Pages

Sunday, March 15, 2009

the first exam!

this is the first exam test in f4.
hoho!
sumenye agk cuak.
tp still lg cm mls2 nk belaja. aplah kte nh.. tp yg bdk2 kawad polis n pngakap lg sian. ptg ad latihan.
xpe, itu satu pngorbanan!


SELASA
chemistry-hoho.mse x ckop seyh!
sejarah-gler!page blkng ramai hentam. bkn stakat hentam, malah jwpn mrepek je!tp xtw la klu dak2 pndai en.
add math-oh alpha beta ku syg, ak terasa ingin membunuh mu!

RABU

physics-ya Allah, adkh kami akn failed??base, derived quantity!!
bi-ok ke??
syariah- nseb baek objektif.alhamdulillah dpt jwb kot.
barab- toleh kiri dan kanan.eyh2, ad yg meniru ke tuh? fasohah, isim isyarah, mudhod. hoho!

KHAMIS
biology-heh. bios, logos!xtw la cne. ad yg ok ad yg k.o.!
bm-karangan ransangan.bleh jwb kn?
quran sunnah-erm,klu bce buku dpt la jwb fullstop
math mod-objektiv. yea..ok la kot. oh significant figures! nseb baek la ALLAH anugerahkn calculator mmbntu.ahaha.

for bdk account..
ekonomi asas-byk gler kne bce!
akaun-rse2ny bleh jd akauntan x?
ict-spe je yg amek nh?
science-kau tdklah seperti mr.physics, chem or bio!

so amacam??bleh jwb x sumenye??soalan cepumas tuh. bru ujian fes. hope dpt wat yg da bes tyme mid year nt!blaja la rerajen. doa la kat ALLAH agr diberi kcerdasan minda. kat cni ad some tips utk korang sume. hope dpt sme2 amalkn n sampaikan.

Sebelum nak mula buat revision dan buat homework,

Baca surah al-Fatihah

Surah al-Insyirah

Selawat 10 kali

Doa menghindar dari kemalasan, doa dalam ma'thurat : Ya ALLAH, aku berlindung kepadaMU dari rasa sedih dan gelisah, dan aku berlindung kepadaMU dari lemah dan malas, dan aku berlindung kepadaMU dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung kepadaMU dari cengkaman hutang dan penindasan orang.

"Dan (Kami mudahkan) bagi Nabi Sulaiman angin yang kencang tiupannya, bertiup menurut kehendaknya ke negeri yang Kami limpahi berkat padanya; dan adalah Kami mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (surah al-Anbiya' 81)

"Wahai Tuhanku, ampunkanlah bagiku dan bagi saudaraku, dan masukkanlah kami ke dalam rahmatMu, kerana Engkaulah sahaja Yang Maha Mengasihani dari segala yang lain mengasihani" (al-A'raaf 151)

"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami". (surah al-Kahfi 10)

"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri; oleh itu ampunkanlah - apalah jua kiranya - akan dosaku". (surah al-Qasas 16)

"Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku". (surah Taha 114)

"Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan. Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku". (surah al-Mu'minuun 97-98)

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, Supaya mereka faham perkataanku." (surah Taha 25-28)

"Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana". (surah al-Baqarah 32)

"Cukuplah ALLAH bagi kami, dan DIA sebaik-baik pelindung". (surah Ali Imran 173)

"dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu." (surah at-Talaaq 2-3)

"Mahasuci Tuhanmu, Tuhan Yang Mahaperkasa dari sifat yang mereka katakan. Dan selamat sejahtera bagi para rasul. Dan segala puji bagi ALLAH Tuhan sekalian alam." (surah as-Saffat 180-182)
it works. believe =)
Baca Yaa Sin setiap hari untuk otak yang genius.
that's all kot. May ALLAH bless. (:

-fwrd from syazana.thnx ya!)

renung2kn dan selamat beramal!

by.sk

0 people:

Post a Comment

kami sudah jadi alumni !

kami sudah jadi alumni !