Ramadhan



Assalamualaikum dan selamat menjalani ibadah puasa di bulan yang penuh rahmat dan barakah ini

Actually blog ni memang berhabuk dek sebab faktor kesibukan penulis-penulis dan kekeringan idea untuk dikerahkan dalam blog KEGILAAN RAMAI nih!!;p

Apapun, better few than nothing kan3! ohohoho^o^

uhuk3

Astaghfirullahal azimx3. bulan ramadhan ni perlu LEBIH banyakkan istighfar. LEBIH kurangkan cakap kosong,LEBIH tingkatkan amal fizikal, mental, intelektual dan spiritual agar kita semua menjadi individu muslim yang kuat seperti sabda Rasululullah tercinta,

Seorang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah berbanding mukmin yang lemah. Pada setiap orang ada kebaikan maka bersungguh-sungguhlah mencari apa yang bermanfaat bagi kamu dan mohonlah pertolongan Allah serta jangan bersikap mengalah...


HAdis Sahih Muslim

Penulis tidak berhajat untuk memanjangkan penulisan memandangkan dakwat pen semakin habis.

Just nak share dengan korang semua dengan cerita pendek sempena Ramadhan.Enjoy!!

Kisah 1

6 Ramadhan,5.10 pagi

Halimah: Abang, tak kejut ke anak-anak kite tu. Diorang tu dah besar, taknak suruh puasa ke?

Syamsol: (mengunyah nasi dan serunding ayam) uish..tak payah..diorg tu.. mane boleh puasa..

Halimah: Eh abang ni, hari-hari saya tanya itu saja alasan abang. Takkanlah nak biar je macam tu. Semalam  saya tonton Tanyalah Ustaz kat tv9.Ustaz Nidzam jd penceramah. Dia kata orang yang ada anak-anak kecil ni kenelah latih berpuasa. Sikit demi sikit. Nanti da besar takdelah susah nk suruh puasa.
Syamsol:(masih mengunyah) Hmm...ustaz tu betul..awak tu yang tak betul..


Halimah: Ish abang ni teruklah.menyesal saya kahwin dengan abang.harap muka je fahrin ahmad. tapi akhlak abang,,mengecewakan limah bang.Limah ingat abang dapat bimbing Limah dan anak-anak kita jadi insan soleh wa musleh abang! Limah terseksa bang, terseksa dengan sikap abang!huuuuu..uhuuuhuuu



Syamsol: Ha'ah.Tula..abang pun same. 10 tahun kite kahwin anak-anak kite tu,  tu haa, ikan-ikan koi ngan bandaraya kat kolam tu..dah jom.lepas subuh ni abang nak bawak awak pergi hospital.ubat semalam dah abis..

Halimah:...enjit..enjit semut..sape sakit naik atas...

^_^
 moga kisah ini sedikit sebanyak membuat korang tersenyum di Ramadhan mulia ini.

Btw,Ekstra Special!!

Antara Doa2 yang boleh kita amalkan sepanjang Ramadhan:)

allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul’afwaa fa’fu’anni

“Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka mengampunkan maka ampunilah aku!”


Daripada Aisyah R.A. dia berkata kepada Nabi S.A.W., “Jika aku berasakan berada di malam lailatulqadar, apa yang mesti aku doa?” Baginda menjawab yang bermaksud, “Ucapkan doa (tersebut).” Riwayat At-Tirmizi

Allahumma musorrifalquluub sorrif qulubana ‘alaa thoo’ati
“Ya Allah ya Tuhanku, Tuhan yang mengarahkan hati, arahkan hati-hati kami pada ketaatan kepadaMu.”

Daripada ‘Amru ibn al-‘As berkata bahawa dia mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya hati anak Adam keseluruhannya berada di antara dua jari Allah Yang Maha Pengasih seperti satu hati. Ia memalingkannya mengikut kehendakNya.” Kemudian Rasulullah S.A.W. berdoa seperti doa tersebut.riwayat Muslim

Selamat berpuasa dan moga ibadah kita diterima ALLAH.Senyum-senyumlah selalu,kerna senyum itu sedekah.Wassalam. \/(^_^)

kami sudah jadi alumni !

kami sudah jadi alumni !