Pages

Thursday, December 17, 2009

Happy Maal Hijrah!

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH !

insyaAllah, kita akan menjejakkan kaki kita ke tahun yg baru.
inilah new year kita yg sebenarnya bg umat islam!
so, azam baru?
hmm..sebenarnya, kita kne sentiasa berazam untuk berhijrah kpd yg lebih baik.
bkn stakat pd awal tahun sahaja.
insyaAllah next year kite sume akn sit for SPM right?
so, azam kita adalah same.
untuk dapat strainght A`s in SPM. insyaAllah. ameen..
dan juga, sentiasa menjadi hambanya yg bertaqwa.
erm, jgn lupe sblm maghrib bace doa awal tahun n lps maghrib bce doa akhir tahun.
doakan utk parents, teachers, friends, school n umat islam kay.
insyaAllah.
semoga kita sentiasa dibawah rahmatnya.

Muharram (محرّم) adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah (Al Baqarah: 91).

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah; “Sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.”

Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).


Antara Amalan Pada Bulan Muharram

Amalan Pada Akhir Tahun dan 1 Muharram.

Digalakkan pada hari terakhir bulan Zulhijjah dan pada 1 Muhharam dibacakan doa akhir (akhir Zulhijjah) dan awal tahun (awal Muharram).

Selepas sholat subuh pada 1 Muharram digalakkan kita membaca Ayatul Kursi sebanyak 360 kali dengan membaca Isim Bismillahirrahmaa nirrahim pada setiap kali bacaan. Insya Allah barangsiapa yang mengamalkannya, akan diberikan keselamatan dan pemeliharaan dari sebarang musibah dan kesempitan rezeki. Sesudah selesai hendaklah dibacakan doa berikut sebanyak 3 kali.

Berkata para ulama' salaf, empat belas (14 ) malam yang afdhal dihidupkan:

  1. Malam Awal Muharram
  2. Malam 10 Muharram
  3. Malam Awal Rejab
  4. Malam 15 Rejab
  5. Malam 27 Rejab
  6. Malam 15 Sya'ban
  7. Malam Arafah
  8. Malam 1 Syawal
  9. Malam 10 Zulhijjah
  10. Malam-malam ganjil pada 10 hari akhir Ramadhan (21, 23, 25, 27, 29)

Amalan-amalan yang disunatkan pada malam tersebut:

a) Qiamullail b) Membaca Al-Quran c) Zikir

Bersabda Rasulullah s.a.w.:

"Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Muharram maka baginya menyamai 30 hari berpuasa."

"Sesiapa yang berpuasa pada 10 Muharram maka ALLAH anugerahkan pahala 10 ribu ibadah para Malaikat, dan dikurniakan pahala 10 ribu syuhada' (mati syahid), dan dikurniakan pahala 10 ribu pahala Haji dan Umrah"

"Sesiapa yang melapangkan kesempitan keluarganya pada 10 Muharram maka ALLAH melapangkan kesempitannya sepanjang tahun tersebut."

"Seafdhal-afdhal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharram dan seafdhal-afdhal solat selepas solat fardhu ialah solat pada 1/3 malam 10 Muharram" .

1) Puasa Asyura (10 Muharram)

Diriwayatkan daripada Ibn Abbas, "Sewaktu Nabi SAW tiba di Madinah, baginda mendapati bahawa orang-orang Yahudi berpuasa pada Hari Asyura'. Apabila ditanya, mereka menjawab, "Hari ini adalah hari kemenangan. Hari ini adalah hari dimana Allah SWT menyelamatkan Bani Israil daripada musuh-musuh mereka lalu Nabi Musa as berpuasa pada hari tersebut.
Nabi SAW kemudian bersabda, "Maka aku lebih berhak dengan Nabi Musa daripada kamu".
Baginda lalu berpuasa dan mengarahkan (para sahabat) untuk turut berpuasa."

Maka dianjurkan bagi kita supaya berpuasa sunat pada Hari Asyura' iaitu pada 10 hb Muharram.
Tujuan kita berpuasa adalah sebagai mengikut sunnah Nabi SAW berpuasa yang berpuasa pada hari tersebut.

Fadhilatnya

Diampunkan dosa-dosa yang dilakukan selama setahun yang lalu.

Nabi SAW bersabda, "Puasa pada Hari Arafah dapat menghapuskan dosa setahun sebelum dan setahun sesudahnya.
Adapun puasa Hari Asyura pula, dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya"

2) Puasa Thosu'ah (9 Muharram)

Selain daripada puasa pada hari Asyura (10 Muharram), umat Islam juga disunatkan berpuasa pada Hari Thosu'ah iaitu 9 Muharram (atau sehari sesudahnya 11hb Muharram).

Nabi SAW bersabda, "Berpuasalah pada Hari Asyura dan perbezakan (diri kalian) dengan org2 Yahudi dengan berpuasa juga sehari sebelum atau sesudahnya".

Semoga Allah melimpahkan rezeki dan limpah kurniaNya untuk kita agar dapat mengamalkan dan memuliakan kedatangan awal Muharram di alaf baru ini dengan cara sambutan yang dilaksanakan oleh para Rasul, Anbiya, Siddiqin, Aulia Allah dan orang-orang Sholihin. Semoga tahun ini akan lebih baik dari tahun yang lepas dalam kita mendekat diri dengan sumber segala kekuatan, keindahan, kasih sayang dan kebahagiaan daripada Allah SWT, InsyaAllah

wallahualam.
semoga apa yang kita bace dpt kita amalkn dan sampaikan.insyaAllah.

0 people:

Post a Comment

kami sudah jadi alumni !

kami sudah jadi alumni !