Pages

Sunday, August 7, 2011

Senyum- Senyum Ramadhan



Assalamualaikum dan selamat menjalani ibadah puasa di bulan yang penuh rahmat dan barakah ini

Actually blog ni memang berhabuk dek sebab faktor kesibukan penulis-penulis dan kekeringan idea untuk dikerahkan dalam blog KEGILAAN RAMAI nih!!;p

Apapun, better few than nothing kan3! ohohoho^o^

uhuk3

Astaghfirullahal azimx3. bulan ramadhan ni perlu LEBIH banyakkan istighfar. LEBIH kurangkan cakap kosong,LEBIH tingkatkan amal fizikal, mental, intelektual dan spiritual agar kita semua menjadi individu muslim yang kuat seperti sabda Rasululullah tercinta,

Seorang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah berbanding mukmin yang lemah. Pada setiap orang ada kebaikan maka bersungguh-sungguhlah mencari apa yang bermanfaat bagi kamu dan mohonlah pertolongan Allah serta jangan bersikap mengalah...


HAdis Sahih Muslim

Penulis tidak berhajat untuk memanjangkan penulisan memandangkan dakwat pen semakin habis.

Just nak share dengan korang semua dengan cerita pendek sempena Ramadhan.Enjoy!!

Kisah 1

6 Ramadhan,5.10 pagi

Halimah: Abang, tak kejut ke anak-anak kite tu. Diorang tu dah besar, taknak suruh puasa ke?

Syamsol: (mengunyah nasi dan serunding ayam) uish..tak payah..diorg tu.. mane boleh puasa..

Halimah: Eh abang ni, hari-hari saya tanya itu saja alasan abang. Takkanlah nak biar je macam tu. Semalam  saya tonton Tanyalah Ustaz kat tv9.Ustaz Nidzam jd penceramah. Dia kata orang yang ada anak-anak kecil ni kenelah latih berpuasa. Sikit demi sikit. Nanti da besar takdelah susah nk suruh puasa.
Syamsol:(masih mengunyah) Hmm...ustaz tu betul..awak tu yang tak betul..


Halimah: Ish abang ni teruklah.menyesal saya kahwin dengan abang.harap muka je fahrin ahmad. tapi akhlak abang,,mengecewakan limah bang.Limah ingat abang dapat bimbing Limah dan anak-anak kita jadi insan soleh wa musleh abang! Limah terseksa bang, terseksa dengan sikap abang!huuuuu..uhuuuhuuu



Syamsol: Ha'ah.Tula..abang pun same. 10 tahun kite kahwin anak-anak kite tu,  tu haa, ikan-ikan koi ngan bandaraya kat kolam tu..dah jom.lepas subuh ni abang nak bawak awak pergi hospital.ubat semalam dah abis..

Halimah:...enjit..enjit semut..sape sakit naik atas...

^_^
 moga kisah ini sedikit sebanyak membuat korang tersenyum di Ramadhan mulia ini.

Btw,Ekstra Special!!

Antara Doa2 yang boleh kita amalkan sepanjang Ramadhan:)

allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul’afwaa fa’fu’anni

“Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka mengampunkan maka ampunilah aku!”


Daripada Aisyah R.A. dia berkata kepada Nabi S.A.W., “Jika aku berasakan berada di malam lailatulqadar, apa yang mesti aku doa?” Baginda menjawab yang bermaksud, “Ucapkan doa (tersebut).” Riwayat At-Tirmizi

Allahumma musorrifalquluub sorrif qulubana ‘alaa thoo’ati
“Ya Allah ya Tuhanku, Tuhan yang mengarahkan hati, arahkan hati-hati kami pada ketaatan kepadaMu.”

Daripada ‘Amru ibn al-‘As berkata bahawa dia mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya hati anak Adam keseluruhannya berada di antara dua jari Allah Yang Maha Pengasih seperti satu hati. Ia memalingkannya mengikut kehendakNya.” Kemudian Rasulullah S.A.W. berdoa seperti doa tersebut.riwayat Muslim

Selamat berpuasa dan moga ibadah kita diterima ALLAH.Senyum-senyumlah selalu,kerna senyum itu sedekah.Wassalam. \/(^_^)

0 people:

Post a Comment

kami sudah jadi alumni !

kami sudah jadi alumni !