Pages

Monday, December 5, 2011

LEGEND STORY !

copy paste dari blog si helang merah

"Asyraf Rusli ade?" tanye seorang lelaki kepada Aus . "Er, ari die exam lar. Skang ade di dewan besar. Paper Fizik." jawab Aus jujur sambil perhatikan lelaki itu dengan pelik. "Tak kan abang Aus tak tau adik die ari ni ade paper, tengah SPM kot. Pelik betul." gumam Aus dalam hati.


"Weih Acap, tadi abang ko cari." Aus menceritakan peristiwa tadi kepada Asyraf. "Bile mase pulak abang aku datang? Die tak cakap pon. Kalu tak mesti die mesej aku! " tegas Asyraf. "Ntah, aku tak tau." jawab Aus dengan mimik mukanya yg x bersalah itu.


.......................................................


"Haha..Jom maen lagi! Kali ni aku nak 'Full House' plak! Haha. Jom ar Ajis, Pojan! Cuak lar tu..!" ketawa Muhammad Fareez dengan banggenye. "Aku nak join gak! Tambah kad lagi, baru besar dek! " sampuk Usamah Razalii sambil pegang buku rujukan Akaunnya. "Sudah-sudah lar belajar Imcop, meh maen ngan kitowg nie." ajak A Mun'im Mohamad Yusri. "Hei Dolah, aku nak blajar lar. Mak aku, hantar aku gi sekolah suwoh blaja, bukan maen! " jawab Imran Fahmi dengan penoh kredibiliti. "Aku punyer dek mne?! " jawab die lagi.


"Jap, aku nak amek handpon aku kat atas jap, aku cas tadi.Simpan aku satu dek, aku nak main lagi!". kata Aziz Akhir pada kami. "Nak dengar Taylor Swift lar tu. Haha." gelak Fareez lagi sambil nyanyi lagu 'Love Story'. "Amek phone aku sekali. Ala, ko kenal kan? Yang wane hitam besar uh. Touch screen tu lar.." tambah Fareez lagi.


..............................................................


"Perez! Perez! "jerit Aziz. "Phone ko Perez, phone ko!" kata Aziz dengan termengah-mengah. "Woi!! Kejar keta hitam tu!! Kejar!" lari Aziz terlalak-lalak. "Apsal ni Ajis? Mne phone aku?" tanye Fareez kepada Aziz. "Ntah, xbleh ke klu tak jerit-jerit?!" kata Aus "Kete hitam! Phone! Dompet! " Aziz termengah lagi. "Lepak bro, lepak. Cer slow2 lar. Aku tak paham nih! Mne phone aku?" kata Fareez "Phone aku..!!!!" jerit Fareez pula kali ini.


............................................................


"Aku ade perasan sorang laki pakai kopiah solat Asar kt masjid mggu nih, aku ase curiga plak tengok die. X penah perasan plak sblum ni." jelas Syarifuddin "Die naik keta hitam ea?" tanye Aziz "A'ah, kete hitam. Kete Pesona hitam." kata Syarif lagi. "Botak kan? Aku perasan ade sorang botak ari tu datang asrama cari Acap. Acap kan?" terang Aus pula "Oh, tu bukan abang aku. Entah sape plak tu.." sambung Asyraf. "Tak perasan pulak aku,botak ke tak. Die pakai kopiah time tu. Tadi mase aku nampak org tu naek Abu Daud, aku nak SMS Aus, tapi, ase cm kne pukau plak. Aku blur time tu.." keluh Syarif. "Keta hitam? Caer! Ko ade perasan tak kete hitam mase maen kompang taon lepas?" soal Firdaus Rahim "Ha, perasan! Time tu ade org luar dtg gak. Hilang laptop. Kite, geng kompang yg kne tuduh." mengaku Muhammad Syahir. "Nampaknya misteri makin panjang! " kata Firdaus lagi. "Dan phone aku da hilang.."keluh Fareez


...................................................................


"Lepak ar Ajis. Pinjam phone aku nih. Meh sini, aku adealbum baru Taylor. Bule ko dengar." ajak Mun'im. "Ye ke? 'Speak Now' ea? Pinjam Dol, pinjam." kata Aziz. "Haha, Taylor da lari tinggalkan ko Ajis.Haha. "gelak Arif Adli "Cari jer baru Ajis. Haha " sambung Shahrul Rizan pula. "Tak sume bende yg kite suke jadi milik kita..
"kata Akmal Juhainuddin pula. "Lalala. Tak dengar." balas Aziz sambil dengar lagu kegemarannya.


.........................................................................


"Woi Pojan, tutup pagar blok cepat." jerit Muiz Pauzi sambil ketuk pintu bilek TV. Aku terus berlari ke pagar blok dan tutup lalu naek ke tingkat 1. "Woi mane I-phone yg ko rembat tu?" jerkah Mun'im yg tangan dan kaki nye sedang mendakap tubuh Botak. "Pelan-pelan sikit, sakit nih."rayu Botak."Pegang kaki die Dad." pinta Mun'im pada Miqdad. "Jawab lar soalan die tadi!" jerit Ehsan Roslan dengan mengacukan penumbuknya bersama dengan 'Nukkle Bus'.. "Lepak-lepak lar woi! Die sakit tu! "pujuk Fareez, risau akan keselamatanBotak, atau lebih tepat, risau akan phone die..


"Ph..ph..phone aku da jual.Dua-dua aku da jual. I-ph..ph..phone uh aku tolak 2rat kat Kajang. Duit aku da pa..pa..pakai." terang Botak pada kami sambil terketar2. "2rat? I-phone 2rat.Ko da kene kencing kot! " kate Fareez pada Botak "Aku terdesak. Bang, sorry bang, sorry.." rayu Botak "Sorry, sorry! Hei die ni kang! " gertak Ehsan "Lepak lar San!" Arif Hafizuddin menenangkan Ehsan. "Ko ade angkat laptop tak?" giliran Syahir menyoal. "T..t..tak. Laptop aku tak penah amek." jawab Botak. "Percaya je lar kat pencuri nih.." perli Usamah."aku nak tanye korang bule? Rat tu ape?" soal Azik 


....................................................................


"Apsal Bonda datang?" tanya Aziz pada kami yg ketika itu sedang menyoal Botak di bilek prep Termizi "Bukan ker tadi korang suwoh panggil? Aku panggil lar." jawab Muiz. "Muiz!!!" jerit kami bersama-sama. Seketika kemudian, Bonda tiba dengan konco-konco nya. Ketika kami bersoal jawab dengan Bonda yg tengah bertaaruf dengan Botak, polis tiba di perkarangan asrama. Polis membawa Botak, Fareez, Aziz, Firdaus dan beberapa kawan2 laen ke balai utk di soal siasat. "Budak UIA kot! "kata aku dan Mun'im serentak selepas mendapati kad pelajar UIA di dalam dompet Botak. "Tak silap mak cik, die nih (Botak) ex-maahad." cerita Makcik Kerani "Ex-Maahad!" jerit kami bersama2. "Patut la die tw hostel kite ni. Tapi cmne die tau name Acap? Ko kenal die ke?" soal Aus pula "Aku tak kenal. Tapi aku rase kan die jumpe name aku dlm buku teks Syariah yg aku tinggal kat Abu Daud." jelas Asyraf bersungguh2.


"Hari dalam sejarah. Kalau lar junior-junior kite tau ape jadi hari ni. 'Batch 93 Hero Maahad'. Huhu." kata Firdaus pada kami. "Bukan hero, tapi 'Legend'.." sambung Usamah pula. "Ini membuktikan, keselamatan Maahad adalah tak terjamin!" jelas Amzar. "Memang dari dulu lagi...." perli Akmal. "Tak penah-penah polis datang sekolah. Eh, asrama. Tangkap pencuri pulak tu. Haha!" kata Firdaus lagi. "Harap kita bule amek pengajaran, ok? " jelas Afnan.


..............................................................................


p/s : Mohon maaf atas penggunaan nama2 watak yg wujud dalam cerita nih.Hope sama2 kita ingat peristiwa ni. Kalau ade mne2 part yg silap/x puas ati minta maaf banyak2.Saje tulis, utk kenang-kenangan..-penulis


penulis: si helang merah
watak : Putera Batch 93 + Bang Ngah
waktu : time SPM 2010

act pada waktu yg same berlaku satu kjadian jugak dari pihak puteri, 
walau pon tak se hot kisah di atas, tp tetap hot sikit huhu
tp nanti2 lah cerita or takyah cerita pon takpe .
heee ~

Friday, November 18, 2011

MUET ^,^

ASSALAMUALAIKUM !

sementara internet laju, nak post lagi :)

ALL THE BEST utk yang amek muet esok !

especially USIM ngan UITM lah ramai yang amek kan?

ade yang jawab muet kat maahad . itu paling bermakna kot.
kirim salam kat sekolah eh !

okeh malam nih jangan dok online,
pergi belajar ape yang patot,
kalau nak online sangat, pergi bace artikel2 english
nak comment2 dalam FB pon gune english :p boleh ?
nak cakap dgn orang all in english ok ?
good luck friends :)

okeh chillex sekejap

1. Interview dalam English

Daud sedang di interview di sebuah syarikat :

Pegawai : Nama saudara siapa ?

Daud : “Daud…”

Pegawai : “Cuba ceritakan tentang keluarga saudara !!…

Daud : “Saya 2 beradik.. adik saya masih belajar di Kampung.. Orang Tua saya tinggal di Perak.. Nenek dan Datok saya dari belah ayah tinggal di Perlis… Nenek dan Datuk dari belah Ibu pula tinggal di Johor.. Bapak saudara dan mak saudara semua tinggal di Melaka..

Pegawai : “Apakan saudara boleh berbahasa inggeris ?

Daud : “Yes .. sir … “

Pegawai : “now tell me about your family in English !!… “

Daud : “Sorry sir .. i don’t have family in English … they’re all living in Malaysia”


2. Salah Paham

Dollah seorang pemuda dari dusun mencari pekerjaan di-akhbar.
Esokan nya dia pergi temuramah dan berjaya mendapat jawatan sebagai “Production Operator” di-sebuah kilang elektronik Amerika.
Bos nya seorang mat salleh yang tak pandai berbahasa melayu.

Satelah dua hari bekerja, bos nya bangsa mat salleh bertanya pada Dollah dalam bahasa Inggeris, “Good morning Dollah! How do you find this job? ( Bos nya tanya bagaimana tentang kerja nya disitu)

Lalu Dollah menjawab “Oh I found this job in the news paper” ( Saya jumpa kerja ini dalam surat kabar )

Bos nya terpinga pinga jawapan dari Dollah.

3. Some ancient jordan people said....in marriage..it has 3 ring....engangement RING...and then wedding RING....and then suffeRING....haha

4. Mr Brown

Suatu ketika ada seorang ingin menelefon Mr. Brown.
Penelefon : Hello, boleh saya hendak bercakap dengan Mr. Brown?
Penerima : Oh, ini Mr. Black.
Penelefon :Oops Sorry, wrong color!

ok dah2,
pergi belajar sekarang ! :p
yang dah expert tu mesti goyang kaki je malam nihhhh

ok, ALL THE BEST !
semoga Allah mudahkan urusan kalian menjawab MUET dgn CEMERLANG :)

p/s : nanti boleh bagi tips kat orang2 yang belum jawab MUET lagi ^^

selamat meneruskan pelajaran :)

Assalamualaikum !


hari tu ramai kate blog dah bersawang. oh maaflah ye. tak ade idea nak post.
kali nih nak menambah post ;)

SELAMAT MENERUSKAN PELAJARAN ANDA !

ni post tentang org2 kat malaysia taw . hehe 
haa ramai dah nak masuk sem 2 kan?
ade jugak yang dah masuk sem 2.
UITM masuk 21 nov kan ?
ade yang baru dapat masuk UITM second intake tengah orentasi skrg nih !
erm MATRICS pon dah nak masuk jugak,
UIA ade yg tengah short sem aka sem 2 skrg and ade yang cuti sampai awal january utk terus ke sem 3 ! ^^
USIM ade 2 minggu lagi cuti 
INTEC sampai disember cuti
yang lain lain tak tahu la . sorry .

kejap2, cakap pasal UIA, ramai sangat tanye hari tu time makan makan kat rumah amie kenape ade yang kene short sem kenape ade yang tak kene .

SHORT SEM atau SEM 2 tu untuk :
1. student2 yang memang ade dalam study plan yg ditetapkan UIA utk amek sem 2.
2. student yang kene repeat subjek
tapi, kawan2 kita yg amek short sem tu semua sebab yg no 1 bukan no 2 kan kan ?
so bukan lah org yg terus sem 3 nih lebih bijak atau org amek short sem terlebih bijak nak advance.

haa cukup lah pasal UIA. nanti tak adil pulak .
cerita pon sebab ramai tak faham.
harap maklum

ok then, nak cakap,
kawan2 yang UITM tuh, 
tahniah la dgr cerite ramai dapat DEAN LIST !
hebat lah korang :)

yang berada di perantauan :
mesir musim sejuk skrg kan ? untonglaaa ;)
jage diri . nanti nak dgr rsult kalian pulak !
untuk semua, semoga terus success lah utk next sem ok !
kalau sem lepas macam sangkut2 sikit, kite belajar dari kesilapan.
jangan banyak mengeluh sebab tak dapat result bagus, tapi fikir ape next step untuk kite baiki result kite .
dont ever give up selagi kita tak usuhe ke titik yang terakhir
jangan kate 'aku dah belaja gile2 punye' tapi ade lagi ruang2 mase kite dengan perkara yang tak berfaedah
tak semestinya masa kita setiap masa untuk belajar sahaje, tension ah cam tuh kan, tp SEBENARNYA untuk diisi dengan ape2 perkara yang berfaedah.
semoga same2 dapat belajar lillahitaala
USAHA penting ! jangan banyak buang masa ok.
ALLAH LIHAT PADA USAHA KITA :)


Pesanan imam As-Syafie kepada kita:
“Jika kamu hendakkan dunia, maka hendaklah mempunyai ILMU.
Jika kamu hendakkan akhirat, maka hendaklah mempunyai ILMU.
Jika kamu hendakkan keduanya, maka hendaklah mempunyai ILMU..”

BITAWFIQ WANNAJAH !
take care ^_^ 

Tuesday, November 15, 2011

Makan Makan Hamidianz 0610 :D

sebelas.sebelas.sebelas
jumaat
tarikh yg cukop indah di hari yang indah penghulu segala hari 
makan makan hamidianz0610 aka reunion kecil hamidianz0610


tentetif :
macam takde aturcara je kan?
takde pembuka, penutup, MAKAN sahaja and sembang sembang.
then amek gambar, salam2 and papai ~
putera pegi maen futsal lepas tuh.
puteri balek. anak dara mane boleh balek lambat2 :p
*next time kite buat proper lah sikit. at least ade penutup. ucapan2 sikit. semua dah matang2 kan. takde nak malu2 sgt larr . 

menu :
BBQ - putera bakar
nasi goreng
speghetti
puding caramel
dan byk lagi yummmyyy !
*tak igt sebenarnya

perubahan :
dari sudut saiz mcm ramai dah berubah . ramai yg mengembang, yg meninggi mcm tak je. terbantut dah :p
dari sudut gaya dan penampilan pon kelihatan berubah
dari sudut kematangan ada yg berubah ada yg tidak
dari sudut perangai, kelihatan tidak berubah :)

alhamdulillah. kali nih macam senang sikit nak berkumpul. masing2 dah boleh bawak kereta. ade driver yg nak hantar amek kat KTM kannn ...
memang memecah kesunyian, bile datang2 je, masing2 buat bising esp puteri lah kan. haha. bukan ape, sebab masing2 tak tahu sape yg dtg and sape tak dtg, so bile jumpe tuh, masing2 terkejut. jejak kasih setelah tak jumpe sejak graduation day. lagi2 yg puteri lah. sebab putera dah dapat buat iftar before this.
 
pelbagai tragedi terjadi. ade yg excident kecil sebelum datang.
dugaan . semua tuh pngalaman org P lah katekannn . baru setahun jagungg . huhu .
tp alhamdulillah orang2 nye semua selamat.
so kawan2, berhati2 dijalan raya !

 kemesraan terjalin disitu


 hai bob

 dah besar2 dah mereka


 tgk piano ke tgk quran ?



 ade ciri bakal bapa nihhh shahrul


 master chef yg depan sekali tuhhh

seronoknyeeee


ALHAMDULILLAH 
kesempatan ini diberikan Allah utk kite bertemu dan berkumpul
seronok sangat dapat berkumpul bile dah lame sangat tak kumpul
sangat menggamit memory :)
kawan seperti anda memang tiada pengganti

by the way,
yang tak dapat datang esp yg kat oversea tuh jgn bersedih.
insyaAllah kite jumpa lagi ok.
next year plan lah lagi utk before masuk degree pulak .
or ade walimatul urus yg terdekat? hehehe
sape dulu, kite tunggu dan lihatttt ! *excited pulakkk

special thanx to farah aimi and family :D
layanan baek , makan sedap, rumah besar semua cukop
thanx thanx thanx . jgn serik jemput ktorang lagi !

next time :
kat mane pulak ye ?
acare yg mcm mane nak buat ?
sape nak organize ?
okay fikir2 kan lahh . ade mase byk bulan lagi utk fikirkan.

Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit makamengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)

uhkuwah fillah abadan abada :)

Tuesday, October 4, 2011

FLY ~

"Bacalah! (wahai Muhammad saw) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu yang amat Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." – (Surah al-Alaq, Ayat 1-5)

wahyu pertama yang menyuruh kita menuntut ilmu
tuntulah ilmu dimana sahaja kita berada :)

FLY ~

akhirnya utk tahun ni, dah habes rasenya fasa utk kawan2 kite fly
utk next year lain cerite ok.

start lepas raya hari tuh, ramai la kawan2 kite yg fly .
yang tukang hantar pon ramai . tp balek2 muka yang same :p nak tempias aura belaja luar negara :) heee

nak refresh balek siape kawan2 kite yg dah fly

fateh lani - US (engineering) - JPA
farhana rakbi - JUST JORDAN (dentistry) - MARA
syazana -  JUST JORDAN (medic) - MARA
farhana azmi - JUST JORDAN (dentistry) - MARA
amirah syairah - AL-AZHAR MESIR (ulum islamiyah dan bahasa arab) - AMANAH RAYA
anisa firdaus - AL-AZHAR MESIR (dentistry) - PAMA
asyiqin aiman - MESIR (medic) -JPA
amalina rahim - MESIR (medic) -JPA
firdaus rahim - MESIR (medic) -JPA
eliza - MESIR (medic) - JPA kot .
adib afifi - MESIR (medic) -KPT PAMA
ammar faris - MESIR (medic) -KPT PAMA
raihana - BEIJING CHINA (mandarin)-
izyan zahirah - MESIR (medic) -MARA
fatimah azzahra - MESIR (medic) -MARA
maya iradah - MESIR (medic) -MARA
amir arief - MESIR (medic) -MARA
heiqal - MESIR (medic) -ZAKAT SEL
nurul syifa' - MESIR (medic) - MEDIC MESIR
aqila roslin -MESIR (medic) - MEDIC MESIR

ade sape2 lagi yang aku tertinggal ke ? kalau ade , and tersalah info, MAAF !

untuk sahabat2 yang fly,
elok2 lah kat sana. dah diberi peluang di negara orang, kumpul pngetahuan sebaiknya.
keep in touch dgn kami di malaysia. fb skype byk dah skrg :)
jgn hampakan harapan ibu dan bapa kita .
kalau dapat pergi umrah tuh, doa2 kan la kami disini, kalau tak pegi pon, doakan la jugak ^_^
semoga perjalanan kalian kat sana, dilindungi Allah ~

hmmm
dialog yg biasanye keluar dari org2 tak fly, tak kuar dgn kata2 pon mungkin terlintas dalam hati :

waa untong laaa dapat fly oversea . kite kat malaysia je. sapelah kite.
eh, aku international university ok . x heran ! ;p
wah hasrat aku dulu nk fly . tak kesampaiannnn .
rezeki aku kat malaysia . redha lah :)
malaysia best ape ?
waahhh bangge nye aku ade sahabat2 yg belajar di seantero dunia ;)

hmm tak kesah la kite belajar kat mane pon sekarang,
oversea ke local ke, ade biasiswa ke, takde ke, IPTA ke IPTS ke, diploma ke, foundation ke,
tak kesah lah kos glamour ke kos biasa2 je ke.
semua nya dlm hasrat yg same, MENUNTUT ILMU.
so kite setaraf saje . takde ape yang perlu dibandingkan :)

orang yang berilmu, darjatnya diangkat 

"Allah meningkatkan darjat orang yang beriman di antara kamu dan juga orang yang dikurniakan pengetahuan dengan kelebihan beberapa darjat." – (Surah al-Mujadalah, ayat 11)



wallahu'alam~

haa ade yang nk exam, ALL THE BEST !
yg dah cuti tuh. selamat bercuti ! 
manfaatkan masa sebaeknya ~

Saturday, September 24, 2011

MATANG??belum lagi.Opss~

ya madrasati,uhibbuki <3
hal tuhibbuki?


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,
alhamdulillah,masih bernafsu rupanya diri ni nak update blog batch.Alhamdulillah.

Baru-baru ni kita telah digemparkan dengan berita bahawa SMKA Maahad Hamidiah telah dinobatkan sebagai salah sebuah sekolah kluster walaupun belumlah dipastikan kesahihannya dan tidak pula dihebahkan secara rasmi dalam media televisyen dan kementerian pelajaran.(Wallahu'alam kt mesir xde tv3,tv1 etc)

Benar atau tidak,bukan itu yang ingin saya kemukakan dalam pos kali ini,tetapi setelah melakukan sedikit pemerhatian terhadap hebahan ini dalam group SPM2010,dan beberapa group lain seperti PERAMAH dan SMKA Maahad Hamidiah,terdapat beberapa perkara yang dapat disimpulkan.Antaranya ialah:

1.Jelas,perbezaan umur membezakan kematangan seseorang.cth,komen2 dlm SPM2010.

2.Overall,ramai memberi respon positif terhadap penganugerahan sekolah kluster kepada SMKAMH.'Tahniah!!','Alhamdulillah^^','Alhamdulillah! Tahniah! Semoga anak2 didik Maahad juga berjaya diklusterkan, walau selepas bertahun2 meninggalkan Maahad.'

3. Ada juga yang memberi feedback berbentuk sinikal dan kebimbangan.crik sendiri~

4.Dan ada yang xtau kluster tu apa.Jujurnye aku pun x berapa nk faham dgn kluster nie,tp mesti ada kaitan dengan A+_A+= $_$ ;)

5.Anda masih sayangkan SEKOLAH.

Barangkali poin terakhir merupakan poin yang ingin saya highlight kan.Mengapa?

Kadang-kadang kita lupa,bila kita berada di hadapan,kita tidak memandang lagi mereka yang di belakang.
bila kita sudah menjadi pokok,kita lupa dan tidak nampak lagi akar yang selama ini menunjangi kita.
Bila kita sudah pandai,kita lupa akan mereka yang lebih dahulu pandai daripada kita.

the thing is,hargailah jasa sekolah dan seisinya yang telah membentuk siapa ANDA pada hari ini.Bayangkan jika anda bukan produk HAMIDIAH,siapalah ANDA pada hari ini?

Bersyukurlah kerana Allah telah mentakdirkan kita semua untuk bertemu dan sama2 berjuang di bumi ulama' ini.Mungkin segelintir tidak sukakan gelaran itu,tapi sedarilah betapa tingginya harapan sekolah dan ummah terhadap kita sebenarnya.Jangan hanya melihat ulama itu mereka yang berkopiah dan berjubah,tetapi ulama itu juga adalah mereka yang berusaha gigih dalam setiap bidang yang diceburi.InsyaAllah 5-10 tahun lagi kita akan melihat bakal ilmuan,arkitek,doktor,jurutera,peguam,peniaga,akauntan,ustaz dan ustazah,politicians,ahli sejarah,ahli falsafah,agamawan,para seniman,artis, penulis dan seumpamanya dalam kalangan kita sendiri and what's more;kita adalah ulama!(using equation,pelajar+bumi ulama=pelajar alim)serious ak xpndi ngan math2 ni.LOL

akhir kata,sayangi dan hargailah sekolah kita,jadilah orang yang matang;),BE POSITIVE and MABROOK to YOU ya Maahadi ^_^




"So verily, with hardship, there is relief."
[Al-Inshira 94:5]
"And if you would count the graces of Allah, never could you be able to count them." [Quran 14:34]

Sunday, August 28, 2011

Iftar Maahadi 0610 Gen Y!!

"Pengubat jerih manusia adalah dua keutamaan,pertama iman kepada Allah,kedua percaya kepada sahabat."


Salam,
kali nie sangatlah tak berhajat nak post panjang-panjang macam novel atau ensiklopedia,tapi nak share dengan korang event terbaru yang berlangsung di Stimbot Antarabangsa pada 27 Ogos 2011 bersamaan 27 Ramadhan 1432 Hijriyyah.

Pukul 6-8ptg:berkumpul dan solat maghrib di masjid Al-Hasanah,Bangi
Pukul 8.05malam:bergerak ke Stimboat Antarabangsa
Pukul 8.15-10.00mlm:menjamu selera sepuas-puasnya!!
10.10-10.15:Bergambar dan bergerak ke Galaxy Futsal(ada yang balik,solat di masjid dsb)

Pics2 berikut diambil,diedit dan diupload sepenuhnya oleh Imran Fahmi.Selamat menonton!!(puteri2 sekalian scroll jela kalau nak jaga mata dan hati.)


























Semoga pertemuan ini dirahmati dan diberkati Allah.Dalam sebuah hadis Baginda saw bersabda,
“Tujuh golongan manusia dilindungi Allah pada hari yang tidak ada perlindungan selain daripada perlindungan-Nya.Antaranya ialah,

..dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, mereka berkumpul dan berpisah kerana cinta kepada Allah..

(Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dll)

Moga-moga kita jua termasuk dalam golongan ini.InsyaAllah

Tambahan:Lepas ni most probably kita semua dah sangat sibuk dan padat dengan jadual masing-masing.ada yang pergi oversea,ada yang sibuk belajar,ada yang dah kerja nanti,ada jugak yang nak kahwin.(menarik jugak sebenarnye tengok kalau ada yang nak kahwin sesama hamidianz dalam batch kita nih^_^)apa pun sama-samalah kita mendoakan kejayaan bersama dalam setiap apa yang diimpikan.All the BEST guys!!

"Sahabatmu suka kepadamu,tetapi tidaklah tiap-tiap orang yang suka kepadamu itu sahabatmu."

~SaHaBaT SeLaMaNyA~
panjang jugak eh,sori-_-'

Sunday, August 7, 2011

Senyum- Senyum Ramadhan



Assalamualaikum dan selamat menjalani ibadah puasa di bulan yang penuh rahmat dan barakah ini

Actually blog ni memang berhabuk dek sebab faktor kesibukan penulis-penulis dan kekeringan idea untuk dikerahkan dalam blog KEGILAAN RAMAI nih!!;p

Apapun, better few than nothing kan3! ohohoho^o^

uhuk3

Astaghfirullahal azimx3. bulan ramadhan ni perlu LEBIH banyakkan istighfar. LEBIH kurangkan cakap kosong,LEBIH tingkatkan amal fizikal, mental, intelektual dan spiritual agar kita semua menjadi individu muslim yang kuat seperti sabda Rasululullah tercinta,

Seorang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah berbanding mukmin yang lemah. Pada setiap orang ada kebaikan maka bersungguh-sungguhlah mencari apa yang bermanfaat bagi kamu dan mohonlah pertolongan Allah serta jangan bersikap mengalah...


HAdis Sahih Muslim

Penulis tidak berhajat untuk memanjangkan penulisan memandangkan dakwat pen semakin habis.

Just nak share dengan korang semua dengan cerita pendek sempena Ramadhan.Enjoy!!

Kisah 1

6 Ramadhan,5.10 pagi

Halimah: Abang, tak kejut ke anak-anak kite tu. Diorang tu dah besar, taknak suruh puasa ke?

Syamsol: (mengunyah nasi dan serunding ayam) uish..tak payah..diorg tu.. mane boleh puasa..

Halimah: Eh abang ni, hari-hari saya tanya itu saja alasan abang. Takkanlah nak biar je macam tu. Semalam  saya tonton Tanyalah Ustaz kat tv9.Ustaz Nidzam jd penceramah. Dia kata orang yang ada anak-anak kecil ni kenelah latih berpuasa. Sikit demi sikit. Nanti da besar takdelah susah nk suruh puasa.
Syamsol:(masih mengunyah) Hmm...ustaz tu betul..awak tu yang tak betul..


Halimah: Ish abang ni teruklah.menyesal saya kahwin dengan abang.harap muka je fahrin ahmad. tapi akhlak abang,,mengecewakan limah bang.Limah ingat abang dapat bimbing Limah dan anak-anak kita jadi insan soleh wa musleh abang! Limah terseksa bang, terseksa dengan sikap abang!huuuuu..uhuuuhuuu



Syamsol: Ha'ah.Tula..abang pun same. 10 tahun kite kahwin anak-anak kite tu,  tu haa, ikan-ikan koi ngan bandaraya kat kolam tu..dah jom.lepas subuh ni abang nak bawak awak pergi hospital.ubat semalam dah abis..

Halimah:...enjit..enjit semut..sape sakit naik atas...

^_^
 moga kisah ini sedikit sebanyak membuat korang tersenyum di Ramadhan mulia ini.

Btw,Ekstra Special!!

Antara Doa2 yang boleh kita amalkan sepanjang Ramadhan:)

allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul’afwaa fa’fu’anni

“Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka mengampunkan maka ampunilah aku!”


Daripada Aisyah R.A. dia berkata kepada Nabi S.A.W., “Jika aku berasakan berada di malam lailatulqadar, apa yang mesti aku doa?” Baginda menjawab yang bermaksud, “Ucapkan doa (tersebut).” Riwayat At-Tirmizi

Allahumma musorrifalquluub sorrif qulubana ‘alaa thoo’ati
“Ya Allah ya Tuhanku, Tuhan yang mengarahkan hati, arahkan hati-hati kami pada ketaatan kepadaMu.”

Daripada ‘Amru ibn al-‘As berkata bahawa dia mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya hati anak Adam keseluruhannya berada di antara dua jari Allah Yang Maha Pengasih seperti satu hati. Ia memalingkannya mengikut kehendakNya.” Kemudian Rasulullah S.A.W. berdoa seperti doa tersebut.riwayat Muslim

Selamat berpuasa dan moga ibadah kita diterima ALLAH.Senyum-senyumlah selalu,kerna senyum itu sedekah.Wassalam. \/(^_^)

Wednesday, April 20, 2011

JEMPUTAN

assalamualaikum w.b.t

WALIMATUL URUS

bunga rampai di dalam dulang,
bunga telur di dalam raga,
sukacita kami mengundang,
ke majlis perkahw......eh eh ! ke KARNIVAL KEUSAHAWANAN LA !

heee 
takde sape lagi batch kte akan kahwin lagi .
saje je wat suspens 

erm ayah haji ade jmput kite memeriahkan 
mahrajan kawad kaki dan karnival keusahawanan 2011
23 APRIL 2011 SABTU 

siapa2 yang asyik ternak lemak , tanam anggur tak tumbuh2 kat rumah tuh ,
jom laa datang maahad 
tiada paksaan .
siapa yang free , sila sila lahhh !
jgn lupa bawak duet banyak2 !


Wednesday, April 13, 2011

Syukur tak terhingga !

walaupun sudah lama berlalu 
pada 23 mac yang lalu
pelajar2 SPM telah menerima keputusan SPM2010
bila graduasi , barulah kita dapat tahu kita punya result keseluruhan 

dulu hangat memperkatakan kecemerlangan PMR2008
gred purata PMR 
2006 : 1.29
2007 : 1.22
2008 : 1.15
2009 : 1.16
2010 : 1.19
kini , di bumi ulama' itu ,
asyik kedengaran pujian srta penghargaan terhadap pelajar2 spm2010
segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam 
alhamdulillah , kita telah mencatat rekod terbaik sepanjang sejarah SPM maahad hamidiah .
dgn gred 1.93 

                    2006 : 2.56 <-- F5 kita !
2007 : 3.00
2008 : 2.89
2009 : 2.62
                                            2010 : 1.93 <-- pnyambung warisan kecemerlangan

seperti dirancang , 1.93 !
unsangkarable
syukur syukur !
28 org straight A dan 2 org straight A+

sorry gambar blurr !

perhimpunan pagi tadi pengetua puji korg habis-habisan f52010 telah tunjukan kehebatan SPM result the best among the best menempa sejarah rekod terbaik Maahad ..........apalagi tepukan gemuruh la

ALHAMDULILLAH tempat kedua dalam daerah dan ke10 dalam selangor .
hebat hebat !
keputusan SPM Peringkat Daerah Hulu Langat
1- SMAP 2- SMKA Maahad Hamidiah 3- SMK Jalan 4
Congratulations putera puteri Maahad Hamidiah SPM2010- You all cemerlang semasa PMR2008 dan meneruskan kecemerlangan SPM2010...Salam sayang dari cikgu untuk semua....berbaloi cikgu jadi penyelaras tingkatan 5...semoga meneruskan tradisi semasa matrikulasi dan universiti.....


subjek chemistry pula ..
TAHNIAH!TAHNIAH! pada semua calon-calon SPM 2010 subjek Chemistry... terbaik ..nombor 1 dalam Daerah Hulu Langat.. huhu berbaloila..yang masih simpan bahan-bahan ulangkajitu pulangla balik ye!.

senior2 ade kate , batch korang memang pandai2 .
tapi bagi saya , semuanya tentang keberkatan .
pandai , tapi tak berkat , tak guna kan ?
bukan setakat pencapaian akademik , yg penting sahsiah .
sahsiah buruk pon tak guna kalau pandai sekali pon .
mungkin kita pernah dgr dgn kekaguman sahsiah batch kita,
tapi jgn luntur kan anggapan dorang dgn sikap kita lepas keluar maahad .

btw ,
TAHNIAH kpd anda semua !
tak kira straight ke bengkok ke result kita , kita tetap pnyumbang kpd kecemerlangan spm2010 !
dan penghargaan tak terhingga kpd cikgu cikgu yang mncurahkan ilmu 
sayang cikgu .
tak lupa ibu bapa kita dan PIBG serta alumni !

tapi ingat , inilah nikmat sebagai ujian untuk kita .
jangan sesekali lupa diri .
jangan lupa kepada SMKA MAAHAD HAMIDIAH .
sentiasa jenguk sekolah dan memberi sumbangan terhadap sekolah .
segala kenikmatan hanya sementara
semoga kita berjaya dunia akhirat

ALHAMDULILLAH semua datang dariNYA !


Tuesday, April 12, 2011

graduation- pictures only ! -part 2

assalamualaikum :)

setelah mengodek godek facebook orang
akhirnya, saya jumpa lagi gmba hari graduasi
sumber daripada Muhammad Syahir b Tajuddin
terima kasih kawan :)














oke, itu sahaja :)
sekiranya ada daripada sumber lain, saya akan upload lagi :)
12 april 2011, jam 2226

kami sudah jadi alumni !

kami sudah jadi alumni !